Bab 11

7.5K 204 7
                                    

Sampai sahaja di rumah tiga tingkat ini. Raisya terus menutup pagar dan menguncinya. Raisya yang baru berpindah dengan suaminya selama 4 hari. Dia yang kemas barang lalu diangkut ke sini. Malangnya dapat suami atas kertas as a pilot...🙁🙁🙁.

Raisya POV.

"Ish gelapnya rumah. Menyesal aku tak buka lampu kat halaman ni." Ujarku sambil berjalan lalu memulas tombol pintu itu.

"Baru ingat balik rumah ke??"

"Mama!!" Latahku terkejut disergah soalan begitu. Dahlah gelap lepastu ada suara tegur, kalau tak kuat iman ni mesti dah pengsan. Sabarjelah!!!

Tiba-tiba lampu dibuka. Terang benderang rumah itu apabila semua lampu dibuka. Aku melihat sekeliling. "Mana suara tu datang?"

"Siapa tu??" Soalku lagi

Sedang aku berjalan tanpa memandang belakang untuk mencari gerangan yang menegurku itu. Tiba-tiba aku terlanggar badan seseorang. Kerana tubuh badanku yang ramping ini tidak cukup kuat lalu ingin jatuh menyebah lantai nasib baik aku sempat melingkarkan tanganku pada leher orang yang aku langgar.

"Mama!!"

"Kau ni nasib baik tak jatuh kalau tak memang patah riuklah jawapan dia!!" Marah seseorang dan suaranya sangat dekat ditelingaku kerana kami dalam posisi dakapan.

Aku membuka perlahan mataku apabila terasa seperti suara yang amat dikenali. "Jangan kata aku tengah peluk dia! Please, don't say that i hug Tengku Ayman right now!" Ujarku didalam hati. Mata dibuka perlahan, alangkah terkejutnya aku apabila orang yang aku harap bukan si dia tetapi dialah yang sedang memaut pinggangku erat.

Kelihatan Ayman yang lengkap berpakaian santai dihadapan matanya. Mukaku merah kerana baru perasan yang iris  mata berwarna kelabu miliknya itu menikam anak mataku. Apa yang membuatkan aku lagi malu apabila tangannya masih lagi  memaut erat pinggang rampingku.

"Ish awak ni kenapa tak bagitahu dah balik? Kalau saya tak balik rumah ni mesti saya tak tahu awak dah balik."

"Ishh kau bukan nak ambil tahu pasal aku pun. Dah pergi naik mandi.."

"Saya baru lepas mandi. Takkan nak mandi lagi kot??"

"Habistu pergilah masuk bilik"

Ujar Ayman tetapi aku masih statik memandang Ayman.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Ayman.

"Satu saya memang nak balik bilik,
Dua sorry sebab tak tahu awak dah empat hari balik,
Tiga lepaskan lah tangan awak." Ujarku.  Lalu,dengan segera dia meleraikan pautannya setelah kakiku mencapai lantai semula. 

"Opps!! Sorry aku tak perasan. Berapa? 25 ke 24?" Soalnya.

"Apa yang 25 ke 24?" Soalku bingung.

Dah kenapa mamat ni? Baru balik dah mereng ke....tiba-tiba tanya pasal nombor. " Ujarku didalam hati.

Dia ketawa kemudian memandangku lalu menjawab.

"Saiz pinggang kau. Ramping sangat ni kau tak makan ke?"

"Ish apalah awak nii!" Kataku ingin berlalu pergi.

"Ish kalau aku hempap kau waktu tido mesti patah 3 belum buat a...." Belum sempat Ayman menghabiskan ayat aku terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Remember awak bukan tidur dengan saya pun. Jadi kenapa nak patah tiga apa semua. By the way macam mana sambut ulang tahun okay?" Soalku ingin tahu.

"Tak payah sibuk." Ujarnya dingin lalu keluar dan menghempas pintu rumah .

"Ish dia ni kaya sangat ke? Pintu patah boleh ganti tapi kalau hati patah boleh beli baru tak? hati patah? kau biar betul Raisya....bahasa melayu kemana. Patah hati sudahlah!" Monologku lagi  sambil mengelengkan kepala sebelum berlalu pergi kebilik.

Ayman Raisya ( Slow Update)Where stories live. Discover now