📏[27] Argument📚

336 22 9
                                    

"SECOND."

"First."

"Second."

"First."

"I said second." Airis ketap gigi. Orang kat depan dia dipandang macam nak ditelan hidup-hidup.

"First." Riak muka Iqwal masih kekal bersahaja. Langsung tak terkesan dengan buntangan mata dari budak perempuan yang duduk di kerusi bertentangan dengan dia.

Ahli meja yang lain cuma diam memerhati saja. Masing-masing tayang muka poker sambil menongkat dagu. Sesekali terdengar juga bunyi keluhan dari beberapa bibir.

"Kenapa first? Renyah doe kalau kita buat hardware. Banyak barang nak kena cari."

"Fine. Kalau nak main software je Fiy..."

Wafiy yang tengah tayang riak bosan menonton pergaduhan depan mata terus terpinga-pinga bila fokus Iqwal tiba-tiba menala pada dia. Tanpa salam pulak tu.

"...aku tarik diri. Kau tahu kan aku malas deal dengan benda bodoh...?"

"Bod-what!?" Soalan Iqwal pada Wafiy nampaknya seperti menuang minyak gas ke dalam api bagi penerimaan Airis. Terbuntang besar mata dia menjegil si musuh.

Yang lain turut tercengang. Masing-masing sikit lagi nak hantuk kepala dekat dinding. Jim memang cari pasal!

"Kau--"

"Okey, macam ni!" Nampak macam Airis dah nak meletup, Wan cepat-cepat tepuk meja. "Aku ada idea. Why not kita apply je dedua benda alah tu dalam projek ni?"

"Means, software on...hardware pun on?" Luq angkat tangan, minta pencerahan.

"Yup."

"Macam akan jadi double renyah je, tak ke?" Tak jumpa dimana wajarnya cadangan dari Wan, Mira pun mencelah sama.

"Aku macam setuju dengan Mira." Disampuk oleh Qilah, dua saat kemudian. "Kalau kita apply dua-dua...banyak benda nak kena buat."

Mira angguk dua kali. "Banyak benda nak kena fikir jugak."

"Alah.. kita kan ramai. Tujuh kepala, tujuh tenaga. Bahagi ah kerja sorang sikit."

"Aku setuju dengan Wan." Laju Wafiy bersuara. "Kalau rasa tujuh tak cukup, kita guna je talian hayat."

Terangguk-angguk mengiyakan cadangan si sahabat, lalu Wan pun berkata. "Talian hayat kita power kot. Masing-masing boleh diharap."

"Kau maksudkan Haq ke?" Airis pandang Wan bila muka Haq menyapa otak dia. Yang dia tahu selain Iqwal, kapten pasukan bola sepak sekolah tu memang pro kalau bab-bab yang melibatkan coding atau software ni.

"Eri, Aki and Leya jugak." Tambah Wan.

"Hah! Yang tiga tu bab ajak pergi merayap cari barang nanti confirm takkan tolak." Pintas Mira, sambil tangan membetulkan lipatan tudung di disisi kepala.

"Okey, kalau semua setuju...jom pilih product yang bakal kita 'main' nanti." Wan dah siap sedia bentang kertas A4 untuk dicatit hasil perbincangan.

"Jommm!" Tolak Iqwal, seisi meja menjawab dengan penuh semangat.

Walaupun sesekali terselit dengan percambahan pendapat di antara para ahli, proses perbincangan tetap berlangsung dengan lancar dan membuahkan hasil yang berbaloi. Lebih kurang dua jam berdebat, berlawan kata dan akhirnya bertemu kata sepakat...mesyuarat yang diketuai oleh Wan itu pun bersurai.

"Oit, budak poyo. Aku nak jumpa kau kejap." Masa mereka bertujuh berjalan keluar dari bilik diskusi yang terletak dalam perpustakaan, tiba-tiba Airis bertindak menyekat Iqwal dengan meletak kaki kanannya di depan lelaki itu.

Lagak dia sekarang sebiji macam samseng sekolah tengah sekat budak untuk mintak duit. Sambil tu dia mencuri pandang juga ke arah lima manusia yang sudah menonong ke depan. Dan dia lega bila mereka; Wan, Wafiy, Luq, Mira dan Qilah sedang rancak berbual tanpa menyedari dia dan Iqwal berhenti di sini. 

Bila dah disekat dengan kehadiran kaki betul-betul di laluan dia, nak taknak Iqwal perlu menghentikan langkah. Pandangannya dibawa ke arah muka budak perempuan yang sedang bercekak pinggang di depan dia itu.

Kini, di depan pintu bilik diskusi... Dua tubuh saling berhadapan. Dan dua pasang mata juga saling bertentangan!

***

#Finally, selepas bertahun ada new chapter 😂. Sape tunggu cerita ni?  Cuba muncul sikit 🙋

#Ini antara face-claimed yang ada kat dalam otak ifti buat masa ni. Kalau kurang setuju boleh je imegin muka crush kesayangan korang. Peace! ^^

 Peace! ^^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now