📏[06] No Compromise?📚

1.1K 88 18
                                    

Gulp!

Semua kepala yang terlibat dalam perebutan gambar poster Wanna One tergamam hebat. Kemunculan sebatang rotan sedang 'menari-nari' atas kertas yang memaparkan sebelas orang kpop idols pujaan ramai itu mendorong suasana-malaikat-lalu berlaku dengan tiba-tiba.

Seorang manusia tanpa salam yang baru keluarkan suara serak basah beraura seram dari belakang Airis dan Eri berjaya membekukan lapan manusia. Tak bergerak walau setengah milimeter. Juga tak keluarkan sebarang bunyi.

Masing-masing mula diserang penyakit tak boleh nak bernafas. Manakala baki pelajar yang lain mula keluarkan buku teks Pendidikan Islam. Dengan bakat lakonan yang terpendam, setiap seorang buat-buat baca isi kandungan dalam buku. Sesekali kerlingan dibuat pada geng gila kpop yang sedang berada dalam mode beku itu.

"Ni ustaz nak! Yang tinggi ni... yang mata sepet ni... yang pakai gincu ni pun... yang senyum tak nampak mata... ni... ni... ha ni pun. Haih! Susah nak pilih. Rasa-rasa macam ustaz nak semua lah." Habis je cadangan itu diutarakan tanpa menunggu diberi keizinan, majalah ditangan Airis ditarik perlahan-lahan.

Terketar-ketar tangan Airis masa mahu lepaskan benda berharga bagi mereka tapi benda haram bagi pihak sekolah itu kepada Ustaz Umar.

"Ikhlas, Airis Qaisara... ikhlas."

Airis dihimpit antara dua pilihan. Pilihan yang meletakkan dia di dalam dilema tahap teruk.

Satu, dia belum sempat ambil gambar Yixing kat dalam tu dan dia tak rela melepaskan majalah tu ke tangan ustaz.

Dua. Kalau dia melawan dia akan dihukum dan paling penting dia akan dilabel sebagai pelajar yang kurang ajar dengan guru.

Betul Airis memang terkenal dengan fakta budak bermasalah di sekolah. Dia juga digelar Ms Troublemaker.

Dia mungkin tak hormat peraturan sekolah tapi dia sangat hormatkan cikgu-cikgu sekolah itu. Seteruk-teruk dia pun, dia tak pernah melawan cikgu. Tak pernah tak bagi salam dan tunduk hormat semasa bertembung di tengah jalan.

Selain sikap negatif, Airis juga terkenal dengan gelaran budak bijak Add Maths. Dia pandai ringkaskan rumusan yang berjela dari dalam buku. Dan kompilasi rumusan ringkasnya dicetak dalam kertas untuk diguna pakai oleh kawan-kawan sekolah termasuk guru-guru Matematik Tambahan.

Heh! Hormat tak hormat, bijak tak bijak. Bila dah main dengan peraturan, kelebihan akan jatuh nombor dua.

Satu idea menyapa otak secara tiba-tiba, buatkan dia menyeru perlahan. "Ustaz..." Senyum disungging semanis madu. "Jom buat deal nak? Ustaz boleh bagi saya demerit banyak mana pun. Dendalah saya macam mana pun. Tapi, majalah ni ustaz jangan rampas. Setuju?"

"No compromise. Awak tahu policy ustaz bukan?"

Lesap terus senyuman dari wajah dia. Berganti dengan muncung sedepa. "Ustazzz..."

"Dua, empat, enam, lapan. Rehat nanti pergi bilik disiplin."

"Ustazzzzzzz..." Lapan suara bergabung seraya menggeleng tak setuju.

*****

*To Be Continued

*Bab kena rampas tu pengalaman sendiri sebenarnya 😂😂

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now