[M] TRUTH 15 DARE 15

737 40 41
                                    

Dare from elyanazara

"Eh, Author buat ape kat sini?" tanya Blaze yang perasan Author tiba-tiba muncul dalam rumah.

"Ade dare.. Tapi, untuk Kapten.." kata Author lalu memetik jarinya. Dan Kapten Kaizo muncul tiba-tiba.

"Hm, suruh aku pergi sini, tak minta izin aku dulu.." kata Kapten Kaizo.

"Sabarlah Kapten.. Ade dare untuk kapten ni.." kata Author, cuba membodek.

"Ape dare aku?" tanya Kapten Kaizo acuh tak acuh.

"Kapten perlu jadi abang kepada Elemental Brothers selama sehari.." kata Author.

"Kenape aku kena buat pulak?" tanya Kapten Kaizo sambil menjongketkan keningnya.

"Buat jelah Kapten... Lagipun sehari je..." kata Author yang sudah membulatkan matanya.

Kapten Kaizo mengeluh berat kerana terpaksa mengalah. Author pun hilang serta-merta.

"Jadi, Kapten nak kitorang panggil Kapten ape?" tanya Blaze.

"Korang boleh panggil aku abang.. Tapi, untuk hari ni je.." tegas Kapten Kaizo.

"Ba..baik!"

Kapten Kaizo pergi ke dapur. Kelihatan Gempa sedang memasak.

"Hai Gempa.. Kau berehatlah.. Biar aku yang masak.." kata Kapten Kaizo.

"Eh, Kapten.. Takpelah.. Dah kerje saya.." kata Gempa.

"Tak perlu berkapten.. Panggil abang je..." kata Kapten Kaizo yang sudah memakai apron.

"Okey..." kata Gempa. Dia agak kekok dengan sikap Kapten yang tiba-tiba jadi lemah-lembut.

Gempa hanya membiarkan Kapten Kaizo memasak. Lagipun, dia perlu membuat air untuk mereka semua.

Beberapa minit kemudian, mereka semua berkumpul di meja makan untuk bersarapan.

"Okey, untuk hari ni je, korang semua boleh panggil aku abang.. Faham?" kata Kapten Kaizo.

Mereka yang lain hanya mengangguk. Menu sarapan mereka ialah Nasi Lemak Ayam.

"Wahh, sedap jugak masakan Kapten!" puji Solar.

"Ehem! Panggil abang.." tegas Kapten Kaizo. Eleh, mentang-mentang dapat dare, terus suruh diorang panggil dia abang.

"O..okey... Abang.." kata Solar tergagap-gagap.

Selesai bersarapan, Kapten Kaizo membasuh pinggan mangkuk. Memandangkan Gempa sudah biasa membasuh pinggannya sendiri, jadi, Kapten Kaizo hanya membiarkan dia, asalkan Kapten Kaizo sendiri yang basuh pinggan mangkuk mereka yang lain.

Selesai membasuh pinggan mangkuk, dia pergi mengemas rumah memandangkan Gempa yang menjemur baju.

Ruang tamu agak bersepah sebab terdapat banyak tisu bersepah di situ. Kapten Kaizo sendiri berasa hairan kenapa banyak tisu di situ tetapi dia hiraukan sahaja.

Dia pun memgumpul kesemua tisu-tisu tersebut lalu membuangnya di tong sampah. Kemudian, dia menyapu lalu mengemop lantai.

Setelah habis membersihkan ruang tamu, dia pergi memasak untuk tengah hari pulak. Kesian dia, tapi, dia tak kisah. Yelah tu...

"Hey! Ni Kapten lah~" kata Kapten Kaizo tiba-tiba. Hm, dia perasan pulak.

Elemental Brothers pulak berada di kedai Tok Aba untuk tolong Tok Aba.

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Elemental Brothers sudah pun pulang lalu makan bersama Kapten Kaizo. Menu tengah hari mereka ialah Tom Yam Ayam dan telur dadar.

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now