[M] TRUTH 32 DARE 32

383 32 17
                                    

Dare from RahimanIshak

"Solar ade?" soal Author sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Elemental Brothers itu.

"Ade je kat bilik.. Kejap.." Blaze memandang ke arah tangga. "Solar!!!!"

Solar yang mendengar jeritan Blaze segera turun ke bawah. "Hah, kenapa?"

"Ada dare untuk kau.." ujar Blaze lalu menunjuk ke arah Author.

Solar yang nampak Author terus berpeluk tubuh. "Hah, ape yang Author nak?"

Author menjongketkan keningnya. "Ada dare untuk kau.. Kau kena nyanyi lagu 'Life Can Make You Smile' versi BM.."

Solar tersenyum senget. "Heh, memang kepakaran aku.."

Blaze memutarkan bola matanya. "Perasan je kau ni.. Dahlah, lebih baik kau buat dare tu.."

"Okey"

1 jam kemudian~

"Okey, mari kita mulakan!" Solar yang sudah bersedia dengan mikrofon terus melakukan nyanyiannya.

Lihatku berdiri di sini,
Ku tersenyum gembira,
Ku tak perlu takut apa-apa,
Ku punya kaki, mata, telinga, gigi, gusi,
Ku ada lapan jari,
Dan dua ibu jari,

Hidupku kata senyum,
Lihat sekeliling,
Boleh nampak di mana-mana,
Hidup kata senyum,
Jadi ku terus tersenyum kerana ku tak peduli,

Mandi akan buat kau rasa segar,
Walau langsir mandian asyik lekat di ponggong,
Suka jus oren,
Dan akanku perlukan,
Tapi lepas gosok gigi,
Rasa agak pelik,

Ku sukakan bau bunga,
Begitu juga lebah dan debunga,
Hacchum!
Ku alah padanya,
Dan permainan video,
Buat murungku hilang,
Selepas satu jam,
Jari sakit ku merah,

Hidup penuh cobaan,
Lihat keliling,
Nampak merata,
Hidup penuh cobaan,
Kita cuba atasi,
Dan berlagak ku tak kisah,

Permainan,
Dia susah pergi peringkat lapan,
Bukan tu saja,
Benda yang ku tak suka,
Mata silau,
Dek mentari,
Dan Internet perlahan,
Dan ais mempersona,
Jadi tawar-tawar tau tak,

Ada paip bocor,
Dan pintu berbunyi,
Aku dah penat,
Aku tak tahan lagi,
Hidup ni teruk,
Lihat keliling,
Semua memberi tekanan,
Hidup ni teruk,
Dan lagu ni,
Buat aku menyampah.

"Tamat~" Solar menunduk hormat sambil tersenyum.

Ternganga mereka semua melihat persembahan Solar. Dia betul-betul berbakat dalam bidang muzik. Dengan kagum, mereka memberi tepukan kepada Solar.

"Terima kasih! Terima kasih!" Solar menunduk hormat sekali lagi.

~~~

"Korang! Korang dapat dare yang paling best!" Jerit Author sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Elemental Brothers.

"Hah? Dare ape yang best sangat tu?" soal Taufan.

Author mencampak beberapa baju ke arah mereka semua. Masing-masing mempunyai baju yang berbeza.

"Nak buat ape dengan baju ni?" soal Gempa.

"Kalau nak tahu, sila baca nota yang ada kat baju tu" ujar Author lalu beredar ke belakang halaman.

Elemental Brothers memandang antara satu sama lain.

15 minit kemudian~

Author sudah menunggu Elemental Brothers di ruang tamu sambil merakam video bagi dare yang bakal dibuat oleh mereka.

"Aku, Ejen Rizwan" Blaze memakai baju seperti Ejen Rizwan dan membuat intonasi suaranya lebih rendah dan tenang.

"Nyum... Aku Ejen Bakar" Gempa yang sedang memakan burger tersengih.

"Asalkan korang tak buat hal, semuanya berjalan lancar.. Aku pula Ejen Leon.." ujar Taufan lagak seperti askar dengan tangannya di belakang.

"Ehem.. Saya harap kamu semua dapat berlatih dengan gigih.. Saya, Ejen Geetha" ujar Ais sambil tersenyum.

"Ehem, aku ialah Ejen Karya" Halilintar membuat gaya memegang kad dan membalingnya ke arah Author, namun, Author sempat mengelak bersama kameranya.

"Dan aku ialah Moon!" ujar Thorn ceria.

Author yang melihat mereka semua hampir meletuskan ketawanya. Dia segera mematikan kameranya lalu ketawa. "Hahaha!! Terbaiklah!"

Kesemua Elemental Brothers memandang tajam ke arah Author. "Berani gelakkan kitorang?!"

Author berhenti ketawa lalu tersengih. "Bye!" Dan Author menghilangkan diri.

Elemental Brothers mengeluh kerana tidak dapat membalas dendam kepada Author. 😂








Harap memuaskan! Author tak banyak idea. 😅

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now