BAB42

287 10 0
                                    

Adzrin selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Adelia Safiya. Nama yang comel dan ringkas yang dicadangkan oleh Mak Linda.

Adzrin dan Khuzairi menerima nama itu sebagai nama yang mempunyai maksud yang baik iaitu Keadihan Yang Bersih dan Jujur. Nama dengan maksud yang baik.

"Sekarang kita tunggu adik Ikhwan dengan adik Asyraq pulak." Asyraff usik Arash dan Aliff di sebelahnya.

"Walaupun due Rin lambat sikit dari tarikh sebetulnya, tapi boleh la kan." Komen Adzrin. "Lewat 3 hari dari tarikh yang doktor agak." Balas Adam.

  "Asalkan Rin dengan Fiya dua dua selamat dan sihat. Kan cucu nenek? Alalalala comelnya cucu nenek." Mak Linda mendukung Adelia yang kecil dan comel.

"Tahniah kak Rin dapat baby kali kedua. Tak sia sia tunggu 3 tahun. Allah bagi Khalish, lepastu bagi Adelia pulak." Komen Azhar. "Alhamdulilah. Rezeki Allah tu luas." Balas Khuzairi.

"Mak... Mak... Ad tertanya tanya la kan..." Adlina memanggil Mak Leha. "Apa dia, Ad?" Tanya Mak Leha.

"Lepas arwah Tasnim selamat dikuburkan, Ad dah tak pernah jumpa Pak Tahir dengan Mak Lijah. Diorang pergi mana, mak?" Tanya Adlina. "Tu la. Rin pun tertanya tanya." Adzrin mengangguk.

"Kau tak tau apa apa ke Aliff?" Tanya Arash. "Entah la. Diorang dah tak guna nombor sekarang." Balas Aliff. "Harap harap diorang sihat dan selamat la sekarang."

"InsyaAllah."

-

"Aliff."

Aliff menutup buku dan letak atas meja sebaik Hani duduk di atas katil. "Ada apa?" Tanya Aliff. Asyraq dah tidur lena dalam katil baby.

"I'm sorry." Hani melentokkan kepala ke dada Aliff. "For what?" Aliff mengusap pipi Hani. "Entahlah. Rasa macam patut minta maaf." Balas Hani.

"Dont worry too much. Tak elok untuk baby." Ujar Aliff. "Awak ada ingat apa apa?" Tanya Hani. "Separuh. But I guess I won't work for it. Kalau nak ingat, ingatlah." Balas Aliff.

"Kenapa?"

"Sebab semua tu dah lepas, kan? Apa pun, you're still my wife. Dan Asyraq masih anak kita berdua. Tak ada apa boleh ubah benda tu." Aliff memegang tangan Hani. Hani memeluk Aliff erat. Rindu.

"Semua orang dah ada kehidupan masing masing kan? Abang Asyraff dah kahwin, Aina dengan Azhar pun bakal kahwin. Masa dah berlalu." Ujar Hani. "Dan Asyraq pun dah besar." Aliff tersenyum memeluk Hani.

"Awak, saya takut." Hani menggenggam tangan Aliff. "Takut aku akan tinggalkan kau lagi?" Aliff mengusap bahu Hani lembut. Hani mengangguk sebagai respons.

"Masa awak kembali selepas Tasnim meninggal, saya teragak agak. Tapi saya pilih untuk bersama awak. Tapi... Bila ni terjadi... Saya takut saya akan kehilangan awak lagi." Balas Hani. Aliff mengusap tangan Hani lembut.

"Tapi aku dekat sebelah kau, kan?" Aliff mengusik Hani. Hani tersenyum kecil. "Aku tahu aku kejam pada kau dulu. Aku harap ni satu permulaan yang baru. Untuk kita berdua." Balas Aliff.

"Kita dua je ke? Yang tu? Yang dalam perut ni?" Hani mengusik Aliff. "Yalah. Untuk kita satu keluarga." Aliff mengucup pipi Hani. Hani tersenyum kecil

"Awak takkan bagi saya kerja, kan?" Tanya Hani. Aliff menggeleng. "Lepas apa jadi masa pregnant kan Asyraq dulu, aku takkan bagi kau kerja. Seminit pun." Balas Aliff.

"Yalah..." Hani mengalah. Tak guna gaduh pasal nak kerja. Buang masa je gaduh dengan Aliff tentang kerja.

"Sikit sikit nangis. Matang la sikit." Aliff mengesat air mata Hani. "Bukan nangis lah." Bidas Hani. "Tak payahlah nak menipu sangat." Balas Aliff.

Kisah Kita [C]Where stories live. Discover now