Bab 24

5.7K 174 8
                                    

Raisya POV.

Aku hanya buat bodoh dan muka tiada perasaan apabila ternampak Ayman. Jujur aku kata isteri mana tak sakit hati bila ternampak suami berpelukan dengan perempuan lain.

"Guys jom makan kat sini!" Kata Farhan. Kami meangguk setuju. Kami memilih meja bulat yang boleh menempatkan 12 orang. Aku hanya termenung.

Flashback.

"Saya akan cuba cintakan awak. Sudikah awak menjadi isteri saya selamanya?"

End of Flashback.

Aku teringat akan malam Ayman melamarku didalam walk in closetnya.

"Sekarang saya faham apa maksud awak untuk cuba cintakan saya...." ujarku didalam hati. Dengan sedaya upaya aku cuba menahan air mataku daripada tumpah.

"Be strong Raisya. Depan classmate kau!" Kataku lalu mengengam kuat tanganku. Suraya, Airisz dan Anisah menepuk lembut bahuku.

"Sabar..." kata mereka serentak. Aku cuba untuk menguntumkan senyuman namun gagal.

"Apa salah saya sampai dia perlu terang-terangan buat macam ni. Dia pernah cakap kontrak kitaorang dilanjutkan but kenapa mesti macam ni? Kenapa mesti saya?" Soalku. Mereka bertiga juga menahan sebak.

"Tak berguna punya tengku. Dia pikir dia kaya, terkenal boleh buat macam tu ke?" Bebel Suraya. Aku hanya mengeleng perlahan.

"What should i do?"

"Kau tidur rumah mak kau dulu. Bagi kau tenang then barulah kau balik. Ataupun kau biarkan dia sendiri yang explain kat kau." Jawab Airisz yang dari tadi mendiamkan diri.

"Guys jom makan jap lagi wayang dah nak start!" Ajak Farhan. Farhan duduk bertentangan denganku." Are you okay?" Soalnya sambil menyuap makanan.

Aku memandang sekejap lalu sambung makan." Okay kot." Jawabku sebelum tersengih. Hati aku masih lagi terasa sakit.

"Saya tahu awak tak okay. Care to share?" Soalnya. Aku hanya tersenyum nipis sebelum menjawab.

"Saya tak bersedia lagi." Dia meangguk perlahan kemudian sambung makam. Sedikit demi sedikit perasaan sakit dan kecewa itu beransur hilang apabila bercerita sambil bergelak ketawa bersama rakan.

"Hmm jom. Weyh lupa nak share kau tau tak esok ada ceramah untuk subjek Perniagaan. Cikgu jemput seorang CEO Syarikat gergasi kat Kuala lumpur ni. Tapi aku tak ingat Syarikat apa." Ujar Fatheh sebagai Ketua kelas.

"Hmmm aku pun ada dengar pasal tu. Kira kita gabung dengan semua kelas yang ada subjek perniagaanlah dengan akaunlah kan?" Tanyaku pula. Dia meanggukan kepalanya dengan laju.

Masuk sahaja dalam panggung wayang kami semua mengambil tempat. Telefon iphone 7+ berwarna merah itu dari tadi tidak berhenti berbunyi.

"Kau ni angkat jelah cerita belum start kan."

"Bukan call tapi whatsupp." Balasku kemudian membuka ikon whatsupp untuk melihat gerangan yang menghantar message kepadaku.

21 whatsupp from Ayman
25 call from Ayman
16 message from Ayman
5 whatsupp from Qai.

Aku mengeluh perlahan. Aku membuka whatsupp Qaimira lalu membacanya sambil mengambil segenggam popcorn.

QAI♡♡

Weyh how are you?

Aku nak bagitahu yang
Fahmi gerak KL.

Dia suruh inform kau

Dia tinggal dekat pacific hotel

Abang Ayman ada buli kau?

Ayman Raisya ( Slow Update)Where stories live. Discover now