Bab 10

1.2K 50 9
                                    

Elle yang sedang menunggu di restoran Chinese itu merasakan seperti sudah lama dia menunggu sehinggakan makanan yang dipesan semuanya telah tersedia di atas meja tetapi Emily masih tidak lagi memunculkan diri sejak tadi.

"Mana pula Emily ni, takkanlah pergi wash room sampai berejam macam ni." Dia mengetuk-ngetuk meja dengan jari sambil melihat jam di tangan.

Tak mungkinlah dia pergi lama jika tiada apa-apa yang berlakukan? Janganlah ada sesuatu yang buruk berlaku pada Emily, lagipun dia masih baru sedar, mungkin dia tidak dapat membezakan antara orang yang baik dan boleh dipercayai, dengan orang yang jahat dan merbahaya.

Tidak betah dia menunggu lama tanpa sebarang kepastian, Elle meletakkan beberapa keping wang diatas meja dan mengambil kesemua beg yang berisi pakaian dan membawanya keluar dari restoran. Walaupun beg-beg tersebut banyak tetapi bagi Elle ianya tidak seberat mana pun berbanding hati dia yang tengah risau memikirkan sahabat baiknya itu.

Selera Elle untuk makan pun sudah hilang gara-gara Emily yang hilang secara tiba-tiba. Dia berjalan menuju ke wash room yang terdekat dengan restoran Chinese itu. Tandas ini pun tidaklah sejauh mana daripada restoran Chinese tadi jadi apa yang membuatkan Emily mengambil masa yang lama hingga tidak memunculkan diri. Jika dia sakit perut pun pasti dia sudah menelefon untuk memberitahu bahawa dia sakit.

Sejak tadi lagi dia tidak mendengar sebarang bunyi daripada telefonnya. Ini yang semakin merisaukan Elle kerana dia yang bertanggungjawab jika berlaku apa-apa pada gadis itu. Dia telah mengambil risiko yang besar untuk membawa Emily berjalan-jalan hanya berdua saja tanpa membawa teman lain.

Jika berlaku apa-apa kepada Emily pasti dia akan menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menjaga dan mengawasi Emily dengan sebaik mungkin. Elle mengetap gigi. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak menjumpai gadis itu selamat.

Semakin dia mendekati tandas itu semakin kuatlah bau darah yang dia dapat hidu. Seperti mendapat tahu sesuatu yang buruk, Elle segera berlari menuju ke tempat tersebut dengan dengan pantas tanpa memikirkan jika ada manusia yang nampak dirinya tiba-tiba hilang pada pandangan mereka. Dia tidak hiraukan semua itu, apa yang lagi penting ialah Emily.

Kelihatan ada sedikit kesan darah yang terdapat pada dinding dihadapan tandas tersebut. Dia kenal bau ini, ini ialah darah Emily. Dia sangat pasti sekali kerana hanya gadis itu yang mempunyai bau darah yang manis dan sekuat ini walaupun dia telah berubah menjadi manusia. Jika ada mana-mana vampire yang merasa darah yang manis seperti ini pasti mereka tidak boleh berhenti hendak merasainya lagi. Ianya ibarat seperti dadah, jika seseorang memgambilnya pasti sukar untuk menghilangkan ketagihannya.

Elle menutup mata dan bertenang untuk menghidu ke mana arah tuju bau darah tersebut pergi. Sesiapa saja yang telah menculik Emily mungkin masih berada berdekatan dan masih dalam bangunan ini. Dia kena cepat jika tidak mahu kehilangan jejak gadis itu.

Dengan kelebihan yang Elle ada, dia bergerak dengan laju sementara hidungnya menghidu ke mana arah yang dituju oleh si penculik itu melaluI darah Emily. Pandangan disekelilingnya kabur dan apa yang boleh dia rasaI sekarang ialah angin yang kuat. Bau itu menghentikan langkah Elle di tempat letak kereta bawah tanah di mana ianya jauh sedikit berbanding tempat dia meletakkan kenderaan.

Apa yang mengejutkan Elle, selain bau darah Emily, dia dapat merasai aura yang lain daripada yang lain apabila dia menjejakkan kaki di tempat itu. Aura itu bukan daripada mereka yang Elle kenali, ianya sangat berbeza. Elle tahu bahawa sahabatnya itu diculik bukan dari sembarangan orang, dia diculik oleh vampire. Malah vampire yang menculik itu bukan jenis yang biasa-biasa saja, ianya mungkin dari keluarga yang berdarah atasan juga yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang lebih berbanding vampire lain.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now