Bab 21

1.1K 46 6
                                    

Bisikkan mula kedengaran memenuhi sepanjang ruang koridor. Semua mata tertumpu kepada mereka. Ada yang terkejut kerana tidak menduga kedatangan mereka, malah ada juga yang buat endah tak endah kerana itu bukan masalah mereka.

Disebabkan loceng rehat sudah mula kedengaran sebentar tadi menjadikan kawasan koridor yang mulanya lengang dipenuhi dengan pelajar yang keluar rehat.

"I bet all eyes on us." Bisik Eriq kepada Elle yang berjalan beriringan disebelahnya.

Eriq tersenyum sumbing. Bangga apabila sepanjang jalan yang dilewatinya itu, semua pelajar perempuan memberikan senyuman manis kepadanya. Siap ada yang menjerit meminta tanda tangan, bergambar dan sebagainya. Maklumlah dia model dalam majalah remaja dan model iklan yang terkenal abad ini. Memang meningkatlah sahamnya apabila tiba-tiba muncul disekolah pada sesi pagi yang ratanya ramai peminat dia di situ.

Elle sudah mengulingkan matanya tanda menyampah. "On us ke on you?" Perli Elle.

"Wah handsomenya Evian Emrick!"

Rajuk Elle terbiar begitu saja disebabkan tiba-tiba Eriq diserbu oleh sekumpulan pelajar perempuan yang meminati lelaki itu. Makin panas telinga Elle mendengar bicara lembut Eriq yang membalas semua soalan yang diutarakan oleh mereka.

This is unbelievable. Do you believe what I just saw just now? A bunch of hyenas.

Elle buat tidak peduli tentang Eriq yang sememangnya sukakan perhatian dan terus berjalan mengikut Abang Raf dan Abang Ryan dari belakang tanpa menunggu Eriq yang sudah ketinggalan,

Elle melajukan kaki untuk menyamakan langkahnya seperti kedua-dua abangnya yang berada dihadapan tetapi apa yang dilihat membuatkan dia mematahkan langkah.

Erk?

Mereka berdua pun sama saja, kena kerumun macam Eriq. Elle sudah menggeleng-geleng kepala. Kenapa dengan mereka semua ni?

Apabila merasakan dirinya juga ingin didekati oleh beberapa pelajar, Elle segera memberikan jelingan membunuh kepada mereka membuatkan mereka tidak berani untuk meneruskan langkah.

"Don't get in my way, bitches." Jerkah Ryan tanpa rasa bersalah mahu pun memandang simpati akan mereka.

Wow Abang Ryan punya ayat lagi melampau. Terus menjauh pelajar-pelajar itu dari mereka berdua. Sekurang-kurangnya aku lagi baik cuma beri jelingan je.

Ada yang sudah membuat muka cemberut tidak puas hati dan ada juga yang tidak kisah dengan tindakan Abang Ryan. Mereka ni memang tak makan saman apa?

Tetapi apabila dilihat dari sudut baiknya, mereka tidak berani untuk berada dekat dengan Abang Ryan dan juga Abang Raf walaupun Abang Raf melayan kerenah mereka dengan baik. Mungkin takut jika Abang Ryan memarahi mereka untuk kedua kalinya.

Raf hanya memberi senyuman tanda maaf kepada pelajar-pelajar yang memandang hampa terhadap dirinya dari jauh. Apa pun, lagi mudah perjalanan mereka jika tiada siapa yang cuba mengganggu.

"You scare them Elle. Cuba senyum, ni tak yang you pergi jeling tu kenapa?" Nasihat Eriq yang baru lepas berlari jauh dari belakang untuk berada semula dalam kelompok mereka seperti tadi.

"Do I care? Kalau you nak layan mereka pun jangan babitkan I sekali." Balas Elle geram.

Tak habis-habis aku je yang salah. Aku tak layan mereka pun bersebab. Kalau nak layan sangat pergilah duduk dengan mereka sana sampai malam. Tak payah ikut sama. Dasar man-whore! Berbakul-bakul Elle memarahi Eriq dalam hati.

"I hate that part of you Elle. Why you so mean?"

Terkedu Elle. Aku jahat? Dia menelan liur yang terasa pahit sangat ditekaknya. Kata-kata Eriq mengguris hatinya. Aku yang cuba untuk menjarakkan diri daripada sebarang lelaki yang ingin mendekati aku dikatakan jahat. Aku buat semua ni untuk dia. Supaya dia tak cemburu, tapi dia salah anggap tentang apa yang aku lakukan.

Kekasihku VampireWhere stories live. Discover now