Bab 14

1.1K 40 0
                                    

Tamat saja waktu sains di makmal biologi, Emily mengatur langkahnya yang perlahan menuju ke locker. Moodnya sudah menjunam jatuh ke bawah dan sekarang dia tidak punya semangat untuk bergerak. Selepas ini ialah subjek pendidikan jasmani dan pelajar-pelajar kelas 4-1 dikehendaki menukar pakaian sukan dan pergi ke gelanggang bola keranjang.

Sewaktu dalam perjalanan keluar, pandangan Emily sempat bertaut dengan pandangan lembut Ash sebelum dia menyambung langkah menuju ke lockernya. Emily buat tidak tahu saja. Dia pandang aku macam tu tapi aku dah tak kuasa nak tegur. Mental aku penat sangat.

Terkejut Emily apabila dia membuka lockernya, pakaian sukan yang disimpan di dalam itu sudah tiada. Yang tinggal hanya beberapa buku nota yang memang diletakkan di dalam locker.

Ke mana perginya baju sukan aku?! Aku memang pasti 100% memang aku simpan dalam tu tapi sekarang dah tak ada.

Dia dapat mendengar beberapa orang pelajar perempuan yang ketawa mengekek. Emily mengerling ke arah mereka yang berada tidak jauh darinya.

"Nampak tak muka dia tadi? Priceless. Hi-5 sikit." Mereka sambung ketawa sambil menampar-nampar tapak tangan rakannya satu persatu seolah-olah sudah berjaya.

Jadi merekalah yang ambil baju sukan aku. Emily mengetap bibir. Sampai bila-bila pun aku tak akan maju kalau aku terus berdiam diri macam ni. Aku perlu bersemuka dengan dia orang yang tak puas hati sangat dengan aku tu.

Emily merasakan dirinya tiba-tiba bersemangat. Dia melangkah dengan penuh keyakinan menuju ke arah mereka. Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk menghadapi mereka semua itu pun dia tidak tahu.

3 lawan 1. Tak tahulah kalau keputusan aku ni bodoh tapi aku dah tak boleh nak berpatah balik lagi sekarang. Emily berhenti apabila jarak dia berdiri tepat-tepat di depan mereka semua. Wajahnya sedikit pun tidak menunjukkan dia gentar dengan pandang tajam mereka.

Seorang daripada mereka menegur dahulu dengan nada mengejek. "Ya budak, nak cari siapa? Nak cari mama ya, tapi maaflah mama awak tak ada dekat sini." Mereka semua tergelak bersama-sama kerana merasakan kata-kata itu lawak di pendengaran mereka tetapi tidak bagi Emily.

Memanglah kau ketawa sebab kau rasa kau menang tapi aku belum kalah lagi selagi aku tak cuba. Nak bermain lawan mulut siapa lagi pedas ya.

"Eh, menangis ke? Kesiannya. Aku ingatkan kuatlah sangat." Sambung yang seorang lagi.

Emily tersenyum sinis dan berpeluk tubuh."Tak guna aku nak membazir air mata aku yang berharga ni disebabkan perempuan macam kau orang ni lah!"

Aku tak kisah kalau kata-kata itu menyakitkan hati mereka. My bad, but I've had enough! Aku penat difitnah macam-macam.

Mulut mereka semua terlopong. Wajah mereka tidak payah cakaplah, memang sudah terkejut habis mendengar jawapan Emily yang sangat tidak diduga itu. Dengan hanya tinggal Emily seorang saja kini mungkin mudah bagi mereka untuk mengenakan gadis itu tetapi mereka silap.

Koridor yang tadinya tidak lengang tanpa ramai pelajar kini menjadi sesak apabila pelajar-pelajar mula berkumpul untuk melihat apa yang terjadi.

Itu sudah tidak diendahkan lagi oleh Emily. Fokusnya hanya mereka bertiga saja. Kiri kanannya semua dia tidak toleh.

Muka mereka yang menjeling maut itu tidak sikit pun menakutkan Emily, dia sudah lihat wajah yang lebih menyeramkan lagi beberapa hari lepas. Walaupun aku tak ada kawan di sisi aku, tapi itu bukan bermakna aku lemah.

"Penatlah nak berdiam diri macam orang tak ada mulut ni." Kata Emily dengan nada bosan.

Seorang kawan mereka yang berada di tengah-tengah menerpa ke arah Emily dan mencengkam kuat baju Emily hingga menyebabkan tubuh gadis itu menganjak ke depan.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now