BAB45

283 10 0
                                    

Pak Samad agak terpinga pinga bila rumah biasa yang ada 4 bilik kecil kena renovate jadi rumah yang ada 6 buah bilik besar dengan bilik air dalam bilik masing masing.

"Ayah! Mulai harini, kitorang akan tinggal dengan ayah. Anak anak, menantu dan cucu cucu!" Arash mendukung Ikhwan. Semua pakat pindah masuk tinggal dengan Pak Samad.

"Ehhh tak payahlah sampai pindah masuk. Rumah korang macam mana?" Bantah Pak Samad. "Apalah sangat harga rumah tu berbanding dengan ayah." Balas Arash.

"Jangan risau. Azhar janji takkan ganggu privasi ayah macam dulu." Ujar Azhar. "Janji kosong." Balas Pak Samad.

"Ayah, betullah! Azhar janji lah! Orang dah kahwin la ayah!" Rengek Azhar. "Merengek je kerja. Annoying betul. Adik siapa tu?" "Entah lah, tak kenal."

"Dah kejadah apa aku sekali kena pindah masuk ni?" Tanya Asyraff. "Kau adik abang Khuzairi apa! Abang Hani!" Balas Azhar. "Banyak la kau eh!"

  "Mari duduk ramai ramai! Baru meriah rumah ni!" Sorak Arash.

-

"Bye ayah! Pergi kerja dulu!"

Aliff, Azhar, Arash, Khuzairi, Adzrin dan Asyraff minta diri pergi kerja. Macam biasa semula.

Aliff, Azhar dan Arash dah mula kan business sendiri. Bisnes kecil je. Masih kerja ofis juga, macam biasa. Azhar pula kena berjinak jinak kerja di ofis.

Adlina dan Hani macam biasa, terpaksa juga tak kerja tapi mereka tolong juga Sarah untuk koleksi terbarunya nanti. Tolong buat design tudung baru.

Mujurlah dua dua kreatif, ada dua tangan ajaib.

Kandungan Hani sihat, dah masuk 7 bulan sekarang. Ada beza 5 bulan dengan Adlina. Mewarna dan melukis design menjadi tugas mereka.

Hani fokus melukis. Nasib baik Asyraq dengan auntie kesayangan dia. Kalau tak nanti siapa nak tengokkan dia dekat sebelah dah Bonda dia pegang color pencils je.

Siapa lagi kalau bukan Izzati.

Izzati yang memang sukakan budak budak sedia tolong jagakan anak anak kecil ni. Hani dan Adlina nak kembali bekerja tapi hmm... Rezeki lain pula.

Adzrin dan Khuzairi masih bekerja, mengajar di tempat yang sama. Cuma bukan satu sekolah lah. Adzrin sekolah rendah dan Khuzairi di sekolah menengah.

Asyraff masih kerja macam biasa sebagai office manager. Selepas dua minggu cuti, kena la masuk ofis semula nak ke tak nak. Ponteng lama lama, kena pecat baru tau.

Tu pun nasib baik Bos baik dan jenis yang sangat sangat memahami pekerja.

"Busy?"

Hani memandang ke pintu. Aliff dah balik. Hani agak terkejut, memandang jam. Dah pukul 5:30. Aliff, Arash dan Azhar balik pukul 5, mestilah dah sampai.

Hani meletakkan buku dan semua pensel warna ke tepi. "Eii... Dah boyot tu cuba bawak bertenang sikit." Ujar Aliff. Hani tersenyum kecil.

"Just as I promise."

Aliff menghulurkan sebungkus cookies dalam paket. "Thank you." Hani mencapai dan memeluk erat tubuh Aliff. "Tercongok je depan ni sepanjang hari. Tak sakit belakang ke?" Aliff menyentuh belakang Hani.

"Emm. Sakit."

"Dah makan baru sakit eh?" Aliff mencuit hidung Hani. "Laparlah." Balas Hani. Aliff tersengih.

"Emira dah lahir. Lepasni giliran Zara dengan Rifqi kan?" "Siapa tu?"

"Eee nyanyuk ke?" Aliff cuit hidung Hani. "Siapa?" "Dalam perut ni lah..." Aliff mengusap perut Hani. Hani menggaru kepalanya.

"Lupa he he." Hani tersengih. "Cepat lupa Dah." Aliff memegang pipi Hani. "Asalkan tak lupa tu." Balas Hani

"Tu? Tu mana?"

"Lupa dah?"

"Kacau eh?" Aliff cupped pipi pau Hani. "Tuuuu.... Umar Asyraq Rafiki." Balas Hani. "Ee cakap la awal awal." Aliff mengusik Hani.

"Lupa anak sendiri lah tu." Komen Hani. "Tak lah. Mana boleh nak lupa." Balas Aliff. "Eee dah la orang mengantuk."

-

"Pakaikan la elok elok. Butang baju baby pun tak betul." Hani membutang baju Asyraq. "Mana ada. Ok je tu." "Ok apanya? Butang baju pun senget."

Hani mendukung Asyraq. Aliff mengusik hidung Asyraq. Asyraq yang dah bangun tadi hanya melayan. Suka.

"Suka dia." Aliff tersenyum melihat Asyraq. Comel. Asyraq bertukar dari dukungan Hani ke dukung Aliff. Asyraq dah makin besar. Masa cepat berlalu.

"Hah jangan lama sangat. Jom makan. Aku masak mihun goreng ha." Tegur Asyraff. "Yelah..." Aliff dan Hani keluar dari bilik.

"Wahai merpati merpapat sekalian. Keluar lah dari bilik dan mari makan sarapan. Abang Zairi oii... Wahai Azhar, keluarlah. Wahai Arash, muncullah. Makan oi makan oi. Makannnn makannn." Asyraff mula kacau semua orang.

"Ee bising la abang Asy!" Azhar muncul. "Ha baru bangun la tu!" Usik Asyraff. "Mana ada! Dah solat tau!" Balas Azhar. "Tu pun nak riak!"

"Eee!"

Semua berkumpul di meja makan. Sarapan biasa je oleh Asyraff dan Izzati tapi cukup untuk semua orang.

"Rindu pulak dengan masakan mak." Ujar Azhar. "Orang yang dah tak ada tetap tak ada. Kita yang hidup ni tak boleh lah selamanya macam ni." Balas Pak Samad

"Pak Samad betul. Memang kita sedih. Tapi mak Leha dekat syurga sana mesti sedih tengok kita macam ni. Mak Leha mesti ditempatkan di tempat yang baik. Dia mesti tak nak kita semua sedih lama lama macam ni." Tambah Khuzairi.

"Ayah memandangkan rumah dah renovate, ayah kena bagi jugak kitorang tinggal sini." Komen Arash. "Halau kau pun takde bezanya." Balas Pak Samad.

"Mestilah tak boleh halau. Kami akan melekat dengan ayah selamanya!" Balas Azhar. "Hah melekatlah kau. Aku sedut guna hampagas baru tau." Pak Samad mengugut.

Satu meja tergelak mesra kembali. "Mak tak nak datang ke?" Tanya Pak Samad. "Lepas zohor nanti ayah kata." Balas Adzrin.

"Ayah engkau janji nak lawan catur sama sama. Siapa kalah belanja kopi. Korang kena tengok aku kalahkan Aris." Pak Samad yakin. "Ala catur je pun." Kondem Asyraff.

"Catur pun catur lah. Asalkan bukan Judi. Engkau je Judi." Balas Pak Samad. "Eh! Mana ada! Saya budak baik dekat sekolah dulu. Tanya abang." Balas Asyraff.

"Hah baik la sangat. Pukul orang, bergaduh, nakal, degil, melawan cakap cikgu, ponteng kelas tambahan, ponteng kelas, ponteng perhimpunan, sampai dua kali kena gantung sekolah masa form 4, form 5. Sikit lagi nak kena buang. SPM pun atas pagar. Abang long ada pun buat perangai. Kena sebat dekat rumah nangis." Bebel Khuzairi.

Asyraff mencebik bila Khuzairi mula membebel lagi. Dia dah mula dah huu... Membebel je, omel Asyraff.

"Ok kita tengok siapa belanja kopi nanti!"

-

"Aduhh pak Samad. Bagi la saya chance pulak, saya nak menang jugak sekali dua." Ujar Pak Aris. "Sekarang uncle 2 lawan ayah 3." Ulang Azhar.

"Kalau ayah menang sekali lagi, boleh satu round je lagi yah. Kalau ayah kalah sekarang, ayah kalah dengan Pak Samad, yah!" Komen Adlina.

"Hmmm susah ni..." Pak Aris tak tahu nak gerak. Terpaksa. "Hah aku menang lagi."

"Cayalahhh ayahhh!" Azhar, Arash dan Aliff bersorak. "Haih saya ni dah lama je tak main catur ni." Balas Pak Aris. "Alasan la ayah ni." Sampuk Adam.

Permainan berterusan dan Pak Samad menang lagi. "Hah kan aku dah cakap. Aku ni raja catur sedunia!" Komen Pak Samad. "Yelah saya belanja kopi petang esok!" Pak Aris mengalah.

"YEYYY ayah belanja!" Sorak Adam dan Adlina. "Sesekali macam ni kan seronok. Bukan selalu kan hehehe." Komen Azhar.

Kesedihan diganti dengan senyuman. Macam pelangi muncul selepas hujan lebat.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now