Bab 18

865 48 2
                                    


Kenapa jantung aku tak henti dari berdegup kuat macam baru lepas berlari ni? Badan aku pun sudah berpeluh. Kenapa tiba-tiba aku jadi nervous sangat?

Emily memegang dadanya. Dia dapat merasakan degupan yang laju itu. "Aku ada sakit apa-apa ke?" Soalnya sendiri.

Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya kuat. Sekurang-kurangnya dengan cara macam ni dapat juga aku menenangkan jantung aku yang sudah seperti bunyi drum ni.

Emily memandang tingkat dua di mana terletaknya bilik Ash yang dapat dia lihat dari arah pantai. "Apa yang kau tahu tentang aku, Ash?" Dia mengeluh dan segera berjalan pulang ke rumah.

Tiada apa yang dia mahu lakukan di pantai sendirian. Hendak meluangkan masa dengan Ash pun tapi lelaki itu sudah balik. Apalagi yang mahu Emily buat? Balik sajalah.

Masuk saja ke dalam rumah, mata Emily menangkap sesusuk tubuh yang pantas berlari turun dari tangga.

Daddy?

Pandangan hairan diberikan kepada Pengetua Henri yang tergesa-gesa hendak keluar dari rumah.

"Daddy nak pergi mana?"

Pengetua Henri yang sedang memakai kasut mengangkat wajahnya. Dia tersenyum kecil. "Daddy ada hal sikit nak kena buat, penting sangat sebab itu daddy nak cepat. Jaga diri ya princess." Ucap Pengetua Henri lembut.

Emily tidak sempat membalas apa-apa, Pengetua Henri sudah terus berdecut keluar. Dia menggeleng-geleng kepala dan tergelak kecil. Tak menyempat betullah daddy ni.

Tidak lama kemudian, bunyi enjin kereta mulai kendengaran dan terus saja hilang. "Laju betul daddy bawa kereta, dah macam ada turbo pula."

Dia tersenyum sebelum menutup pintu utama. Daddy tak cakap pula pukul berapa dia akan balik. Lupa aku nak tanya tadi. Tak apalah hari ni biar aku saja yang buat kerja rumah. Selalunya daddy yang buat tapi memandang daddy tak pesan apa-apa, jadi akulah yang akan bertugas menggantikan daddy. Hahaha...

Emily berjalan menuju ke dapur. Pandai-pandai pulalah aku ni kan. Orang yang lagi seorang tu aku tak tanya lagi tapi aku dah sibuk buat keputusan sendiri.

"Huh..." Tubuh badan Emily terus kaku.

Dia menelan liur. Kalau daddy tak ada kat rumah bermakna yang berada dalam rumah ni hanya aku dan Mr. Sejuk Beku tu. Hanya berdua saja.

"Oh tidak! Macam mana aku boleh terlupa fasal perkara tu."

Emily yang tadinya ingin pergi ke dapur terus membatalkan langkah dan menukar fikiran. Dia kembali semula ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa. Kedua-dua belah tangannya dibawa ke atas kepala. Banyak kemungkinan boleh berlaku.

Contohnya... Emily menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah perkara yang difikirkan itu dapat keluar dari mindanya. Hanya memikirkan keadaan mereka yang hanya berdua dalam satu rumah menjadikan tubuh Emily seram sejuk. Dia duduk memeluk lutut bagi menghangatkan diri. Tak lama kemudian, dia bangun berdiri semula.

Alat kawalan televisyen diambil di atas meja dan dia terus menekan punat on. Emily duduk semula sambil menyandar. Skrin televisyen yang tadinya gelap terus cerah dan memaparkan cerita romantik. Babak di mana hero dan heroin sedang berpelukan terpapar di skrin besar itu.

Pantas Emily menutup televisyen dan meletakkan semula alat kawalan itu jauh di atas meja. Dia bangun dari duduk. Time aku tengah gusar hati boleh pula cerita tadi menerukkan hati aku yang semakin tak senang ni.

"Tak senang duduk aku kalau macam ni." Emily bersuara resah.

Nak buat apa ya supaya perasaan resah ni hilang? Bosan pula bila dah sorang-sorang macam ni. Tak ada orang yang boleh diajak bebual. Makin sunyi suasana makin banyak minda aku membayangkan sesuatu.

Kekasihku Vampireحيث تعيش القصص. اكتشف الآن