[M] TRUTH 20 DARE 20

458 32 7
                                    

Dare from Qihah_kf

"Korang! Ade Truth untuk kita semua!" kata Taufan.

"Untuk kita semua?" soal Ais.

Taufan mengangguk. "Soalan dia.... Mak dan ayah Boboiboy tak risau ke kalau Boboiboy pergi Galaxy?"

Semua orang memandang ke arah Gempa. Gempa mengeluh. Aku jugak..... "Mak dan ayah tak risau sebab kitorang dah minta izin.. Lagipun, ade kawan-kawan.."

"Oohhh..."

Secara tiba-tiba, Fang muncul. Terkejut beruk mereka bertujuh.

"Kenape kau ade kat sini?" tanya Blaze.

Fang mendengus geram. "Kau tanye jelah Author... Dah, aku nak jawab Truth aku.."

"Eh, haahlah! Ade Truth untuk kau! Truth untuk kau ialah... Kenapa suka donut lobak merah?" kata Taufan yang memegang sebuah telefon yang entah dari mana dia dapat.

"Sebab, aku suka sayur-sayuran.. Lobak tu kan sayur..." jawab Fang.

"Oohh.."

"Eh, ade lagi satu... Kapten Kaizo dan Fang rapat tak?" kata Taufan.

Fang berfikir seketika. "Mestilah rapat... Tapi, kalau dia ada misi, kitorang akan berjauhan.."

"Oohhh.."

Serta-merta, Fang menghilang dan Yaya pula muncul. Macam magik pulak.

"Jangan banyak tanya... Cepat, bagitahu ape Truth aku.." kata Yaya.

"Okey.. Ape bahan-bahan kau untuk buat biskut asam pedas?" - Taufan

"Bahan-bahan? Hmm, tak ingatlah sebab banyak... Tulah aku kena buat list... Tapi, ape yang aku ingat ialah... susu kambing segar dan gula pasir.." jawab Yaya dengan senyuman.

Ketujuh-tujuh kembar menelan air liur. Tu senyuman ikhlas atau senyuman ada makna?

Yaya pun menghilang. Taufan memandang semula telefon yang dipegangnya. "Okey, masa untuk dare.. Dare untuk Kapten Kaizo dan Fang.."

Dan, sekali lagi, Fang muncul bersama Kapten Kaizo. Fang mendengus geram. "Tak guna... Pergi sini lagi.."

"Ade dare untuk korang.." kata Thorn.

"Kapten kena makan donut lobak merah dan Fang pulak kena makan sup lobak merah.." terang Taufan.

"APE?!!!!!!!!!!!" Terjerit kedua beradik ini dek terkejut.

"Wei! Bisinglah!" marah Halilintar yang memegang kedua-dua telinganya.

"Kenape? Takkan tak boleh buat?" perli Solar.

Kapten Kaizo dan Fang memandang antara satu sama lain lalu tersenyum. Dah kenape dengan diorang berdua ni?

"Senang je!!!" kata Kapten Kaizo dan Fang serentak.

Ketujuh-tujuh kembar hanya menjungkitkan kening mereka tanda hairan.

"Aku rasa Author dah siapkan makanan untuk kitorang... Jom ke dapur.." kata Fang.

Sebaik sahaja tiba di dapur, mereka semua terkejut melihat Sup Lobak Merah dan Donut Lobak Merah yang sudah tersedia di atas meja.

Fang dan Kapten Kaizo terus mengambil tempat duduk. Fang makan Sup Lobak Merah manakala Kapten Kaizo pula makan Donut Lobak Merah.

Mereka berdua hanya makan dengan tenang. Solar mengambil kesempatan untuk mengambil gambar mereka berdua. Dah macam photograph pulak..

10 minit kemudian, Fang dan Kapten Kaizo telah pun habis makan lalu meminum air yang dibuat oleh Gempa.

"Eh, ade lagi dare untuk korang berdua..." kata Taufan. "Fang dan Kapten Kaizo kena menari lagu TAPOPS"

Secara tiba-tiba, muncul Yaya, Ying dan Gopal.

"Apesal kitorang ade kat sini?" soal Gopal yang sedang memakan keropok.

"Okey.. Pasang lagu sekarang!" arah Kapten Kaizo.

Bunyi lagu TAPOPS entah datang dari mana dimainkan lalu Fang dan Kapten Kaizo menari mengikut rentak. Elemental Brothers dan yang lain agak terkejut sebab mereka berdua betul-betul mengikut rentak lagu.

Sebaik sahaja mereka berdua habis menari, mereka mendapat tepukan daripada Elemental Brothers dan yang lain.

"Terima kasih! Terima kasih!" ucap Fang dengan nada bangga.

"-_-" Elemental Brothers dan yang lain berhenti menepuk tangan lalu mencebik.

Fang memandang pelik ke arah mereka. "Kenape berhenti tepuk?"

Dan tiba-tiba, Fang dan abangnya hilang seperti magik.

Maaf lambat! Harap korang suke! Maaf kalau sikit sebab Author nak cepat dan takde idea, huhu... T^T

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now