Bab 5

1.5K 59 6
                                    

Dalam keadaan ragu-ragu, Emily tetap juga melangkah pergi ke kantin. Dia tidak boleh tahan apabila perutnya tidak henti-henti berbunyi minta diisi. Selepas membeli dua keping piza dengan duit yang diberi oleh Elle, Emily memerhatikan kawasan kantin yang agak sesak itu untuk mencari meja kosong. Dia yang sedang mengatur langkah ke meja kosong disudut kantin terus terhenti apabila terdengar seseorang memanggil namanya.

Janganlah yang panggil tu pelajar dari kelas aku yang pycho tu. Tak sanggup aku nak hadapi dan lagi pula siapa yang mahu selamatkan aku lagi kalau aku dikerumuni pelajar macam insiden tadi.

Dia berpaling dan mencari dari mana arah suara itu. Matanya terhenti ke arah meja yang barada disudut tengah-tengah kantin. Orang yang memanggilnya itu melambai-lambaikan tangan supaya Emily dapat mengesan dengan cepat tempat mereka.

Emily mengerutkan dahi. "Siapa pula dia ni?"  Omelnya perlahan.

"Emily, sinilah!" Ajak pelajar lelaki itu dengan senyuman.

Dia kenal aku juga ke? Mestilah dia kenalkan kalau tidak macam mana dia boleh tahu nama aku. Emily mengatur langkah ke meja yang terdapat beberapa pelajar lelaki yang sedang menjamu selera sambil berbual-bual itu.

"Aku ingat dia orang ni cuma bebual je tapi rupanya betul apa yang dia orang cakap." Kata pemuda yang tidak dikenali itu setibanya Emily di sebelah meja mereka.

"Apa yang dia orang kata?" Soal Emily tenang. Dia masih tidak mahu berterus terang pada mereka bahawa dia tidak mengenali mereka semua.

"Pasal kau pindah ke sesi pagilah. Kenapa kau tak bagi tahu aku? And lagi satu kenapa kau menghilang ?"

"Kenapa saya nak kena bagi tahu dekat awak pula?"

"Sebab aku kawan kaulah."  Ujar pemuda itu sedikit geram. Kenapa Emily seperti tidak mengenali aku bahkan tadi sewaktu dia melintasi meja ini tak kanlah dia tak perasan yang aku duduk disini. 

"Hey kau orang ni biar betul, aku rasa ni macam bukan Emily je." Katanya lagi tapi soalan itu ditujukan kepada kawannya yang bertiga.

"Seriously, takkan aku nak tipu dekat kau pula Ziq. Dekat kelas tadi dia perkenalkan diri dia Celestia Emily. Setahu aku seorang je yang namanya macam tu, cuba kau tengok wajah dia. Kan sama macam dulu." Jawab seorang dari mereka.

Orang yang bernama Ziq itu memandang wajah aku seperti ingin memastikan aku ni Emily yang sebenar atau tidak.

Perkara yang aku pasti , mereka ini pernah berkawan dengan aku dahulu dan disebabkan oleh kemalangan itu yang menyebabkan aku turut lupa pada mereka.

Emily mengeluh bosan. "Hello, awak nak tenung muka saya sampai pagi ke baru awak betul-betul pasti ini Emily yang betul?" Aku menyindir Ziq yang sedari tadi masih memandang wajah aku.

"Kau ni Emily dari kelas malam tu kan?" Ziq menyoal.

"Exactly. Jadi awak semua ni kenal sayalah kan?" Ujar Emily ceria. So tepatlah tekaan aku bahawa merela ini kawan aku.

Mereka berempat mengangguk.

"Siapa yang tak kenal Celestia Emily dekat sekolah ni kan. Queen dari Fylvion Private Highschool lah katakan. Juga tersenarai dalam 10 pelajar-pelajar popular dekat sekolah ni." Terang seorang daripada mereka berempat.

"Eh kejap! Kau masih ingat siapa kita orang lagi tak ni?" Ziq menyoal lagi. Hatinya kuat mengatakan bahawa Emily sudah lupa pada dirinya dan rakan-rakannya.

"Actually..." Emily tersenyum dalam terpaksa. Macam mana nak jawab ni? Patut ke aku ceritakan pada mereka tentang kemalangan yang berlaku tu. Mereka mungkin akan faham kenapa aku tidak mengenali mereka kerana sebahagian besar ingatan aku telah hilang. "I had an accident last year and..."

Kekasihku VampireTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang