TDD - 51 🖤

3.1K 246 41
                                    

SILA BACA BAB SEBELUMNYA UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEKELIRUAN/TERLUPA PLOT CERITA :')

-i'm sorry -

>~~~<

Aku tersedar kerana kepalaku yang sakit. Berdenyut-denyut rasanya. Aku mula mengingati apa yang berlaku.

Aku kena culik.

Ah, kalau saja aku terus pulang tadi, tak perlu tunggu Nufail..
Dia lambat sangat.
Kalau dia awal sikit, mesti semua ni tak terjadi, mesti aku tak kena culik.

Cepat-cepat aku beristighfar. Siapa aku ingin melawan takdirNya.

Mesti mama dengan papa tengah risau gila, mesti dah lewat sekarang ni biarpun aku sendiri taktau berapa lama aku tidak sedarkan diri.

Gerakkan anggota badan sedikitpun aku tak berani, apalagi nak buka mata.Serius, aku takut. Mataku mula terasa panas, ah menangis lagi. Janganlah penculik itu sedar yang aku sudah sedar.

Aku belum sedia untuk diherdik, dipukul, ditampar,di-

"Dhiera? "

dup dap dup dap. jangan gerak, dhiera!

" Dhiera, kau dah sedar? " pipi aku dipegang lembut.

w-wait.

kenapa suara ni macam familiar?

" Dhiera, bukaklah mata. " pipiku sekali lagi ditampar lembut.

Fatin?

Cepat-cepat aku celikkan mata.

Shera, Miza, Fatin ada, bila aku pandang sekeliling ini rumah aku.

" Dhiera dah sedar weh! " jerit Fatin, serentak itu terkocoh-kocoh geng lelaki masuk ke ruang tamu.

Mataku memberat lagi dengan air mata..

" Ko-korang.. ta-tadi aku kena culik tsk tsk. " aduku dengan tangisan. Aku dah selamat kan?

Senyap.

" Korang selamatkan a-aku ye? "

" Mana penculik tu? Korang dah masukkan dalam lokap? " tanyaku dengan rasa sebal sedikit. Aku nak tonyoh-tonyoh muka penculik tu. Culik aku tak ngam masa bodo. ha kau

Diam.

" Thank you weh. Kalau korang tak selamatkan aku, aku tak tahu lah nasib aku macam mana."

Aku melap air mata. Aku pandang muka mereka satu persatu.

Riak wajah yang kesal.
Kenapa?
Aku cuba goyangkan bahu Fatin.

" Awh! " getusku. Sakit gila bahagian siku tangan kiri aku.

Terkocoh-kocoh mereka ingin menolongku. Miza menekan perlahan siku kiriku, sakit.

" Sakit? Terseliuh ni. "

" Mana mama aku? " ini rumah, takkan lah mama takda.

" Mama kau jalan. Abang kau keluar kejap. " Abang ada kat rumah? malas hendak bertanya, aku diamkan saja. Otak masih cuba mencerna apa yang sudah terjadi.

" Aku dah kata, aku dah bantah pun plan gila korang ni. " marah Rayyan.

" Plan apa? " keningku berkerut. Lengan Rayyan disiku kasar oleh Firash.

Nufail yang dari tadi berdiri jauh dari aku semakin mendekat. Waih, muka dia lagila. Kucing mati ke?

Nak kata sedih pasal aku, aku dah selamat kot.

Tersuka Dalam DiamWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu