[M] TRUTH 23 DARE 23

490 29 6
                                    

Dare from vannessa36

"Korang! Ade truth dan dare!" jerit Author membuatkan Elemental Brothers memandang ke arahnya.

"Aku harap bukan aku.." - Halilintar

"Hm, maaf Halilintar.. Dare ni untuk kau.." - Author

"APE?!" Halilintar hanya duduk sambil mendengus geram. Gempa memegang bahu Halilintar. "Sabar.." Halilintar hanya memutarkan bola matanya.

"Baiklah, kita mula dengan Truth dulu.. Truth ni untuk Thorn.." - Author

"Aku?" soal Thorn sambil menunjuk ke arah dirinya sendiri.

Author mengangguk. "Thorn, kau sayang Solar atau tanaman?"

Thorn memegang dagunya sambil berfikir. "Aku rasa Solar sebab dia adik aku.."

"Yeay!" Solar memberikan thumbs up kepada Thorn.

"Sekarang, dare.. Halilintar kena pakai baju neko maid dan bermanja dengan Taufan.." Author memberikan sebungkus plastik kepada Halilintar.

Halilintar mengeluh lalu pergi ke biliknya. Author memandang Readers sekalian. "Korang, ni dare terakhir suruh Halilintar pakai baju neko.. Kalau tak, Author tak terima apa-apa request daripada korang.." katanya sambil memberikan pandangan maut.

"GULP.." - Readers 😂

5 minit kemudian, Halilintar pun keluar dari biliknya dengan pakaian baju neko. (Maaflah ye, Author takde gambar..)

"Berape lame aku kena pakai?" soal Halilintar, dingin.

"Sehari jelah.. Kesian kau.." - Author

Halilintar hanya mengangguk faham lalu menonton tv. Cerita ape entah..

1.30 PM

"Eh, Fang! Masuklah!" ajak Taufan.

"Takpelah.. Aku cume nak bagi donut lobak merah je.." kata Fang sambil memberikan sebekas bekal kepada Taufan.

"Okey.." Taufan menerimanya.

Fang ternampak Halilintar yang sedang tengok tv. Hampir tergelak Fang, tapi ditahannya. "Dah kenape dia pakai baju tu?"

"Oh, dia pakai sebab dare.." - Taufan

"Ish ish ish... Dahlah, aku kena balik.. Bye!" Fang melambai ke arah Taufan.

"Bye!" - Taufan

Taufan menutup pintu lalu pergi ke dapur. Langkahnya mati ketika Halilintar tiba-tiba berdiri di hadapannya. "Kau kenape?"

"Kau ada bagitahu dare ni kat Fang?" soal Halilintar yang bercekak pinggang itu.

Taufan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak tak nak, dia kena jujur. "Haah.."

Halilintar mendengus geram. Dah agak dia nampak aku pakai baju ni, siap gelak lagi.. Siaplah kau..

Kemudian, dia duduk semula pada sofa. Taufan meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.

Tiba-tiba sahaja, Author muncul di belakangnya. "Jauh termenung..."

Halilintar yang sudah tahu siapa di belakangnya, hanya memandang sekilas lalu dialihkan pada tv. Entah ape yang menarik untuk lelaki dingin macam dia, dahlah cerita Razia Sultan. 😂

"Kau dah kenape tengok cerita tu?" Author menahan gelak.

"Suka hatilah.. Kau nak menyibuk kenape?" Halilintar menjeling.

Author menghela nafas. "Merajuklah tu pasal dare... Setakat sehari, apelah sangat.."

Hailintar mendengus geram. "Panas tau tak! Dahlah tebal! Bertambah lagi hati ni!"

"Dahlah membebel tu.." Gempa yang baru duduk dipandang oleh Author dan Halilintar.

"Haah.. Dah macam nenek je membebel aku tengok.." Blaze ketawa sebaik sahaja berdiri di sebelah Gempa.

Halilintar memberikan pandangan maut kepada Blaze. Blaze menelan air liurnya. "Sabar jelah.."

Halilintar menukar siaran tv. Taupun cerita tu bosan untuk dia.😂 Pelik jugak dia nak tengok cerita romantik(?)

Setelah menukar sebanyak lima kali, kini, mereka menonton berita yang bersiaran langsung.

"Ya! Anda bersama saya, Ravi J Jambul! Di mana ada bahaya, di situ ada saya! Saya sekarang berada di hadapan kilang koko. Di mana tempat ini habis dijilat api. Ayoyo, siapa yang bakar ini? Pihak polis masih siasat punca kebakaran itu dan blablabla..."
kata pembaca berita bernama Ravi J Jambul.

Halilintar hanya menyilangkan tangannya. Gempa dan Author hanya menggeleng mendengar berita itu. Blaze entah hilang ke mana. Main dengan Taufan dan Thorn mungkin.

Gempa memetik jari lalu memandang Author. "Oh ye, macam mana kau boleh hilang macam tu je? Dan muncul tiba-tiba?"

Author memandang sekilas. "Nanti korang akan tahu jugak.."

Halilintar memutarkan bola matanya. Tak habis-habis dengan rahsia dia. Aku masuk dalam otak dia tu karang.

"Hah, mengutuk nampak.." Author menjeling ke arahnya.

Halilintar mengangkat bahu. "Mane kau tahu aku ejek? Bukannye kau boleh baca pun fikiran aku.."

Author tersenyum sinis. "Klah, nak balik.. Banyak lagi hal yang perlu buat.."

Gempa hanya mengangguk. Sebaik sahaja Author memetik jari, dia pun hilang. Gempa memandang Halilintar. "Jaga rumah.. Aku nak pergi kedai atok.."

"Aku nak i-" kata-kata Halilintar terberhenti lalu mengeluh. "Takde apelah.." Eleh, kalau nak ikut tu, ikut jelah.. Malu lah tu..

Gempa hanya mengangguk lalu keluar dari rumah.

8.00 PM

Elemental Brothers sedang makan malam. Kecuali Halilintar. Dia terpaksa makan di ruang tamu akibat bajunya yang besar. 😂 Tabah jelah.

Lepas makan, mereka menonton tv. Macam Ejen Ali je diorang tengok..

"Hah! Kan betul aku cakap! Rizwan tu bukan pembelot!" - Taufan

"Yelah yelah.. Dah, jangan bising.. Nak tengok pun tak senang.." Blaze mencebik.

Selepas 30 minit menonton cerita itu, mereka pun tidur.

Keesokan hari~

"Yess!!! Aku bebas!!! Yahoo!!!" jerit Halilintar dengan riang.

Author yang muncul di belakangnya, hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik.





Harap korang suka! Dan maaf kalau lambat update.. Author baru je habis exam..

Gempa: Ye ke? *jongket kening*

Haha, belum lagi.. Hari Isnin last exam.. Apepun, nanti Author buat truth or dare korang! Dan juga cerita BoBoiBoy: Elemental World! ^-^

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now