BAB21

240 10 0
                                    

"Sampai bila nak macam ni? Mak dengan ayah risau. Kita balik rumah. Ya?" Hani memujuk Aliff.

"Sori. Tapi aku tak nak balik." Balas Aliff. "Apa rancangan awak sekarang ni? Apa awak nak buat dengan keruhkan keadaan?" Tanya Hani.

"Aku ada rancangan aku sendiri."

"Rancangan apa? Ceraikan saya, tinggalkan Tasnim, tinggalkan negara? Macam tu? Awak nak lari macam pengecut lagi?"

"Baik kita berpisah je." Balas Aliff. Hani tak terkata apa. "Kenapa awak suka larikan diri? Kenapa? Kenapa awak tak boleh berdepan?"

"Saya dah cakap saya akan percayakan awak. Jadi tolonglah. Kita tak boleh berpisah sekarang." Pujuk Hani.

"Aku takkan kahwin dengan Tasnim. Dan aku tak kan ceraikan kau. Tu muktamad." Balas Aliff.

"Tapi. Aku tak nak tengok muka kau lagi." Balas Aliff. "Apa salah saya? Sampai awak tekad nak buang saya sampai macam ni sekali? Cakaplah, Aliff." Ujar Hani.

Aliff tak menjawab. Diam. Hani menahan air matanya.

"Awak... Nak ceraikan saya?"

"Tak tahu lagi. Aku akan buat keputusan nanti." Balas Aliff. "Awak masih sayangkan Tasnim?" Tanya Hani.

"Tak tahu."

"Awak tak boleh nak jawab ya atau tidak pun. Awak tak boleh bagi jawapan pasti untuk salah satu soalan pun Aliff." Ujar Hani.

"Ya aku tahu. Aku tak nak kahwin dengan Tasnim. Aku tak nak ceraikan kau walaupun aku bencikan Kau sekarang."

"Awak betul betul benci kan saya?" Tanya Hani. "Dari mula sampai sekarang, Hani." Balas Aliff.

"Tapi saya akan tunggu awak." Ujar Hani. "Jangan tunggu aku Hani. Pergi. Pergi dari hidup aku!" Balas Aliff.

"Saya takkan setuju untuk bercerai. Biar terpisah beribu tahun saya akan tunggu awak balik. Saya akan tunggu awak, saya janji tapi saya tak nak berpisah." Ujar Hani.

"Dah lah. Kita tamatkan semua ni. Ya?" Aliff bertegas. "Jadi awak mengaku lah awak tidur dengan dia?" Tanya Hani.

Aliff tak menjawab soalan itu. Mengelak. Hani tak mahu mendengar jawapan hanya dengan melihat wajah Aliff.

Hani memandang ke sisi. Menyeluk isi poket jaketnya.

"Boleh awak tulis dua nama atas kertas ni?" Hani menghulurkan sehelai kertas. "Kau nak buat apa? Nama siapa?"

"Awak fikirkan dua nama. Bukan nama sepupu atau kawan awak. Lelaki dan perempuan." Balas Hani. "Kau nak buat apa?" Tanya Aliff, dingin.

"Awak tuliskan lah. Nama yang awak teringin nak dengar." Balas Hani. "Nama siapa?"

"Emm... Anak... Kak Rin..." Bohong Hani. "Kenapa pulak aku kena tulis nama anak untuk Kak Rin dengan Abang Zairi?"

"Kitorang tengah buat undian nama untuk anak kak Rin nanti. Sebab tak tahu nama lelaki atau perempuan, kitorang tulis dua nama lelaki dan perempuan dalam satu kertas." Bohongnya lagi.

"Aku tulis sebab kak Rin dan abang Zairi." Aliff mengambil pen dan kertas dari tangan Hani. Dua baris nama ditulis mengikut apa dalam fikirannya.

Kertas itu diserahkan kepada Hani. "Aku pergi dulu." Aliff berlalu. Hani menyimpan kertas itu sebaiknya.

-

"Cukuplah Aliff! Mak dah tak larat nak layan kau!" Marah Mak Leha. "Aliff nak ceraikan Hani, mak." Balas Aliff.

"Buatlah suka hati kau! Tapi jangan panggil kau anak ayah lagi!" Marah Pak Samad.

"Ayah selalu macam tu! Ayah tak pernah faham keadaan Aliff!"

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now