BAB20

231 9 0
                                    

"Kandungan puan dah berusia 9 minggu."

Hani terkejut. Kenapa sekarang? Buntu. Sebaik keluar dari klinik, dia bagaikan hilang arah tujuan.

Dia hanya berjalan kaki pulang ke rumah. Tiada kuasa nak tumpang sesiapa atau guna apa apa pengangkutan. Membiarkan minda nya kosong.

Sebaik sampai ke rumah dengan selamat, Hani berbaring atas katil. Seorang. Dingin.

Selera makannya hilang. Dilihat log masuk telefonnya. Ada banyak missed call dan unread message from WhatsApp.

Tapi tak satu pun daripada Aliff. Berpuluh kali dia terlepas panggilan daripada Adlina, Asyraff, Pak Samad, Izzati dan Adzrin.

WhatsApp daripada Asyraff, Khuzairi, Arash dan Azhar hanya dipandang sekilas. Kepalanya serabut. Pening.

Selesai bersihkan diri, Hani berbaring di atas katil. Hatinya pedih.

"Saya akan tunggu awak, Aliff."

-

"I nak kahwin jugak!"

"I tak nak, faham tak?!" Tegas Aliff. "I akan bunuh diri Kalau you bertegas tak nak!" Jerit Tasnim.

"Tasnim! Jangan buat malu bapak!" Jerit Pak Tahir. "Tak nak! Tasnim nak kahwin juga! Kalau tak, Tasnim rela terjun dari tingkat 5 ni!"

"Kau jangan buat mak macam ni, Tasnim!" Tegas Mak Lijah. "Tasnim tak kira!"

"Terjunlah! Tapi aku tetap tak nak!" Balas Aliff. Berlalu pergi. Tasnim turun. Mendekati Aliff.

"Aliff tolonglah. I rela buat apa sahaja! Tapi tolonglah kahwin dengan I!" Tasnim memegang lengan baju Aliff.

"Just stop it, will you?!" Jerit Aliff. Tasnim memandang Aliff tak puas hati. Aliff berlalu pergi

"Eh Aliff! Eh budak ni geram aku!" Mak Lijah memakai selipar. "Lijah! Kau jangan kejar budak tu!" Jerit Pak Tahir.

Tasnim memandang Aliff pergi.  Dia belum puas hati lagi.

-

"Hani tak jawab. Risau lah."

  Adlina hampa panggilannya tak berjawab. Arash mengeluh. Resah memikirkan sepupu iparnya.

"Mungkin kita patut biarkan dia berehat dulu. Bagi dia bertenang dulu." Ujar Arash. Adlina mengangguk.

"Macam mana kalau dia buat benda bukan bukan?"

"Mulut tu jangan masin boleh tak!" Khuzairi ketuk Asyraff dengan remote televisyen.

"Abang long! Sakitlah!" Asyraff memegang kepalanya yang kena 'tong tong' dengan remote tevisyen oleh Khuzairi.

"Dia balik rumah ke?" Tanya Mak Linda. "Nampaknya macam tu lah." Balas Adlina. "Kita pergi rumah dia? Mari?" Ajak Mak Linda.

"Mak. Apa kata biarkan dia dulu?" Tanya Adlina. "Kenapa pulak? Kalau jadi apa apa dekat dia kau nak buat apa?" Asyraff tegas.

"Hani mesti tak jumpa sesiapa sekarang. Kalau ya pun, tu cuma akan terukkan keadaan. Dia cuma terlalu rindukan Aliff."

BAMMM!!

"Lelaki tu dah tinggalkan dia! Kau nak Aku berdiri dekat sini macam orang bodoh lagi?! Kau nak aku berdiri dan tengok je?!" Jerit Asyraff.

"Asyraff. Sabar, nak..." Pujuk Pak Aris. "Semua ni bermula dari bila dia kahwin dengan Aliff, pak Ngah! Semuanya sebab lelaki tu!" Jerit Asyraff.

"Asy tak nak apa apa lagi. Asy rela mati kalau Hani boleh bahagia. Asy rela! Asy sanggup! Asy tak nak sesiapa lagi sakitkan hati dia. Cukuplah semua ni, pak Ngah! Asy tak kisah pasal apa apa pun, tapi Hani satu satu nya adik perempuan Asy!" Tegas Asyraff. Dia terduduk ke lantai.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now