📏[25] Hutang📚

635 47 7
                                    

"Okay, aku curious gila ni. Now tell us what happened between you and Qai, sebenarnya?"

Melihat soalan Wafiy dibiar sepi, Haq mencelah pula. "We are not going anywhere selagi kau tak bagitahu hal sebenar." Suara ditekan acah mengungut.

"Atau... Are you two dating?"

"Oi! What the hell were you thinking, you freak?" Hampir nak terkeluar biji mata dia lepas dengar Luq bertanyakan soalan itu. Ada ke patut pergi fikir ke situ?

"Dah tu? Bagitahulah!!!" Tiga suara bergabung kuat bersama jegilan mata yang besar ya amat!

Dan reaksi rakus itu membuatkan Iqwal terundur ke belakang. Punyalah terkejut dengan sergahan secara jemaah dari para sahabat. "Woah! Relaks ah. Tak payah nak mengaum macam singa. Okey, okey... aku cerita." Tukasnya seraya merebahkan tubuh ke atas tilam empuk.

"Shoot." Wafiy makin tak sabar.

Dia buat rolling eyes dulu sebelum memulakan ayat. "Ingat tak dua malam lepas aku ada fly pergi buat show?"

"Mananya tak ingat. Balik-balik je kau terus tarik aku pergi aspuri untuk jadi savior Qai." Memicing mata Wafiy merenung Iqwal.

"Aku bukan sesaja nak jadi kononnya savior dia."

"Dah tu?" Kening Haq berkerut.

Betulkan kedudukan bantal dibawah kepala, dia menokok lagi. "Aku kantoi dengan dia."

"Apadia?" Antara mereka bertiga, Luq yang paling luas nganga.

"You heard me." Iqwal buat muka. "That's the reason why..."

"Means... sekarang bukan hanya four of us je yang tahu kau punya dark secret?" Luq menguis dagu yang tak gatal. Betul, rahsia Iqwal tentang Random Bullet selama ini cuma diketahui oleh dia, Wafiy, Haq dan Wan.

Oh ya, Wan tidak menghuni sekali dengan mereka. Dia penghuni bilik sebelah. Walaupun dia berlainan bilik dengan mereka berempat namun ini adalah bilik kedua dia. Paling kurang dalam sehari, sejam sekali dia akan datang melepak dengan mereka. Tunggulah, kejap lagi datanglah dia. Dia dah berjanji dengan Haq dan Luq nak keluar ke pekan.

"Tapi kau jangan risau. Aku tahu Qai takkan bagitau sesape punyalah. Dia boleh dipercayai. Aku jamin itu." Yakini Luq dengan bersungguh. Airis antara kawan perempuan yang rapat dengan dia di sekolah ini jadi sikit sebanyak dia dah boleh tahu perangai budak perempuan itu macam mana.

"She won't. She has no reason to tell anyone about this sebab aku dah takder hutang dengan dia."

"Jadi, apa yang kau buat malam tu sebab nak settle down hutang kau kat dia?" Wafiy mencelah lagi. Tak berkelip matanya merenung Iqwal.

Ketua pengawas itu mengangguk mengiyakan telahan Wafiy. "Aku dah cerita. So, can I have my guitar back?"

"Jap! Jap-jap!" Wafiy angkat tangan menahan Iqwal dari berdiri. Kedua-dua kening berkerut hampir bercantum tanda dia kini sedang memikirkan sesuatu.

"Apa lagi kau ni?" Iqwal menjegil geram.

"Disebabkan kau kantoi dengan Qai pasal Jimmy Random Bullet makanya kau pun jadilah savior dia malam tu. Okay, selesai cerita hutang yang itu. Tapi yang aku pelik sekarang, kes petang semalam."

"Kes petang semalam?" Dia menyoal dengan muka pelik.

"Yang kau tetiba muncul kat bilik meeting utama lepastu setuju nak join group reka cipta. Hah, tu hutang yang mana pulak kau nak settle down dengan Qai?"

Soalan tak diduga oleh Wafiy itu buatkan tubuhnya mengeras tiba-tiba. Krik-krik barang empat-lima saat sebelum dia cepat-cepat bangun dari katil. Cap yang tergantung di kerusi dicapai lalu disarungkan atas kepala. "Jom ah pergi cuci van sekolah. Pergi awal boleh balik awal rehat." Kata dia seraya berjalan menuju ke arah pintu bilik. "Haq, Luq... jangan lupa chicken foldover aku. Thank you." Selesai menyarung selipar, dia berlalu dari situ dengan langkah yang panjang.

Wafiy berdecit. Dalam tak puas hati, dia ikut bangun untuk bertukar t-shirt yang sesuai untuk dibasahkan semasa melaksanakan denda yang dikenakan ke atas mereka. "What a weirdo!"


*****

#Inilah rupa setiap dorm yang ada di Kolej Wira Bakti 😍

#Inilah rupa setiap dorm yang ada di Kolej Wira Bakti 😍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now