[M] TRUTH 19 DARE 19

551 35 6
                                    

Dare from Shifa_kiyaa , Maaf lambat! (+_+)

"Korang! Ade dare!" panggil Taufan menyebabkan adik-beradiknya datang ke arahnya.

"Hadeh... Dare lagi.. Malaslah.." kata Ais yang menguap.

"Sabar jelah.." kata Solar.

"Dare untuk siapa?" tanya Gempa.

"Untuk aku dan Halilintar..." Taufan memandang Halilintar dengan senyuman sinis.

"Aku?" soal Halilintar.

"Aku kena jailin Halilintar dan Halilintar tak boleh marah aku... Selama seminggu.. Habis je dare aku, barulah Halilintar boleh marah aku.." kata Taufan.

"Jailin tu ape?" tanya Thorn yang menyengetkan sedikit kepala ke arah kanan. Argh, comel! Okey, Author dah tak betul. Ehem!

"Jailin tu..... Err..." Semua memandang ke arah Gempa.

Gempa mengeluh. "Haih.. Jailin tu macam buat sesuatu yang kejam kat seseorang..."

Yang lain membalas, "Oohh..."

"Kalau kau macam-macam kat aku, jaga kau!" tegas Halilintar.

"Kat dare cakap kau tak boleh marah aku, jadi, suka hati akulah nak buat ape..." kata Taufan.

Halilintar memutarkan bola matanya.

10.30 AM

"Abang~ Taufan nak air Ice Chocolate!" kata Taufan dengan nada yang manja. Ingatkan tak bermanja dengan adik-beradik dia.

Halilintar masih tidak memandang muka Taufan. Dia khusyuk membaca cerita di telefonnya bertajuk 'BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS'. Aik? Tu bukan cerita Author ke? Hahaha...

Taufan mengeluh. Dia mendapat satu idea jahat. Dia cuma berjalan di hadapan Halilintar dengan muka selamba lalu merampas telefon milik Halilintar. Halilintar terkejut.

Taufan sudah melarikan diri bersama telefon Halilintar. "Taufan!!!!!! Bagi balik telefon aku!!!!" jerit Halilintar.

"Tak nak!! Buatkan Taufan air dulu!!" jerit Taufan yang berada di atas hoverboardnya.

Halilintar memandang ke atas iaitu muka Taufan yang terbang menggunakan hoverboardnya.

"Yelah!" Halilintar terus melangkah ke dapur.

"Yes!" Taufan pun mendarat lalu membelek telefon yang dipegangnya. "Cerita ape ni? Macam best je..." Taufan pun membaca cerita yang berada dalam telefon itu.

Beberapa minit kemudian, Halilintar datang dengan secawan air. Dia memandang ke arah Taufan yang sedang menangis?

"Kau dah kenapa nangis bagai ni?" tanya Halilintar lalu meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja.

"Huhu!!! Sedihnye cerita ni!!!" kata Taufan yang masih dalam tangisan. Haih, budak ni.

"Hm, dahlah! Bagi balik telefon aku!" Halilintar merampas semula telefonnya. "Tu, aku dah buatkan kau air.. Pergi minum!"

"Okey.." Taufan mengeluh.

Ni baru satu hari, tapi, dah buat Halilintar tertekan, tambahan pula dengan sifatnya yang panas baran.

"Mengutuk nampak?!" jerit Halilintar.

"Wey! Salah skrip kau ni!" Author mengetuk kepala Halilintar menggunakan tangannya yang keluar tiba-tiba lalu menghilangkannya.

"Adeh!!" jerit Halilintar. Tulah padahnya...

Hari keenam~

12.00 PM

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now