Bab 27

1.3K 48 12
                                    

Ash tersengih. Sudahnya dia tergelak kecil. Ash menarik lengannya agar genggaman tangan gadis itu terlepas dan dia memandang tepat pada mata Emily.

"I'll make it clear for you. Aku tak suka orang yang ada perasaan dekat aku lebih-lebih lagi orang tu kau. Faham?" Ujarnya tanpa sedikit riak yang menandakan dia sedang bergurau.

Emily sudah tercengang. Matanya berkelip-kelip seakan tidak percaya apa yang dia lihat dan dengar tadi. Mulutnya ingin menjawab tetapi tiada suara yang keluar.

Ash berpaling ke arah lain. "Lakonan kita hanya dekat sekolah je so DEAL WITH IT!" Ash menggeleng-geleng kecil sebelum berjalan menuju ke arah tangga.

"Menyusahkan." Gumam Ash perlahan.

Emily yang seakan ingin menjawab tidak lagi dilayan. Dia hanya menonong saja berjalan tanpa mempedulikan panggilan dari gadis itu.

Masuk saja ke dalam bilik dan menguncinya, dinding bilik dijadikan sasaran untuk ditumbuk. "Shees..." Ash menghentak kedua-dua belah tangannya pada dinding konkrit itu. Tubuhnya terduduk dilantai.

Masih tidak berpuas hati, berkali-kali Ash menumbuk dinding biliknya dengan kuat untuk melempiaskan amarahnya sehinggakan buku jarinya luka dan koyak. Itu tidak diambil peduli kerana dalam beberapa saat luka itu akan kembali pulih semula. Jadi dia tidak kisah tentang tangannya.

Apa yang dia kisah sekarang ini adalah Emily. I really don't ecpect that answer from her. Kenapa mesti dia kata macam tu? Kenapa dia mesti ada perasaan macam tu pada aku?

Perkara macam tulah dari awal-awal lagi aku cuba elakkan supaya tidak terjadi. Aku buat tidak tahu akan kewujudan dia sebab aku tak nak ada apa-apa perasaan yang timbul sama ada aku yang suka dia atau dia yang suka pada aku.

Tapi lama kelamaan hubungan aku dengan dia jadi rapat. Dan mungkin sebab itulah timbul perasaan tu dalam diri dia. Semua ni salah aku sebab aku ambil lewa tentang perkara ni.

Nyawa Emily pasti akan terancam jika hubungan aku dengan dia berubah. Silap-silap nyawa dia tak selamat jika aku hilang pertimbangan diri. Perkara yang paling aku risaukan jika aku yang mencederakan Emily dengan tangan aku sendiri kelak.

Suhu badan Ash tiba-tiba meningkat. Jantungnya sudah berdegup kuat dan berdenyut-denyut sakit. Terasa seperti benda di dalam tubuhnya sudah kembali dan mahu mengambil alih jasad Ash.

Darah membunuh meningkat menjadikan otaknya tidak mampu berfikir dengan waras. Apa yang dia mahu sekarang adalah membunuh seseorang. Mata Ash berubah kemerah-merahan.

Bunyi ketukan kedengaran di pintu bilik Ash. "Ash, please buka pintu ni." Nada suara Emily dari depan pintu kedengaran sayu saja. Ketukan di muka pintu tidak henti-henti berbunyi menandakan Emily tidak berputus asa ingin memujuk Ash supaya keluar.

Ash mengambil pedangnya yang tersorok di dalam almari baju dan memegangnya dengan kuat. Dia memandang tepat ke arah pintu dengan senyuman sinis. Selangkah demi selangkah kakinya menghala menuju ke suara itu.

Dia sedar apa yang terjadi pada dirinya tetapi dia tidak mampu untuk melawan. Dia terkunci didalam jasad yang di kawal.

'Ash jangan pergi ke arah pintu tu. Emily...! Emily ada dekat situ. Kau nak bunuh dia apa?' Jerit hati Ash pada dirinya. Walaupun diri Ash cuba menghalang jasadnya supaya jangan bertindak, malangnya segala usaha itu tidak berjalan mengikut kehendaknya.

Ash berdiri tepat di depan Emily, hanya pintu kayu itu saja yang memisahkan mereka. Jika dia membuka pintu itu bermakna tiada apa lagi yang menjadi penghadang buat dia. Ash memegang tombol pintu dan bersedia untuk memulasnya.

Emily memandang ke lantai. Kedua-dua belah tangannya masih lagi di pintu tetapi dia sudah berhenti dari mengetuk. "Aku cuma tak nak kau benci aku."

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now