Bab 22

898 40 0
                                    

Sorry for the late update.
I rewrite this chapter that why its take time to finish it.
Hope you guys like this chapter as much as I do.

*********

Sudah tiga hari berlalu semenjak kehadiran Elle yang berpindah dari sesi malam ke sesi pagi. Tetapi apa yang Emily lihat tiada sebarang perubahan terhadap gadis itu. Dia masih tetap termenung seperti orang yang baru ditinggalkan kekasih.

Dari awal lagi Emily sudah jangka pasti keadaan parah hati yang dialami Elle berpunca daripada Eriq. Mana tidaknya kali terakhir Emily nampak mereka bertegur pun sewaktu di kafeteria tiga hari yang lalu. Itu pun bukan dalam mood yang baik antara mereka berdua.

Dan dalam masa tiga hari ini jugalah, sehari saja Eriq datang untuk berjumpa gadis itu di sekolah tetapi kedatangan lelaki itu disambut buruk oleh Elle. Boleh dikatakan sangat-sangat buruk.

"Elle, please forgive your sayang ni. Please please please. Kalau aku ada sakitkan hati kau, kau beritahulah tapi janganlah bagi aku cold shoulder macam tu." Eriq melutut didepan Elle sambil membuat wajah comel.

Tidak betah Eriq jika dilayan sebegitu rupa. Kehidupannya tak tenang selagi dia tidak mendapat kemaafan daripada Elle. Apa saja yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kemaafan gadis itu, pasti dia akan cuba sedaya upaya walaupun dia tidak tahu apa kesalahan yang dia lakukan.

'Eriq memang slow dalam hal-hal macam ni.'

Wajah Elle yang awalnya murung kini berubah apabila tiba-tiba dirinya dilayan seperti mempunyai darjat yang tinggi. Genggaman buku limanya yang kuat dilepaskan. Bibir yang tiada senyuman itu kini dihiasi senyuman sinis.

"Huh, sampah." Hina Elle tanpa perasaan mahupun tersentuh dengan permintaan maaf Eriq. Walaupun Eriq melutut meminta maaf dihadapannya, itu tidak dapat membuatkan hatinya cair untuk memaafkan lelaki itu kerana yang paling sakit hatinya, Eriq tak tahu langsung apa kesalahan yang dia buat.

Elle menarik tangan Emily disebelahnya sebelum melangkah pergi dari situ. "Emi, jangan dekat dengan sampah tu nanti you bau busuk." Tuturnya kasar sewaktu melintasi Eriq.

Emily yang tidak mahu masuk campur urusan mereka berdua hanya mengikut saja ke mana Elle menarik dirinya.

Pantas tangan Emily digapai laju oleh Eriq dari bawah. "Emi, tolong aku, aku tak tahu apa yang aku buat tapi kau tengok tu. Dia buat bodoh je kemaafan aku ni."

Emily kasihan memandang wajah Eriq yang betul-betul ikhlas. Belum sempat dia hendak berbicara pantas ditindas oleh Elle. "Kau cari dulu apa kesalahan yang kau buat sebelum kau minta maaf."

"Ta-Tapi..."

Elle sengaja memijak tangan Eriq yang berada di atas lantai sehinggakan lelaki itu mengadu sakit. "Ops, sorry terpijak." Elle menutup mulutnya seakan terkejut kerana tidak sengaja. Walhal dia muak mendengar alasan Eriq.

Daripada lelaki itu mahu mencipta alasan yang baru, lebih baik dia senyapkan dulu. Cara paling pantas dengan memijak tangan dia yang memang sah-sah menunggu peluang untuk dipijak.

Elle dan Emily menyambung langkahnya membiarkan Eriq yang sudah dalam keadaan kecewa dibelakang.

Sudah banyak kali Emily cuba untuk mengorek rahsia tetapi Elle tahu saja mengelak dan membuat pelbagai alasan untuk melarikan diri. Pasti gadis itu takut aku membocorkan kesalahan yang dilakukan oleh Eriq kepada lelaki itu dan Elle mungkin tidak dapat mendera Eriq lagi.

Tapi aku pasti, tidak untuk kali ni.

"No more excuse Elle." Beritahu Emily sambil menghalang pintu keluar dari tandas. Elle sudah membuat alasan ingin ke tandas tadi, sekarang ni tiada alasan lain lagi yang boleh dia buat untuk mengelak.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now