[M] TRUTH 7 DARE 7

1.2K 95 3
                                    

Dare from @TenmaGabriel1

"Gempa! Ade dare untuk kau!" panggil Taufan dari ruang tamu.

Gempa terus pergi ke ruang tamu. "Dare ape?"

"Kau tidak boleh buat apa-apa kerja di rumah selama lima jam.." terang Taufan.

"Kerja di rumah? Oh, boleh je.." kata Gempa lalu pergi ke arah pintu.

"Kau nak pergi mane?" tanya Taufan.

"Nak pergi ke kedai Tok Aba.." jawab Gempa.

"Okey..." balas Taufan.

Kemudian, Gempa pun beredar dari rumah.

"Taufan! Ade dare untuk kau!" panggil Blaze lalu tiba di sebelah Taufan.

"Dare ape?" tanya Taufan.

"Kau kena jadi pendiam selama lima jam.." kata Blaze.

"Ape?! TIDAK!!!" jerit Taufan lalu masuk ke dalam biliknya.

Blaze hanya menggeleng kepalanya. "Hm, ade truth untuk aku? Betul ke Api seorang yang sombong dan tinggi diri?"

Blaze menarik nafas lalu menghembus nafas sebelum menjawab. "Mane ade... Aku seorang hyperaktif!"

"Tapi, kau pun panas baran jugak.." kata seseorang yang tiba-tiba muncul.

Blaze menoleh ke belakang lalu membulatkan mata. "Author?! Kau dari mane?!"

"Hehe.. Adelah..." jawab author.

Blaze hanya mengeluh. "Hm, ade dare untuk Halilintar, tapi, aku tak berani nak cakap kat dia.."

"Takpe.. Biar author yang bagitahu dia.." kata author lalu pergi ke belakang halaman rumah.

Kelihatan Halilintar, Ais, Thorn dan Solar berada di belakang rumah.

"Halilintar!" panggil Author.

Halilintar memandang Author. "Kenape?"

"Sini!!" panggil Author.

Halilintar hanya mengeluh lalu menuju ke arah Author. "Hah, ape dia?"

"Kau perlu jadi seorang yang manja selama sehari..." kata Author.

Halilintar membulatkan matanya. "Ape?!! TIDAK!!!!"

Author menutup telinga kerana jeritan Halilintar yang kuat itu. "Sudah! Buat sekarang! Dan panggil Ais.."

Halilintar hanya mendengus lalu pergi ke arah adik-beradiknya.

"Ais... Author panggil kau.." kata Halilintar dengan suara yang comel.

"Hah? Kenape?" tanya Ais yang baru sedar daripada tidurnya.

"Author panggil kau..." kata Halilintar.

"Oh, okey.." balas Ais lalu pergi ke arah author. "Author, kenapa dengan Halilintar tu? Comel semacam je.."

"Oh, sebab tu dare dia.. Dan kau pun ade dare.." kata Author.

"Dare ape?" tanya Ais.

"Kau kena jadi hyperaktif selama satu jam.." kata Author.

"Oohh.. Jadi hyperaktif..." Ais yang baru sedar membulatkan matanya. "Ape?! TIDAK!!! Tapi, okey jugak... Satu jam je kot.." fikir Ais.

"Dah, pergi sana... Panggil Thorn pulak.." arah Author.

"Okey!" Ais pun menuju ke arah adik-beradiknya. "Thorn! Author panggil kau!"

"Hah? Kenapa?" tanya Thorn.

"Entahlah.." kata Ais lalu duduk pada kerusi.

Thorn pun menuju ke arah Author. "Kenape Author?"

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now