Bab 26

1.2K 54 3
                                    

Emily pantas bangun sambil menutup kedua-dua belah telinganya. Trauma. Itu yang dia rasakan. Dia trauma dengan apa yang terjadi. Bagaimana kuatnya bunyi berdesing itu juga suara seorang perempuan memanggil dirinya seperti dalam mimpi yang dia alami sejak kebelakangan ini.

Jantung Emily berdegup tidak teratur. Sungguh dia takut keadaan seperti itu berlaku lagi. Dia tidak sanggup untuk mendengar bunyi itu. Ianya seperti boleh membuatkan seseorang menjadi gila.

Dengan teragak-agak dia melepaskan tangannya perlahan-lahan dari menutupi telinga. Tangannya jatuh ke bawah. Lega hatinya apabila tiada bunyi yang didengari selain daripada keadaan tenang berlagukan kicauan burung di luar jendela. Kerisauannya beransur hilang.

Terpegang akan tangan seseorang Emily pantas menoleh ke arah tangan yang dipegang itu.

'Eh! Macam mana Raf boleh ada dekat sini?'

Dia menjarakkan diri kebelakang. Sejak bila Raf sudah berada dekat sebelah aku ni? Sejak aku tak sedarkan diri ke?

Dia memandang lama wajah Raf. Wajah lelaki itu tenang sewaktu dia terlena. Jarinya mengada-ngada ingin menyentuh wajah pemuda itu ditahan. Akhirnya dia menyentuh juga Raf tetapi hanya pada rambutnya.

"Mata yang redup, bibir merah pucat yang nipis dan bulu mata dia yang panjang..." Dengan perlahan dia menutur ayat.

Pantas Emily menarik tangannya semula dan menutup mulutnya. Macam ada sesuatu yang pelik yang dapat aku rasakan. Aku rasa macam pernah ucapkan ayat seperti tadi tetapi aku tak tahu ianya betul atau hanya permainan fikiran aku saja.

Mimpi atau apa ni? Raf? Apa hubungan antara aku dengan Raf dulu sampaikan apa yang aku luahkan tadi seakan bukan hanya sekadar ungkapan kosong. Ianya datang dari hati dan tiba-tiba aku rasa lega apabila sudah menutur ayat itu.

'Siapa Raf pada aku? Siapa dia?'

Tangan Emily ditarik lembut dan tidak semena-mena dia sudah berada dalam dakapan seseorang. Dakapan hangat  dari lelaki itu. 

Raf sedar dan dia tidak tidur. Tubuh Emily kaku. Bermakna dia sedarlah tadi? Apa yang aku kata tadi pasti dia dengar dengan jelas dan... aku ada usap rambut dia tadi!

"R-Raf?" Soal Emily tergagap-gagap. Malu dengan apa yang telah dia lakukan juga dalam keadaan sekarang. Memang ini bukan kali pertama Raf memeluknya tetapi kali ini dia rasa segan dengan lelaki itu.

"Just a moment." Pinta Raf seakan merayu.

Emily mengeluh kecil. Raf bersungguh dan dia tidak sampai hati mahu menghampakan lelaki itu. Ambillah berapa pun masa yang dia mahu agar dia merasa lega. Raf, lelaki yang sudah seperti keluarga aku. Dia ada di saat aku dalam kesusahan. Dia ada sewaktu aku sedar dari koma. Aku tahu sebab dialah orang yang pertama aku dengar suaranya.

Emily memejam matanya menghayati perasaan. Hangat. Selesa. Terasa senang berada dengan Raf. Tanpa sedar air mata Emily mengalir dengan sendirinya.

Raf meleraikan pelukan dan memandang tepat pada wajah Emily apabila merasakan cecair yang hangat di bajunya. Terkejut dengan Emily yang secara tiba-tiba menangis, Raf mengesat pipi gadis itu.

Emily membuka matanya. Mulutnya sudah ternganga tidak tahu apa yang terjadi. Apabila terperasan akan cecair hangat di pipinya, dia sedar bahawa dia sudah menangis. Pantas dia mengesat lelehan air matanya itu.

"Hey kenapa Emi menangis?" Cemas Raf bertanya sambil memegang pipi Emily. Dengan perasaan bimbangnya Raf menyoal penuh prihatin.

Aku ada sakitkan dia ke atau dia betul-betul tidak suka aku peluk dia sehingga dia menangis? Hati Raf sudah memikirkan banyak kebarangkalian. Dia bukan seperti adik lelakinya Ryan yang boleh membaca fikiran seseorang, dia tidak ada kuasa seperti itu. Oleh kerana itulah dia bimbang sekiranya dia ada menyakiti gadis itu tanpa sedar.

Kekasihku Vampireजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें