BAB25

314 13 1
                                    

 Song: Good Enough- Little Mix

-

Aliff masuk ke dalam rumah dengan riak muka selamba. Asyraff tiada di rumah ketika ini. Hanya Hani, Adlina, Arash, Khuzairi dan Adzrin.

Selepas beberapa bulan hilangkan diri, akhirnya dia memberanikan diri pergi ke sana.

 "Kau macam mana? Ok?" Tanya Adlina. "Alhamdulilah. Sementara waktu ni, doktor cakap kandungan ni stabil." Balas Hani.

"Hani! Hani! Abang Zairi!" Suara Aliff bergema dari luar. "Ya Allah, Aliff." Khuzairi turun, terkejut. Belum sempat Khuzairi menyambut Aliff, Aliff meluru ke arah Hani yang baru keluar dari dapur.

 "Kau guna sihir apa dekat Tasnim sampai gugur? Kau buat apa dekat dia?!"

 "Eh kau ni kenapa? Apa kau merepek ni?" Arash menolak Aliff menjauhi Hani. Hani agak terkejut dengan tindakan tiba tiba Aliff.

"Perempuan ni dah buat Tasnim keguguran dengan sihir kau tau tak! Abang. Biar betul dia ni tak salah? Kenapa Tasnim boleh tiba tiba keguguran pulak?!" Marah Aliff.

"Aliff. Siasat sebelum kamu menuduh. Hani dengan kitorang tak ke mana mana pun." Tegas Khuzairi.

 "Eh bagus apa perempuan tu gugur? Bukan anak kau pun. Kau tu yang entah kena makan apa sampai tunduk dekat dia!" Aina menyampuk.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Aku tahu dia tak tipu aku!" Balas Aliff.

"Yang kau percaya sangat perempuan tu kenapa? Apa salah kau buat sampai kau tunduk sujud dekat dia? Hah!" Jerit Aina pula.

 "Kau jangan buat aku angin eh. Hani. Sementara aku masih sabar dengan kau, baik kau jujur dengan aku!" Aliff memegang bahu Hani.

Tak perasan perubahan tubuh isteri sendiri. Kemaharannya membuak buak sehingga tak perasan tubuh Hani berubah.

 "Apa awak cakap ni? Kenapa pulak saya nak apa apa kan dia?" Hani menolak tangan Aliff lembut.

Matanya terpapar rasa rindu menggunung dalam hati. Suaranya dijaga agar tak ditinggikan.

"Kau jangan nak berlagak baik sangat la! Aku jijik dengan perangai kau ni tau tak?!"

 "Kamu jangan nak main tuduh tuduh! Isteri sendiri pulak tu. Berdosa tau tak?" Mak Leha muncul dari dapur bersama Pak Samad.

"Jangan kau naik tangan kau dekat dia! Sekali lagi kau tampar dia, aku gali lubang kubur kau sekarang! Turunkan tangan kau sebelum kaki aku yang naik!" Pak Samad melempang wajah Aliff.

 "Ayah. Aliff dan mengalah sekali dengan ayah. Kenapa ayah percaya sangat dia ni? Dia ni siapa?! Entah orang mana yang mintak simpati dekat kita! Dia ni, pembunuh!"

 "Ayah! Ayah jangan." Hani memegang lengan baju Pak Samad, menahan lelaki 53 tahun itu dari belasah Aliff.

"Ayah. Aliff tak ceraikan dia sebab Aliff hormatkan ayah. Tapi ni dah melampau. Sampaikan dia menyihir pun ayah percaya! Ayah dah kena sihir ke apa?" Aliff melepaskan marah.

"Diam sebelum ayah sepak terajang kau, Aliff."

 "Ayah. Tasnim dah gugur. Dan ayah percayakan perempuan ni lagi? Hantu apa sampuk ayah macam ni? Dia ni siapa sampai ayah nak sanjung tinggi dan hormat sangat?!"

 "AKU CAKAP DIAAMMM!"

 Arash membawa si kecil Ikhwan masuk ke dalam bilik. Khuzairi memeluk Khalish erat dan bangkit ke tepi.

Adzrin memeluk Hani, mengetahui gadis itu takut dan terluka. Pak Samad menendang Aliff keluar dari rumah. Aliff terjatuh dari tangga.

Hani menekup wajahnya, tak sanggup nak tengok lagi.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now