BAB46

294 11 0
                                    

  Hani selamat melahirkan sepasang kembar lelaki perempuan. Adik dan abang. Tepat masa azan Subuh berkumandang.

"Wahh comelnya ~ Twins~" izzati mendukung si kecil itu. Khuzairi dukung satu. "So cute~" Izzati geram dengan budak kecil. Tembam.

"Emira dapat adik jugak." Arash dukung Emira yang berusia 4  bulan setengah tengok bayi kembar itu. Comel. Sebijik tapi lelaki perempuan.

"Apa nama ni? Mesti comel."

"Umar Zulfaqar Rifqi. Yang memakmurkan, nama khalifah. Zulfaqar, Nama pedang Nabi Muhammad. Dan yang lemah lembut."

"Alhamdulilah. Maksud nama yang baik dan cantik." Balas Khuzairi. "Kalau Umar Asyraq Rafiki... Yang memakmurkan, memberi sinar, pendampingku." Aliff mengucup Asyraq.

"Macam sesuai sangat je. Zara Humaira bermaksud Puteri atau bunga yang cantik berpipi merah. Tengok pipi ni. Merah merah je." Asyraff mengusik Zara. Merah pipi.

"Semoga dah besar nanti anak sedara dua orang ni jadi macam nama diorang. Umar Zulfaqar Rifqi kena jadi berani dan lemah lembut tutur bahasa. Zara Humaira akan jadi anak yang cantik disegani dan solehah." Asyraff cuit pipi mereka.

"Amiin..."

"Hah tak dijemput ke?" Aina masuk ke dalam. "Eh masuk lah. Malu malu pulak." Ajak Adlina. Aina dan Azhar masuk ke dalam.

"Tahniah. Sekali lagi." Azhar mengusik Aliff. "Dan semoga berjaya nanti." Balas Aliff. "Lambat lagi lah." Balas Azhar. Aliff tersengih, mengusik adiknya.

"Mana ayah?" Tanya Arash. "Tandas. Dengan Adam hah." Balas Azhar. "Hah sini lah." Adam dan Pak Samad muncul.

"Eh cepatnya?" Tanya Azhar. "Tandas sebelah sana je pun. Kau tu je jalan lembap sangat." Balas Pak Samad. "Alaa ye la..."

"Ni apa nama cucu atuk ni?" Pak Samad mendukung bayi perempuan itu mesra. Comel. Wangi. Bau dari syurga.

"Yang perempuan Zara Humaira. Yang lelaki Umar Zulfaqar Rifqi." Aliff mendukung bayi lelaki nya. "Zara Humaira ya? Puteri walid comel ni ya?" Pak Samad mengusik si kecil Zara.

"Haah kan. Zara baby girl yang pertama. Sebab ada Asyraq dengan... Em ok korang panggil dia apa? Umar? Zulfaqar? Rifqi?" Ujar Adlina.

"Rifqi. Senang. Simple." Balas Aliff pendek. "Kenapa tak Umar?" Tanya Asyraff. "Dua dua Umar. Umar Asyraq, Umar Zulfaqar." Balas Khuzairi.

"Eh tak boleh ni. Tak seimbang. Zara kena ada adik perempuan." Komen Adlina. "Sibuk je kau tu." Sampuk Adzrin. "Kena la kak!" Balas Adlina.

"Diorang semua dah besar dah. Khalish dah reti berjalan, bercakap je lambat sikit. Ikhwan dah reti berjalan jugak, bercakap boleh lah. Asyraq pun dah pandai jalan tapi suka kena dukung."

"Adelia dah pandai merangkak sendiri, Emira masih kena tidur lagi. Lepastu Zara dengan Rifqi pulak." Bebel Asyraff sorang sorang. "Kau pulak bila?"

"Rezeki Allah bila bila masa je!" Balas Asyraff. "Yelah..." Azhar mengalah bab tu.

"Cepat je masa berlalu. Keluarga kita dah makin berkembang." Sampuk Pak Samad. "Kan ayah. Cepat je." Azhar bermanja dengan ayahnya.

"Eh nak jugak. Sibuk je kau." Aliff halau Azhar. "Nak jugak. Dah lama tak manja dengan ayah." Arash masuk jugak. "Eee apa ni!! Main la jauh jauh sana!" Rengek Azhar.

"Rimas la aku dengan 3 orang ni. Aku ketuk pakai kayu nanti! Duduk elok elok!" Bebel Pak Samad. "Yela..."

-

Suasana hospital agak lengang, senyap. Lagipun pesakit tak ramai sekarang ni. Jadi wad tu hanya ada Hani sahaja.

"Aiyakkk..." Azhar usik Aliff mandikan Rifqi. Aliff geram bila Azhar mula menyanyi nyanyi dekat luar pintu bilik air. Bingit.

Kisah Kita [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora