Bab 36

5.8K 207 35
                                    

Raisya POV...

+Bogosipda.... bogosipda.....+

"Hello asalammualaikum. Siapa ni?" Serbuku sejurus menekan butang hijau. Sakit pulak hati kita ni!! Pagi-pagi dah ada orang kacau. Dahlah aku tak ada mood sebab nak pergi jumpa Ayman biul tu... tak ada jawapan pun.

"Kalau tak jawab saya end call!" Ugutku.

"....."

"Fine!" Kataku. Belum sempat nak end call barulah ada sahutan.

"Waalaikummusalam...ni Sara. Boleh kita jumpa?"

1

2

3

4

"Sara Nabila?"

"Ye. Please Raisya saya nak jumpa awak." Ucap Sara separa merayu. Aku mengeluh perlahan. Aku tak jawab pun lagi.' Kalau tak pergi kesian...kalau pergi sedih pulak...' getusku didalam hati.

"Baiklah. Kat mana?"

"TGI Friday Wangsa Walk Mall."

"I'll be there!" Ucapku lalu memutuskan talian. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Baru je pegang tombol pintu tandas handphone berbunyi lagi sekali.

"Hmm..."

"Puan Raisya...i need to see you in my office at 3 o'clock sharp. Dont late or else our project will be cancelled." Ucap si pemanggil lalu memutuskan talian. Aku yang terkejut ni hanya mampu beku sehinggalah bunyi.

Tutt....tutt....tutt

Aku membuka phonebook untuk melihat si pemanggil." No wonderlah kejung+beku+kejam...Ayman rupanya. Dahlah siap panggil aku puan. Aku selekah kepalatu baru tahu!

Skip~~~~

Aku masuk kedalam restaurant Friday ini dan mencari Kak Sara. Aku nampak Kak Sara yang memakai dress bersama seluar jeans dan rambut dibiarkan lepas...sangat menawan. Aku masih lagi ter'amazing' dengan kecantikan sara sehinggalah....

"Aunty!!!" Panggil Nellie. Panggilan tersebut menyentakkan ku. Aku turut membalas lambaian Nellie. Wajahnya persis wajah Sara." Hai little munchkin!" Ucapku lalu bersalaman dengan Sara. Nellie tersenyum lalu menghulur tangan untuk bersalaman. Aku menyambut.

"Kak kenapa nak jumpa saya?" Soalku. Sara tersenyum." Kita order dulu boleh?" Soalnya. Aku mengangguk.

"Sayang nak makan apa?" Soal Sara kepada anaknya. Aku tersenyum. Terserlah naluri keibuan sara yang boleh membuatkan ramai orang terpikat.

"Nak....brownies...."

"Okay so akak datang sini sebab nak bagitahu Rai...."

"Panggil Isya je Kak!." Arahku. Dia mengangguk." Isya sebenarnya...." belum sempat Sara habis berkata Si Nellie ni menyampuk.

"Aunty nak duduk atas riba boleh?" Soalnya dengan pelat dan mata yang terkedip-kedip. Aku tak menjawab dan terus mendudukannya diatas ribaku.

"Sambung kak!"

"Isya sebenarnya....." Aku mengeluh kuat apabila lagi sekali percakapan Sara dipotong oleh lagu yang indah...iaitu ringtone handphoneku.

"Ayman"

Aku mengeluh sebelum menjawab panggilan tersebut." Ya Tengku kenapa?" Soalku sejurus menjawab panggilan. Sara sedang melayan Nellie yang ingin main games dihandphonenya.

"I need you here..right now in my office!" Balasnya dengan nada tegas sebelum memutuskan talian.

"Hish tak guna punya client! Aku selekeh kepala baru tahu! Bukan nak cakap elok-elok." Bebelku. Aku memandang wajah Sara.' Ya Allah lupa pula bini dia ada dekat sini. Sesuka hati Pak Meon je aku mengumpat pasal laki dia! Ish...ish!!' Getusku.

Ayman Raisya ( Slow Update)Where stories live. Discover now