BAB5

372 14 46
                                    

"Esok akan tiba. Gemuruh nya." Adlina menampar pipinya. "Macam tu la kakak masa kahwin dulu." Ujar Adzrin.

"Hahh takut pulak." Getus Adlina. "Aliff nikah dulu. Baru kau. Nak gemuruh nanti je lah." Komen Adzrin.

"Kenapa abang Aliff dulu? Bukan Kak Hani lagi muda dari Kak Ad tua kerepot ni ke?" Usik Adam. "Eee budak ni!" Adlina geram.

"Sebab Aliff lagi tua dari Arash. Ikut arwah nenek, kalau ada dua akad nikah satu hari, dahulukan lelaki yang lebih tua. Kita ikut cakap arwah nenek lah." Balas Adzrin. "OOOOOOO...."

"Semua persiapan dah sedia ke untuk esok?" Tanya Pak Aris. "Dah ayah." Jawab Adlina. "Bangun awal. Lepas solat Subuh, kita bertolak ke Masjid."

Masing masing mengangguk. Permulaan baru bakal bermula tak lama lagi

-

Pagi itu, mereka sudah siap menunggu di masjid.

"Khuzairi. Pak Ngah ada Tanya ustaz semalam. Katanya, abang kepada adik yang seibu atau sebapa boleh jadi wali. Jika tak keberatan, kamu serahkan lah dia kepada Aliff."

Susunan Wali Nasab mengikut Akrab

1. Bapa kandung
2. Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas.
3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik-beradik lelaki sebapa
5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawahAnak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
6. Bapa saudara seibu sebapa
7. Bapa  saudara sebapa
8. Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah.
9. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa hingga ke bawah.


"Saya pula yang gemuruh, pak Ngah." Balas Khuzairi. "Biasalah tu. Pak Ngah pun gemuruh nak ucap akad nikah walaupun ni Kali kedua." Ucap Pak Aris

"Baiklah. Saya akan buat."

-

"Ohoi bakal isteri!"

"Eee tak sopan betul mamat ni!" Adlina merungut. "Hehehehe. Ala Sesekali. Masa bercinta Rileks je." Balas Arash. "Banyak la kau."

"Ala apa ni kau-aku. Jadi kanda dinda pula la!" Rungut Arash. "Mengada!" Adlina mencuit Arash.

Bercinta sejak zaman kolej, sekarang mereka akan berkahwin. Dulu dulu Adlina selalu katakan bahawa Arash 'Kawan Baik Terbaik Dalam Dunia.'

Tu la namanya friendzone sampai kahwin. Sila ikuti kisah cinta mereka ni hah

"Alah gemuruh la. Jom kahwin lari je la." Usik Arash. "Ada jugak kena belasah nanti!" Adlina mencubit lengan Arash. "Gurau je la!" Arash terkekek ketawa.

Adlina menggeleng. Ada ada je.

-

Tok Tok Tok

Hani tersentak bila pintu bilik persalinanya diketuk. Aliff berdiri menyandar di situ. Hani gemuruh.

HANI: ADLINA MANA KAU?! SELAMATKAN AKU!

ADLINA: SORI HANI. TAK BOLEH TOLONG KBYE

#SEPUPUTAKGUNA

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now