📏[16] Gotcha! 📚

898 57 10
                                    

"KAU tak rasa ke kita buang masa hadap buskers yang kebanyakan suara kelaut?" Airis yang bersila ditengah-tengah antara Double A mengomel perlahan. Tak sampai lima belas minit dia berteleku disitu, rasa bosan sudah mula menjengah.

"Aku syak kau ada masalah pendengaran. Suara husky macam tu kau cakap kelaut...?" Aiden menggeleng kepala. Kenyataan sepupunya itu dikira tak boleh masuk akal.

Setiap minggu hari Selasa tanpa gagal aktiviti busking berlangsung di situ. Mendapat sambutan hangat pulak tu. Buskers pun bukan dari calang-calang orang. Indie bands yang dikenali ramai. Ratusan followers kat ig. Yang cecah sampai juta pun ada. Mana logiknya dia dapat terima kritikan Airis yang sememangnya buta seni muzik tu. Heh!

Dua keping Mister Potato perisa BBQ dia masukkan ke dalam mulut. "Suara pecah-pecah macam tu. Husky ke?" Komen dia lagi sebelum membuat proses kunyahan.

"Yang ni aku side Den. Betul kata dia. Kau ada masalah pendengaran." Airel yang duduk disebelah kanan menyampuk.

Tak semena, siku dia dihayun mengena perut Airel. "Telinga korang adik beradik yang problem, mengata aku pulak. Huh!" Katanya kemudian mengerut dahi. Mata meliar ke sekeliling dataran.

Kehadiran ramai orang disitu buatkan dia jadi tak faham. Apa yang seronok sangat tengok busking ni? Kemain ramai lagi. Padahal buskers yang ada baginya biasa-biasa sahaja.

"Relaks, Qai. Baru satu band. Ada banyak lagi yang tengah tunggu turn nak perform kat belakang tu."

"Mana? Mana? Ada yang rap tak? Tak ada iras macam Lay Zhang pun tak apa ah. Asalkan ada macam Hanbin Ikon. Sarang ul het da... uri ga man na... ju uji mot hal-"

"Qai! Please..."

Aiden yang dah lipat leher ke arah dia dengan riak muka merayu buatkan lirik seterusnya dia telan masuk ke dalam kerongkong semula. Cuma sekejap. Sebab dia masih terasa nak teruskan niatnya. Niat nak menyanyi. "Bagi aku sambung sikit lagi boleh? Uri gaman dun love oh-oh-ohh scenario... love oh-oh-ohh scenario-"

"Airis Qaisara..." Nama dia keluar lagi dicelahan gigi Aiden. Kali ini tak ada lagi riak merayu di wajah itu. Sudah berganti dengan riak penuh amaran.

"Tsk! Tak remaja ah korang ni. Bukan calang-calang tau risiko yang aku ambil untuk hangout dengan korang. Siap lompat pagar lagi. Kalau aku tahu kita end up kat sini, memang tak ah aku nak join korang." Suara Airis kedengaran sendu. Rasa menyesal fly asrama malam ni mula menjenguk diri.

"Den! Random Bullet ada ah malam ni." Ujar Airel dengan penuh keterujaan lepas dengar pengumuman dari 'emcee' yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti busking pada malam ini.

"Cantik ah. Dah sebulan kot diorang tak datang." Sambut Aiden, juga dengan keterujaan yang sama.

Dua tangan yang bertemu gaya hi-5 depan muka Airis buatkan budak perempuan itu kebelakangkan sikit duduknya. "Apa yang gempak sangat dengan Random Bullet tu?" Dia jadi macam nak tahu juga.

"Kau akan dapat jawapan lepas kau tengok diorang perform."

"Aku berani kerat jari kalau kau tak suka performance diorang."

"Tak payah kerat jari." Airis jungkit kening. Tangan kanan diangkat. " Kau potong rambut macam Lay Zhang pun dah cukup buat aku bahagia." Sambung dia seraya mengusik rambut Airel yang sedia disisip kemas.

Sepupunya itu terus merengus. "Memang tak ah!"

"Please Airel, please..."

"Ssyhh!!!"

Tak! Itu bukan suara Aiden yang menyuruh dia berhenti bercakap. Itu suara sekumpulan remaja perempuan yang berdiri di hadapan mereka.

"Hek eleh... Poyo betul. Macam diorang je yang datang tengok busking." Omel Airis, tak puas hati. Perlahan jela. Kang kalau cakap kuat-kuat bergaduh tarik rambut pulak kat sini.

"Bullet! Bullet! Bullet!" Sorakan kuat di seluruh dataran secara tiba-tiba itu menarik perhatian dia. Yang lagi buat dia jadi penasaran apabila penonton-penonton yang berada di situ sudah bertukar tempat. Berpusu-pusu menghampiri pentas setelah band bertukar.

Dan penasaran dia jadi kuasa dua apabila kedua-dua sepupunya juga turut sertai kelompok orang ramai itu tanpa meninggalkan pesan. "Hebat sangat ke Random Bullet tu?"

"Ish! Kau boleh tak jangan jauh dari kitorang!?" Masa dia tengah terlompat-lompat untuk mengintai band yang sememangnya menjadi kegemaran ramai, tangan dia ditarik oleh Airel.

"Siapa suruh tinggal aku kat sini?"

"Siapa suruh kau lembap sangat? Jom pergi depan. Aiden dah jaga tempat untuk kita."

Malas nak membantah, ditambah dengan rasa ingin kenal wajah-wajah ahli kumpulan Random Bullet, Airis mengekor langkah si sepupu. Selit punya selit akhirnya dia dan Airel sampai pada Aiden.

Terkedu sekejap dia bila sedar yang mereka bertiga kini berada di barisan paling depan. Dan rasa terkedu Airis naik satu tahap bila secara tak sengaja, pandangan dia dan pandangan lead vocalist kumpulan itu bertembung. Kalau dah berdiri kat tengah lepastu pegang mikrofon sambil petik gitar tu... lead vocalist la kan?

"Bro!"

"Uh!?" Dua pasang mata tersentak.

"Dah boleh start ke?" Soalan itu datang dari guitarist yang berdiri disebelah kanan pentas.

"Jap. Lima minit. Korang warm up tune dulu." Jawab manusia yang masih bertembung pandang dengan dengan Airis. "Kau. Ikut aku sekarang." Perlahan, bisikan itu dituju pada Airis.

Bila rasa terkedu sudah hilang, otak pun kembali rasional. Bila dah otak jadi rasional, timbul pula satu idea. Tak membuang masa, dia terus seluk slingbag keluarkan smartphone. Aplikasi kamera dibuka dan dihala ke arah wajah lead vocalist Random Bullet.

Klik!

Klik! Klik!

Mata manusia depan dia ditatap dalam-dalam. "Nampaknya kau dah tak ada alasan untuk tak join projek Cikgu Zahin."

Lelaki yang memakai cermin mata bingkai tebal warna hitam tanpa 'power' itu mampu tunjuk muka tak beriak.

Satu senyuman herot berbaur puas hati dia ukir pada wajah. "Iqwal Azeem... Gotcha!"

*****

*To Be Continued

*Still... tak boleh nak move on dengan lagu ni 😍😍

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now