XII - Daripada Kita, Kepada Kita

6.4K 628 143
                                    

BUNYI muzik yang kuat bergendang langsung tidak dimatikan dari semalam.

Dari sinar cahaya mentari yang memancar terang ke ruang tamu biliknya, dia jelas mampu mengagak pukul berapa jam sudah berdetik kini.

Selimut ditarik menutup tubuh. Panggilan telefon di sisinya dibiarkan menjerit. Sambil jua hatinya mengutuk sang pemanggil.

Ada hal apa yang sanggup mengacau pagi cutinya begini?

Disebabkan terlalu lama tak berjawab, akhirnya dia mencapai jua telefon bimbitnya.

"Hello?" Dengan suara serak dan malas, Hadif mula menyapa.

"Hei, baru bangun tidur ke?" Sapaannya dibalas dengan agak kasar oleh abangnya sendiri di hujung talian.

"Kau ada apa telefon aku ni, bang?" Malas mahu melayan soalan tadi. Abangnya juga pasti sedar akan hal itu.

Terdengar helaan nafasnya. "Dahlah. Buka pintu rumah kau ni. Penat betullah nak tunggu kau kat sini." Kata Affan.

Mendengarkan itu, Hadif mula mencelikkan matanya.

"Kau buat apa datang sini?" Soal Hadif, berkerut wajahnya.

"Aku kan nak pergi luar negara. Dahlah, cepat bangun."

Hadif menghela deras nafasnya.

Apa bendalah yang abang dia nak, bisik hatinya.

Dalam langkah mamainya, Hadi berjalan menuju juga ke pintu.

Pintu dibuka malas. Tubuh yang terpacul di hadapan pintu diperhatikan.

"Kau dah kenapa, bang? Pagi-pagi datang sini." Kata Hadif sambil menguap besar. Sempat juga dia menggeliat di situ.

Belum sempat Affan membuka mulut, mata Hadif sudah terlebih dahulu menangkap sesusuk tubuh kecil yang bersembunyi di sebalik abangnya itu, takut-takut memandang Hadif.

Affan lantas mencapai tangan anak kecil itu lalu mendukungnya.

"Sana sikit. Bagi aku masuk." Ujar Affan selamba. Sebuah bagasi kecil ditarik bersama ke dalam rumah itu.

Wajah Hadif berkerut. Silih berganti memandang Affan dan bagasi itu.

Affan dengan selambanya mematikan pemain muzik tadi. Anak kecil itu diturunkan perlahan-lahan.

Hadif menggaru-garu kecil kepalanya, melayan rasa peliknya. Sebelum kemudian dia baru teringat akan sesuatu.

"Kau nak pergi sekarang ke, bang?" Soal Hadif. Sedia maklum yang abangnya sekeluarga akan berpindah tetap ke Australia tahun ini.

"Dua bulan lagi. Sekarang, aku kena keluar outstation." Balas Affan.

Kening Hadif berkerut. "Dan...?" Soal Hadif sambil matanya mengerling ke arah bagasi itu.

"Aku dengan isteri aku ada kerja luar negara. Nak minta tolong kau jaga Nia." Pinta Affan.

Wajah Hadif terus berubah.

"Apa?" Jaga budak?

Dia memandang Nia, anak kecil berumur empat tahun itu dengan kerutan yang semakin jelas.

"Apa yang 'apa'? Kitorang dah tak ada pilihan. Tak ada orang yang boleh jagakan." Kata Affan.

"Orang gaji kau mana?" Soal Hadif.

"Dia kan dah lama habis kontrak." Balas Affan yang mula melutut, membetulkan baju anaknya itu.

"Mama tak boleh jaga?" Soal Hadif, masih berdalih.

Home For Imperceptible LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora