Bab 17

983 51 0
                                    


Ash memandang pantai yang terbentang luas dihadapannya. Angin yang bertiup kencang seakan menyejukkan hatinya yang sedang bergelodak dengan perasaan. Sambil menyandar di pokok kelapa, dia dapat berehat dengan tenang di situ. Bunyian ombak dan bunyi burung-burung yang berkicauanlah yang menjadi muzik di telinganya.

Terus sebal hati aku apabila daddy membangkitkan tentang isu semalam yang berlaku di gelanggang bola keranjang. Sarapan yang dicuit sedikit pun nampak sudah tidak menyelerakan lagi.

"Daddy dengar pelajar dalam sekolah Fylvion tu dah ada pasangan yang baru, betul ke?" Soal Daddy dengan wajah yang serius.

Emily yang sedang minum jus oren terus tersedak.

Tanpa mempedulikan daddynya, Ash menggigit roti bakar yang sudah diletak mentega dan jem anggur dengan selamba."Jangan merepeklah." Jawab Ash tenang.

Walhal hati Ash sudah dapat meneka apa yang ada dalam fikiran daddy sekarang. Pasti daddy sudah terdengar cerita tentang apa yang berlaku di gelanggang bola keranjang semalam.

"Then what about this 'Kalau ada siapa-siapa yang cuba ganggu kekasih aku ni bermakna kau orang kena berhadapan dengan aku.' Siapa yang cakap ayat ni ya?" Soalnya lagi seakan tertanya-tanya. Bola matanya memandang ke atas seperti sedang berusaha untuk mengingati sesuatu.

Emily yang tidak dapat menahan tawa terus terburai tawanya, tidak lama kemudian daddy pun turut serta mengertawakan dirinya.

"So what? Ini untuk keselamatan dia juga." Balas Ash mempertahankan diri.

Senyuman di wajah daddy terus hilang. "Ni bukan keputusan yang bagus untuk semua pihak, Ash tahu tak?" Pandangan yang diberikan oleh daddy penuh dengan makna tersirat.

Ash mencebik sebelum bangun dari kerusi dan beredar dari meja makan. Makanan yang hanya dicuit sedikit sudah tidak menyelerakan lagi.

Sudahnya dia pergi ke pantai di belakang rumah daddy untuk bersendirian. Lebih baik duduk dekat sini daripada panas hati duduk dalam rumah tu.

Kenapalah sehebat ini pengaruh Emily kepada hidup aku? Dia buat aku terus menerus untuk bantu dia dalam apa cara sekalipun. Aku tak boleh lihat dia susah. Dalam pada masa yang sama, semua ini menyerabutkan otak aku.

Ya, memang betul apa yang dikatakan oleh daddy. Keputusan yang aku buat pasti tak akan diterima oleh semua pihak. Aku tahu apa kesannya cuma aku tak boleh biarkan Emily terus menerus dibuli sebegitu. Lagipun aku memang tak akan mewujudkan hubungan percintaan dengan Emily, hanya mengumumkan perkara itu dikhalayak ramai agar diri dia selamat.

Pandangan yang daddy berikan semasa di meja makan tadi mengatakan aku sudah membuat kesilapan besar. Daddy benarkan aku berkawan dan menerima kehadiran seseorang cuma aku tidak dibenarkan membuat hubungan percintaan dengan seseorang. Ini semua pun untuk keselamatan orang tu juga.

Kalau aku ada hubungan percintaan dengan seseorang bermakna aku telah menarik diri gadis itu ke dalam bahaya. Keluarga aku pasti akan mencari individu tersebut untuk membunuhnya.

Sumpahan aku akan hilang jika ada seseorang yang boleh berada disamping aku dan memberikan dirinya untuk aku selama-lamanya tetapi itu semua bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.

Cinta? Dalam dunia yang kejam macam ni masih ada lagi ke cinta sejati. Hidup bertahun-tahun dengan keluarga yang tak pernah kenal erti kasih sayang, yang mereka tahu hanyalah melakukan kekejaman.

Hidup aku hanya kenal erti membunuh. Itulah yang selama ini dilakukan oleh keluarga Henderson. Bunuh sesiapa pun untuk keseronokkan diri sendiri dan keinginan ingin membunuh itu semakin lama semakin berkobar-kobar dalam diri.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now