BAB10

303 13 19
                                    

"Hah bagus lah semua ada. Duduk duduk." Mak Leha duduk di meja makan. "Maaflah. Ada ni je."

"Takpe lah mak. Lagipun tak sempat beli makanan semalam, makan roti bakar je pagi ni." Komen Adlina.

"Macam mana? Okay rumah baru? Aliff? Arash?" Tanya pak Samad. "Okay je ayah." Balas Aliff. "Tapi rindu ayah." Rengek Arash.

"Ayah datang rumah kamu, ayah sebat kamu!" Balas pak Samad. "Alah ayahhh..." Arash merungut. "Ha dah. Makan. Ayah makan kamu nanti!"

"Ni. Izzati tak nak kahwin lagi? Awal tahun ni, dua abang sedara kamu dah kahwin. Kamu pula?" Tanya Mak Leha. "Emm tak pasti lagi la Mak long." Balas Izzati.

"Kamu pun dah 24. Sebaya isteri si Arash ni." Balas Mak Leha. "Dah tu takkan nak suruh Izzati jadi madu dengan kak Adlina pulak." Sampuk Azhar.

"Woi." Arash menyiku perut Azhar. "What? Salah ke ada madu?" tanya Azhar. "Eee takde maknanya aku nak ada isteri dua." Balas Arash.

"Bukan dulu tu cita cita kau ke Arash? Isteri empat?" Usik Aliff. "Haishhh masa tu aku noob lagi. Masa nak isteri 4 tu aku baru form 1 kot." Komen Arash.

"Sama la tu."

"Tak sama! Dah 11 tahun berlalu tau." Balas Arash. "Ha dah jangan gaduh. Sejuk nasi tu nanti." Mak Leha menghentikan mereka.

"Dulu ayah pun sikit lagi nak bagi mak kamu 3 madu terus. 4 Bini. Tapi nenek kamu tak kasi. Atuk kamu kasi je. Nenek kamu tak nak menantu ramai ramai." Balas Pak Samad.

"Diungkit cerita 28 tahun lepas tu kenapa?" Komen Mak Leha. "Apa salahnya? Cakap pasal madu ni. Ayah teringat kisah 28 tahun lepas, masa ayah baru kahwin." Usik Pak Samad.

"3 tahun lepastu baru dapat abang Aliff Hehehehe!" Azhar mencuit Aliff. "Haishh kau nak apa?" Aliff menepuk tangan azhar.

"Hah lepasni apa rancangan masing masing?" Tanya mak Leha.

"Masuk ofis." Balas Aliff dan Arash serentak. "Belajar SPM." Balas Adam. "Study." Tambah Aina.

"Shift pukul 5 petang sampai pukul 10. Kau lupa jemput aku pukul 10.30 malam nanti, aku curi bantal busuk kau!" Ugut Adlina.

"Macam budak budak je." Rungut Adam. "Tah. Cuba tengok Hani. Elok je." Balas Arash. "Puji sepupu isteri kenapa ha?" Adlina mencuit Arash.

"MAKKK Ad buli Arash!" Arash bawa pinggan ke dapur dan dikejar Adlina. "Haish susah betul makhluk dua orang ni." Rungut Aliff.

-

Aliff menghentikan kereta. Sampai pun. Sarah's Collection. Nasib baik tak susah cari tempat ni Kalau tak pusing satu Puchong la jawabnya.

"Emm pergi dulu eh." Hani memasukkan telefon dalam beg. "Jangan termenung je kerja kau. Senyum sikit, jangan masam Muka sangat. Nanti customer lari. Kau rugi."

"Ye lah..." Hani keluar dari kereta. "Jangan kau mengorat mamat gatal pulak." Tambah Aliff sebelum Hani pergi.

Hani hanya buat muka annoyed. Huh, siapa gatal, rungut Hani dalam hati. "Jangan mengata aku." Aliff memandang.

"Ishh pergilah kerja." Hani berlalu. Aliff tersengih mengejek dan memandu keluar dari kawasan itu, terus ke pejabat.

-

"HAHAHAHA Berkenalan dengan junior sebab kita terpaksa repeat satu sem. Nasib baik umur 23 dah grad. Kalau tak smapai ke tua dekat U." Komen Sarah.

Ada 6 rakan sekerja dari kolej. Adlina dan Sarah, satu batch berusia 24 tahun. Mereka senior Hani, Nisa, Farah dan Mimi yang berusia 23 tahun.

Adlina dan Sarah sepatutnya graduate di usia 22 tahun selepas 4 tahun belajar, tapi terpaksa repeat satu sem. Baru nak merdeka cari kerja, terima notis repeat sem.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now