Bab 7

1.4K 55 3
                                    

Emily mengatur langkah menuju ke pejabat pengetua Henry. Dia masih ingat lagi kata-kata daddynya pagi tadi bahawa lelaki itu mahu berjumpa dan berbual-bual dengannya tentang sesuatu. Tengok dari gaya daddy cakap macam perkara itu perkara yang mustahak sahaja. Apa-apa pun jika dia mahu mengetahuinya, dia perlu segera ke pejabat pengetua Henry.

Koridor di setiap blok yang dilaluinya hanya senyap sunyi hanya bunyi tapak kasutnya sahaja yang dapat didengari apabila dia berjalan. Cuaca pun sudah semakin senja membuatkan tempat yang dilaluinya begitu seram dengan keadaan kelas kosong yang pintunya terbuka mendedahkan keadaan bilik yang samar-samar dilitupi kegelapan.

Sepatutnya Emily sudah pulang awal dari sekolah tetapi disebabkan kelas mereka terlibat dengan kelas tambahan selepas waktu pembelajaran, jadi dia terpaksa pulang lewat. Pelajar-pelajar lain semua sudah pulang ke rumah jadi mungkin hanya tinggal dia sahaja pelajar yang masih belum balik.

"Kenapalah tempat ni seram sangat?" Emily menggosok-gosok lengannya.

Dia merasakan seperti dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Emily menoleh kiri dan kanan untuk memastikan jika ada orang atau tidak ditempat itu.

'Tak ada pula orang, jangan cakap yang sekolah ni ada hantu pula.'

Emily melajukan langkah kakinya apabila sudah ternampak pintu bilik pengetua.

"Daddy?" Soal Emily sambil tangannya menggigil-gigil mengetuk dan menolak pintu kayu itu.

Dari sisi matanya Emily seperti dapat menangkap sesusuk tubuh seseorang sedang berdiri dihujung koridor. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan matanya untuk melihat siapa yang berdiri di hujung koridor tersebut tetapi susuk tubuh hitam tadi sudah tiada pada pandangan matanya.

Aku memang pasti tadi ada seseorang yang sedang berdiri dekat hujung tu, takkanlah mata aku ni menipu pula? Emily mengetuk lagi pintu itu apabila tiada sahutan dari dalam bilik pengetua.

"Mana pula daddy ni, kata nak jumpa lepas habis sekolah. Janganlah dia dah balik, seram aku nak tunggu lama-lama dekat sini."

Pintu terbuka dari dalam. Badan Emily terus terdorong masuk melanggar si pembuka pintu itu tadi.

Badan Emily terkaku dalam pada masa yang sama juga terkejut kerana si pembuka pintu itu bukanlah Pengetua Henri tetapi Mr. Unknown. Dan perkara yang sangat memalukan ialah keadaan diri dia sekarang yang sedang memeluk lelaki itu.

'Kenapa dia boleh ada dekat sini pula dan apa yang dia buat dalam bilik pengetua ni?'

"Get your hands off of me." Katanya dengan tegas.

Dengan terburu-buru Emily berundur beberapa langkah kebelakang menjauhi lelaki sombong didepannya. Matanya memandang ke bawah, lebih baik dia memandang kasutnya sendiri daripada memandang wajah lelaki itu yang memang ternyata sedang masam mencuka.

"Emily! datang juga pun puteri daddy ni. Sini masuk ke dalam." Panggil Pengetua Henri yang sedang duduk menyandar dikerusinya. Emily yang tidak sedar telah memandang lama lelaki itu terus memandang kearah pengetua Henri apabila terdengar daddy memanggil dirinya.

Mr. Unknown yang tolong membukakan pintu itu tadi ingin melangkah keluar tetapi dihalang tegas oleh pengetua Henri. "Ash, how many times should I told you to let this thing done first?"

'So nama Mr. Unknown sejuk beku tu Ash rupanya.' Emily tersenyum kecil kerana maklumat pertama tentang lelaki itu sudah dia ketahui.

Ash memberhentikan langkah kakinya didepan pintu. Dengar sahaja kata-kata Pengetua Henri sebentar tadi membuatkan dia melangkah masuk semula dengan wajah kosong yang sentiasa dipamerkan olehnya. Ash berdiri bersebelahan dengan dirinya sambil menghadap wajah pengetua Henri.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now