Bab 3

1.9K 72 0
                                    

Emily menguap setelah terjaga dari tidur. Dah pagi ke? Soalnya didalam hati. Dia memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap gelita. Walaupun dalam keadaan gelap tetapi dia tahu ini biliknya kerana haruman dibilik ini sama sewaktu dia sedar semalam. Emily menekan suis lampu tidur yang berada disebelah katilnya. Cahaya yang menyinari dari lampu itu sudah cukup untuk dia melihat keadaan dirinya sekarang.

Jam digital yang bercahaya purple berada elok disebelah katil itu menunjukkan angka 5.53a.m. "Apa yang dah terjadi semalam?" Emily memegang kepalanya yang agak pening sedikit.

Semalam aku berada bersama Elle di gazebo belakang vila ni dan "Darish Ryan" Hah dia tu. Siapa dia? Elle ada juga menyebut semalam nama Ryan dan mengatakan bahawa Ryan adalah abang keduanya. Mungkin juga Darish Ryan tu agaknya Ryan yang dimaksudkan oleh Elle.

Apa kena mengena lelaki tu dengan aku ya? Tiba-tiba je dia muncul lepas tu cakap yang aku ni kekasih dia, macam tak masuk akal betul. Kalau betullah apa yang dia kata, mesti awal-awal lagi Elle sudah beritahu perkara tu pada aku.

"Argh kusut kusut!" Emily mengaru garu kepalanya yang tidak gatal. Err banyak betul conclusion yang timbul dalam otak aku ni.

Kenapa pula aku boleh pengsan ya semalam bila pandang wajah dia? Silap mata dia, macam mana aku boleh pengsan bila pandang mata kelabu dia tu? Dia ada kuasa untuk buat orang tidak sedarkan diri ke? Tak mungkin orang macam tu boleh ada kuasa magik. Kalau semalam aku pengsan dalam pelukan dia habis tu apa pula yang terjadi selepas itu? Emily memerhatikan tubuh badannya yang dilengkapi baju tidur berwarna pink. "Fuh! nasib baik aku pakai baju tapi kenapa baju tidur pula?" Emily menjadi gelisah semula.

Semalamkan aku pakai baju gaun purple dan siapa pula yang tukarkan baju aku ni? Takkanlah masa aku pengsan aku boleh bangun dan tukar baju sendiri?

Tok tok tok

"Emily you dah bangun belum?" Soal Elle yang berada di luar bilik.

Hah Elle! Mungkin dia tahu apa yang sudah berlaku semalam. Emily bangun dari katil dan mengatur langkah ke muka pintu dengan perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dengan pantas dia membuka pintu bilik dan menarik lengan Elle. Badan gadis itu terdorong masuk ke dalam biliknya sebelum Emily kembali mengunci semula pintu biliknya dari dalam.

"Woah kenapa ni?!" Jerit Elle.Terkejut dia bila Emily tiba-tiba menarik dirinya masuk ke dalam bilik. Macam nak culik aku je lagaknya.

"Nasib baik tak ada siapa-siapa yang nampak." Emily mengeluh lega.

Elle memandang Emily dengan pandangan hairan."Hei kenapa muka you nampak pucat ni? You tak sihat ke?" Ujarnya sambil membelek-belek wajah sahabat baiknya itu. Muka Emily pucat macam baru lepas nampak hantu sahaja.

"No nothing." Emily mengambil tangan Elle dan menggenggamnya."Elle cakap terus terang dengan saya pa..."

"Eh stop stop! Sebelum tu you jangan guna panggilan saya awak lagi boleh tak? I nak you guna panggilan I you kalau bercakap dengan I. Macam masa dulu-dulu, boleh?" Potong Elle sebelum sempat Emily menghabiskan bicaranya.

Elle ni macam nak tukar topik je."B... But..."

"Kalau you tak nak guna panggilan tu I tak akan cakap dengan you and I tak akan jawab bila you tanya I apa-apa pun. Never never never! Huh." Elle mengalihkan pandangan ke dinding daripada menghadap wajah Emily.

Saja nak buat-buat merajuk kalau tak buat macam ni memang Emily akan terus menggunakan panggilan awak saya. Sebelum melelapkan mata semalam, dia banyak terfikir tentang Emily. Dia merasakan perwatakan sahabatnya itu telah berubah sedikit. Sebenarnya dia rindu Emily yang dahulu yang selalu gunakan panggilan I you bila bercakap dengan sesiapa pun. Bukan ke dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk mengembalikan perangai Emily yang dahulu.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now