BAB31

301 13 0
                                    

"Kak Rin mengandung lagiii?!"

"Kau dah kenapa?" Adzrin tarik hidung Adlina. "Eee akak ni. Macam macam la." Adlina menggeleng.

"Kakak! Kakak!"

Suara Adam bergema di ruangan hospital tu. Adam membuka pintu slaid.

"Ya Allah kau ni kenapa?" Tanya mak Linda. "Kak Hani. A... A... Abang Aliff."

"Kenapa dengan Aliff?" Tanya Pak Samad. "Abang Aliff kemalangan!" Adam tercungap keletihan.

"Ya Allah! Dekat mana?" Tanya Adzrin. "Depan masjid, tadi. Dia dekat ICU sekarang." Balas Adam.

"Hani. Tak apa. Aku tengokkan Aliff ok? Aku tunggu dekat sana." Izzati menahan Hani. "Jaga Asyraq." Izzati memegang tangan Hani.

Hani mengangguk akur. Dalam hatinya mula risau.

-

Aliff dalam keadaan koma sebaik keluar ICU. Pembedahannya berjalan lancar.

"Dia akan ok ke doktor?" Tanya Pak Samad.

"Dia ok. Mungkin akan ambil masa untuk sedar sebab kepala dia terhantuk kuat. Tapi kita berserah kepada Allah keadaan dia nanti." Balas Doktor yang bertugas.

"Ya Allah Aliff. Kau baru je berbaik. Janganlah jadi apa apa, nak..." Mak Leha memegang erat tangan anaknya, menyalurkan kasih sayang seorang ibu.

Hani masuk ke dalam.

"Aliff. Hani datang ni, nak. Bukalah mata tu." Mak Leha bangun. Hani duduk di sisi Aliff.

"Aliff..." Tangan Aliff dicapai. Terasa risau melanda dirinya. Adzrin mendukung Asyraq.

"Hani dah minta izin nak tidur dalam wad ni. Malam nanti pihak hospital hantar katil." Ucap Hani.

"Yalah. Wad ni pun jauh dari wad Hani. Penat pula kan." Adzrin membaringkan Asyraq di atas katil sebelah Aliff.

"Abang Aliff. Tangan kecil ni tangan Asyraq. Haritu masa pertama kali kau pegang tangan dia, kau kata, kau suka sangat. Kau kata tangan dia selalu genggam jari kau. Tengokla, Asyraq genggam jari abang."

"Tengok la abang Aliff..."

Arash memegang tangan Aliff. Tangan kecil Asyraq memegang ibu jari Aliff erat. Seakan tahu ia jari ayahnya. Arash menekup mulutnya

"Aku minta maaf.... Aku tahu aku tak patut tumbuk kau haritu. Aku cuma... Marah. Aku cuma geram." Ujar Arash.

"Kau kata nak jadi walid Asyraq... Bangunla gila." Arash memandang Aliff yang masih koma.

"Assalamualaikum."

Hani Dan Arash mengangkat wajah. "Waalaikumsalam. Abang Nik, abang Tun." Arash bangkit, mengesat air matanya.

"Kitorang datang melawat." Nik tersenyum. "Weh Aliff." Tun segera duduk di atas kerusi. Tangan sahabat baiknya dicapai

"Lepas dah berapa lama, kau cakap dekat aku kau nak kembali dekat Hani. Aku terkejut tapi aku gembira jugak. Tiba tiba jadi macam ni tapi... Yelah siapa tahu kan?"

"Aku harap nanti kau bangun, kau kena tunaikan janji kau."

-

"Kak. Akak rasa kak Hani macam mana?" Tanya Adam. "InsyaAllah, Hani kuat." Balas Adzrin.

"Kalau jadi apa apa dekat Aliff macam mana?" Tanya Arash. "Kita DOA yang baik baik. Insyaallah dia akan sedar nanti." Balas Mak Linda.

"Kenapa sampai macam ni sekali mak? Semua ni tak adil untuk kak Hani. Dia baru je nak bahagia. Asyraq pun dah lahir, kenapa tiba tiba je jadi macam ni?" Tanya Aina.

"Allah uji hamba hambanya, sebab Allah sayangkan mereka. Allah sayang Hani dengan Aliff sebab tu Dia uji mereka berdua. InsyaAllah, kalau hati mereka kuat, mereka akan bertahan. Allah itu maha adil."

Aina, Adlina, Arash dan Adam mengeluh. Masih risaukan Hani dan Aliff di hospital.

"Kesian diorang." Keluh Adam.

"Esok kita solat hajat sama sama. Minta Allah ampunkan dosa kita semua dan bagi Aliff sedar dan pulih. Ajak Pak Samad dengan Mak Leha sekali." Ujar Pak Aris.

"Yalah. Saya akan telefon mereka." Mak Linda bangkit. Pak Aris mengangguk.

"Esok kita lawat diorang kan ayah?" Tanya Adzrin.

"Tengoklah macam mana. Mungkin kita patut bagi ruang untuk Hani. Tapi kalau tak keberatan, lepas asar bolehlah kita pergi esok."

"Yalah." Adzrin mengangguk. "Dah pergi tidur. Lewat ni." Pak Aris bangkit. Masing masing masuk ke bilik.

Mengharapkan esok lebih baik daripada harini.

-

Khuzairi masuk ke dalam wad. Ada dua katil single di situ. Satu katil Aliff, satu katil Hani.

Pihak hospital benar benar memahami. Mereka boleh balik bila Aliff sedar dan dah diperiksa doktor.

Khuzairi tandatangan sebagai penjaga jadi dia boleh stay overnight malam ni. Lagipun dia nak jagakan Asyraq sementara Hani masih lemah dan Aliff masih koma.

Khuzairi memastikan Asyraq tidur lena. Khalish bersama Adzrin di rumah.

"Abang long?"

Khuzairi berpaling. "Pergi mana tadi?" Tanya Khuzairi. "Ambil ubat demam. Doktor suruh makan ubat cecair." Balas Hani.

"Abang boleh ambilkan. Kenapa nak susah susah? Kan dalam pantang lagi?" Khuzairi membantu Hani duduk di atas katil.

"Dah ok dah." Balas Hani. "Sorang sorang naik kerusi roda? Kenapa tak minta jururawat bawa naik?" Tanya Khuzairi.

"Tak nak susahkan orang lain. Ramai lagi pesakit diorang nak jaga." Balas Hani. "Dah. Makanlah ubat." Khuzairi tuangkan air suam.

Hani hirup ubat pahit itu. Selepas hirup cecair pahit itu, dia terus minum air suam. Macam tu lah gelagatnya dari kecil makan ubat.

Khuzairi meletakkan ubat itu atas meja. "Abang tidur sini ke?" Tanya Hani. Khuzairi mengangguk.

"Dah tidurlah."

Wad ICU ditutup. "Maaflah. Sebab abang long kena stay." Ucap Hani. "Hani jaga kesihatan tu. Abang long jagakan Asyraq." Balas Khuzairi.

"Hani bonda Asyraq. Mestilah kena jaga dia." Balas Hani. "Jadi Bonda Asyraq... Benarkan la ayah saudara dia ni jaga dia pulak." Khuzairi menyedapkan hati Hani.

Hani tersenyum kecil. "Dah tidurlah. Abang pun nak tidur ni." Khuzairi bangkit.

"Abang tidur atas sofa je?"

"Abang kan memang suka tidur atas sofa. Tak apa. Tidurlah." Khuzairi menutup lampu. Hani memandang Aliff yang masih koma di sebelahnya.

Dia mengeluarkan tangannya dari selimut. Dicapai tangan Aliff. Mengharapkan Aliff akan sedar nanti.

'Apa pun yang terjadi... Saya akan sentiasa di sisi awak.'

Hani menutup matanya perlahan lahan. Air matanya jatuh. Memikirkan Asyraq, dia tekad akan menguatkan semangat.

Malam itu hanya bunyi cengkerik kedengaran. Sunyi. Gelap.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now