BAB22

287 10 0
                                    

"Khalish Rizqi bin Khuzairi Al Haq. Sedap tak?"

"Tak kisahlah apa nama dia asalkan maksudnya baik." Adzrin tersenyum. Khuzairi mendodoi bayi lelaki kecil di dalam tangannya.

"Mana lah Hani pergi agaknya." Keluh Adlina. "Dia ada dekat rumah Sarah. Sarah mesej aku semalam." Balas Asyraff.

"Sarah ada cakap apa apa lagi?" Tanya Khuzairi. "Tak. Dia cakap Hani selamat dengan dia. Tu je." Balas Asyraff.

"Tak apalah. Asalkan dia selamat dan tak merayau mana mana." Ujar Khuzairi. "Kita pergi ambil dia nak?" Tanya Asyraff.

"Abang Asyraff ingat dia nak ke terserempak dengan Aliff?" Balas Arash.

"Betul jugak. Mana mana rumah pun si Aliff tu ada. Haish serabut la!" Asyraff mengeluh. "Asalkan Hani selamat sekarang ni cukuplah Asyraff." Balas Adzrin.

"Dia cukup matang nak fikir apa yang baik apa yang buruk. Kita percayakan Hani. Abang long pun risaukan dia." Khuzairi memegang bahu Asyraff.

"Yelah. Abang Zairi risau adik bongsu abang je. Mana ada abang risau pasal Asy?" Rungut Asyraff.

"Eh. Jeles pulak." Khuzairi mencubit pipi Asyraff. "Eee tak nak la!" Asyraff rimas. "Comel je adik abang ni." Usik Khuzairi

"EEEE Geli la abang long!" Asyraff melepaskan pelukan leher Khuzairi. "Eee Geli Asy dengan Abang!" Asyraff keluar dari wad.

"Macam macam lah budak tu."

-

"Tasnim what is this! Explain!"

Aliff mencampak kad kahwin pada Tasnim. "Kad kahwin kitalah. I nak kahwin lepas bersalin jugak!" Tegas Tasnim.

"Faham tak I perlukan masa? I dah sediakan borang kahwin. You nak risau apa?" Balas Aliff. "You tak hantar lagi?"

"You rela jadi isteri kedua?"

"Ya tapi kalau boleh I cuma nak kita berdua je. You sendiri memang tak sayangkan perempuan tu kan? Ceraikan la dia cepat!" Balas Tasnim

"You jangan nak buat suka hati! Sebab tindakan you minggu ni, I nak tangguhkan nikah lebih lama."

"How could you?!"

"I dah cakap I akan uruskan hal kahwin ni. Yang you dengan mak you pandai pandai buat kad kahwin tiba tiba ni kenapa?!"

"You sayangkan perempuan tu lagi? Sedarlah Aliff! Dia memang tak mampu bagi you anak! I Yang mampu bagi you anak!"

"Anak rezeki Allah, tu I tak boleh persoalkan. Tapi apa yang I marah bukan soal anak. I dah cakap I akan pertimbangkan hal kahwin ni!"

"You nak pertimbangkan apa?!"

"I nak DNA Test sebaik baby tu lahir." Balas Aliff. "Ni memang anak you, kenapa you nak ragu ragu?!" Marah Tasnim.

"Memang la I akan ragu ragu! Sekarang tarik balik semua kad kahwin ni!" Tegas Aliff. Tasnim merengus.

"No I won't. Never!"

"Dan I takkan pernah ceraikan Hani." Balas Aliff. "Aliff! You tetap nak jadikan I yang kedua?!"

"You yang rela jadi isteri kedua kan?" Balas Aliff. "Tapi you tak cintakan Hani kan?"

Aliff tak dapat menjawab soalan itu. Dia sendiri tak tahu apa di dalam hatinya sekarang. Siapa yang dia cinta, siapa yang dia rindu.

"You diam. Maknanya you sendiri tak tahu you sayangkan dia ke tak!" Balas Tasnim.

"Tapi I akan percayakan dia berbanding you." "WHYY?" Jerit Tasnim.

"Sebab you masih tak dapat buktikan I tidur dengan you!" Balas Aliff. "Tak semestinya tidur bersama je..."

"What? I tak pernah tidur sekatil dengan you. Apa lagi nak pegang tangan you atau sentuh tubuh badan you. I tak pernah sentuh you langsung sepanjang kita kenal!" Tegas Aliff.

"You menghilang sendiri lepastu balik peningkan kepala I dengan masalah you! Baik you jujur dengan I sekarang!"

Tasnim mengetap bibir. Marah. "Siapa tipu siapa sekarang? You tipu I atau you tipu diri you sendiri?!" Balas Aliff.

"Sekarang. Tarik balik semua tu. Batalkan semua tempahan merepek you! I dah cukup serabut dengan masalah yang you timbulkan! Jadi jangan jadi beban yang menyusahkan dalam hidup I!"

Tasnim mengetap bibir.

"Kalau you tak nak tarik balik, suka hati you lah. Tapi I takkan ada di hari dan tarikh perkahwinan hebat you tu!"

Aliff beredar meninggalkan Tasnim seorang.

-

"Aku akan batalkan dulu penceraian. Tapi aku tak nak tengok muka kau lagi." Balas Aliff.

"Awak betul nak berpisah?" Tanya Hani. "Aku fikirkan nanti." Balas Aliff. "Berhenti cakap nanti. Jangan biar saya tunggu lagi."

"Aku tak nak cakap pasal perceraian atau perkahwinan sekarang. Aku tak nak uruskan mana mana pun. Sama ada dengan kau atau Tasnim. Biar keadaan diam untuk aku."

Hani tak nak melawan. Hanya diam membisu. "Kau nak aku lepaskan kau?" Tanya Aliff. "Bagitau saya keputusan awak." Balas Hani. "Kita cakap nanti."

"Aliff."

Hani menahan Aliff. "Apa lagi kau nak?" Tanya Aliff. "Saya..." Hani menggigil. "Kau apa?"

"T... Tak ada apalah." Hani melepaskan lengan Aliff. Teragak agak untuk beritahu. "Kau nak cakap apa sebenarnya?" Tegas Aliff.

"Tak penting pun. Tak ada apa yang terlalu penting." Balas Hani. Aliff berlalu. 

Tak tahu kenapa lidahnya kelu untuk katakannya

-

Hari berlalu. Perkahwinan Izzati dan Asyraff bakal berlangsung dua hari lagi.

Hani cemburu pada abang abangnya. Mereka berkahwin atas dasar cinta. Kecuali dia. Dia menghela nafas gemuruh.

Doktor cakap bayi dalam kandungannya sihat. Cuma dia yang lemah. Alahannya juga semakin teruk dan tak terkawal.

"Hani. You're okay?" Tanya Izzati. Hani mengangguk. "Tak ada apa. Demam sikit." Balas Hani.

"Jomlah. Abang Zairi panggil makan." Ujar Izzati. Hani mengangguk setuju. Mengikut Izzati.

Sekarang ahli keluarga belum tahu hal kandungannya. Mungkin nanti lebih baik, fikir Hani.

-

"Khalish ni serupa ummi dia. Nanti mesti suka masak macam ummi dengan baba dia." Usik Mak Linda.

"Entah entah jadi chef. Ye tak mak?" Usik Adlina. "InsyaAllah apa salahnya kalau jadi chef pun." Balas Mak Linda.

"Kau tu. Jaga diri. Kalau makan banyak je kerja, anak kau kerja dia makan je. Gemuk macam kau." Usik Adzrin.

"Mana ada! Kak Rin ni!" Adlina mencuit Adzrin. "Gurau sikit terasa." Usik Adam. "Eh kau diam!" Adlina menjelir.

"Hani demam ke nak?" Tanya Pak Aris. "Sikit je." Balas Hani. "Demamlah. Lepas makan ni abang hantar balik. Makan ubat, tidur." Asyraff memegang dahi Hani.

"Yelah..." Hani malas nak gaduh dengan Asyraff.

-

Hani duduk sendirian dalam bilik. Masih terasa pedih nya kata kata Aliff haritu. Sekarang mengandung pula. Kepalanya naik buntu dengan semua ni. Sarah dah tidur jadi dia sendirian sekarang. Serabut.

 Sinaran bulan memancar menyinari bilik itu. Tapi dia masih terasa sunyi dan lemah.

"Macam mana aku nak jaga anak ni Ya Allah... Bantulah aku.." Hatinya berbisik penuh kesakitan. Aliff masih belum menjawab panggilannya lagi. Dia dibiarkan begini.  Hani terbaring lemah atas katil. 

 "Apa pun... Saya akan tunggu awak, Aliff... Saya tunggu awak..." 

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now