BAB33

270 12 0
                                    

Part ni bosan gila ?! 😂

-

Asyraq menangis disuntik vaksin. Asyraff memegang anak buahnya. Tapi dia menangis kejap je.

Sebaik keluar dari bilik doktor, Asyraff dan Hani terus naik ke atas. Mereka masuk ke wad Aliff. Nik Dan Tun Faris masih bercakap pasal masa lalu.

"Abang pergi surau kejap. Terlepas zohor asar tadi." Ujar Asyraff. Hani mengangguk.

"Nak... Dukung boleh?"

Hani mengangguk. Asyraq bertukar tangan ke Tun Faris.

"Weh Nik. Kau perasan tak? Muka dia sama dengan muka Aliff masa kecik. Dia pernah tunjuk gambar dia dulu." Tun Faris mendukung Asyraq.

"Haah la. Sama." Nik mencuit Asyraq. "Masa kecil semua comel, dah besar nanti handsome." Tun Faris bermain dengan Asyraq.

"Kalau kau tak kisah, esok petang kitorang datang. Jagakan Asyraq." Tanya Nik. Hani mengangguk. "Bawalah dia."

Hani memerhati Asyraq. Hatinya tenang memandang Asyraq. Mendapat kekuatan melalui nya. Dia yakin Aliff akan bangun dan sembuh.

-

"Budak degil ni. Kau tak pernah dengar cakap aku. Dari kecil sampai la besar panjang. Tapi kau kena tahu yang aku ni sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri."

Pak Samad membebel, memberi tazkirah Jumaat kepada Aliff yang masih dalam keadaan koma.

"Kan aku dah pernah tegur? Tak elok tidur sepanjang hari. Budak nakal, tak pernah dengar cakap aku. Tapi aku ni sayangkan kau tau." Tambah Pak Samad.

"Ayah."

Azhar muncul. Duduk di sebelah Pak Samad. "Mana Hani?" Tanya Pak Samad. "Asyraq demam, dia bawa pergi jumpa doktor." Balas Azhar.

Pak Samad mengeluh. Dilihat wajah Aliff yang masih koma tak sedarkan diri.

"Bangunlah nak. Sudah sudah la tidur tu. Dah lama kau tidur ni. Dua minggu ni semua orang risau pasal kau. Bangunlah nak." Pak Samad mengusap rambut Aliff.

"Dah la bang. Makan dulu. Dari malam tadi abang tak makan apa apa lagi." Mak Leha muncul. Pak Samad akur. Kalau tak makan nanti, kena Bebel pulak.

Aliff masih sama. Tak terjaga.

-

"Aduh!"

Hani terhiris jari sendiri. Dia segera membersihkan lukanya. Pedih. Ibu jarinya terhiris agak teruk.

"Ya Allah kenapa ni Hani?" Tanya Mak Leha. "Terluka sikit, mak." Balas Hani.

"Kenapa tak bagitau mak nak hiris buah epal ni? Mak boleh buat kan. Sini mak tengok jari tu." Mak Leha memegang jari Hani.

"Sikit je mak." Balas Hani. "Nasib baik tak dalam. Kalau tak risau mak." Mak Leha membalut jari Hani.

"Mak hiriskan untuk kamu." Mak Leha mencapai pisau dan epal itu. Nasib baik luka itu tak meleleh. Hanya dibasuh sahaja.

Hani memegang jarinya yang dibalut dengan plaster. Fikirannya melayang ke tempat lain.

-

Azhar terkejut apabila dia terdengar suara lemah dari belakang. "Abang?"

Azhar mendekati Aliff. Hani dah balik kejap. Asyraff menyarankannya pergi berehat. Azhar memegang tangan Aliff yang sejuk.

"Abang!" Azhar yakin dia nampak mata Aliff bergerak. Dan apa yang dia nampak tak tersilap.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now