Fate + 01

733 127 68
                                    

Disebabkan mahu cepat, dia jadi gelabah.

"Wonhye, cepatlah! Kita dah lambatlah!" jerit salah seorang kawannya dari pintu kelas. Dia pula tergesa-gesa mengeluarkan buku teks ERT beserta projek minggu lepas iaitu menjahit skarf. "Kejaplah!" laung Wonhye. Dia mengambil buku, kotak pensel dan projeknya lalu berlari keluar dari kelas,

Namun secara tak sengaja Wonhye telah terlanggar kerusi seseorang menyebabkan pinggangnya terasa sakit. Berterabur habis buku Wonhye.

Cepat-cepat dia mengutip semula bukunya dan mengambil skarf merahnya yang terletak di atas beg yang Wonhye amat kenali.

Kim Namjoon.

Terkenal dengan sifat sombong, pemarah dan bataknya. Disebabkan tidak mahu dijerit marah oleh Namjoon tanpa sebab, dia cepat-cepat blah dari kelas dan membawa skarfnya yang kini seutas benangnya tersangkut di zip beg Namjoon.


"Aku dahlah buat skarf ni gitu-gitu je, bukan kemas sangat..." sempat lagi dia membebel sambil melajukan jalanya dan tanpa pengetahuannya, benang yang tersangkut di zip beg Namjoon telah menyebabkan benang skarf merahnya tertarik dan hampir menghalang laluan yang berada di belakangnya. Dia sudah tak menoleh ke belakang lagi.









Semua orang mula sangkut dengan benang merah yang berada di koridor itu. Tapi yang hairannya, sorang pun tak nak amik gunting dan potong benang itu.

"Cikgu kita pot-" ayat yang ingin di tujukan seorang pelajar pada gurunya itu di potong. "Jangan, satu lagenda menyatakan..."



"Benang merah adalah pengikat jodoh."


Cikgu tua beruban itu melihat anak muridnya sambil tersenyum. "Tak baik potongkan jodoh orang, lagipun kalau bukan pasal tu pun mungkin benang skarf budak perempuan yang tertarik"

Pelajar itu mengeluh. "Nae..."














"Arrkk, kenyang betul aku..." Taehyung berlahak sambil mengusap perutnya dan berlalu ke kelasnya yang sama berada dengan Hoseok dan Namjoon.

Namjoon berjalan untuk duduk di tempatnya dan matanya terlihat sesuatu pada zip begnya. Hoseok dan Taehyung menjeguk.

"Benang merah?" soal mereka berdua. Namun selepas itu mereka melihat kearah pintu belakang kelas.

Maka terlihatlah segerombolan pelajar-pelajar, para guru dan makcik cleaner menunduk di bawah benang itu untuk lalu kearah lain.

Taehyung kelihatan teruja. "Yah, Joon cuba kau ikut benang tu nak pergi mana?" cadang Taehyung dan mendapa balasan anggukkan Hoseok. Namjoon masih memandang tajam benang itu.

"Mari aku cari tuan benang ni..." kata Namjoon mengambil benang itu lalu dilitkan pada jari kelingkingnya. "Orang Jepun cakap, benang merah ni pengikat jodoh. Kau nak cari makwe ka?" Namjoon hanya menggeleng pada Taehyung dan teruskan membelit benang itu ke jarinya sambil mengikut tempat yang tuannya pergi.












"Saya dah Sampai!" Wonhye tercungap-cungap di hadapan pintu bilik jahitan. Semua pelajar perempuan terus melihat kearahnya.

"Ah, Wonhye sampai pun kamu!" kata Guru mereka sambil memandang kearah Wonhye. "Mana projek haritu?" soalnya. Wonhye tersenyum lalu mengangkat kain skarfnya.

"Ini dia!"

"Kenapa tinggal separuh? Kamu amik buat lap meja ke?!" soal guru itu dan membuatkan Wonhye hairan seketika. Dia memandang skarfnya dan alangkah terkejutnya dia apabila dia dapati yang skarf itu tinggal separuh. Ternganga.

"Macam mana-" terus dia memandang kearah koridor. "Eeiikk!" terkejut dia bila melihat benang skarf merahnya itu tertarik dan jaraknya sangatlah jauh.

"Eottokhae Mrs. Gil?" dia memandang guru ERTnya itu. Guru itu mula berfikir. Dia pergi pada meja gurunya lalu mengeluarkan jarum khas untuk mengait skarf.

"Pergi ambil semua benang kamu, jahit kat mana-manalah tempat. Hantar kat saya sebelum balik. Kalau tak markah kamu takkan di ambil kira" sambil menghulurkan jarum itu pada Wonhye, dia membalas. Lalu Wonhye berkata ya dan mahu pergi mencari semula benangnya.


Masa ERT adalah masa terakhir, ada 1 jam setengah. Mampukah dia? Dia mengeluh.

Dengan menggunakan jari kelingkingnya, dia melilitkan benang merah itu sepanjang koridor sehingga dia terjumpa seseorang yang amat dikenali.

Matanya membulat.

"Eh?"

TBC~





HELLO~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELLO~

unmei no akai ito | knjWhere stories live. Discover now