📏[12] Make Me, Then 📚

878 62 4
                                    

TAK adil!

Tak logik!

Tak masuk akal langsung!

Dia dah setuju nak join projek Cikgu Zahin pun dah kira bertuah tau. Padahal dia tak hingin pun nak serabutkan kepala otak dengan benda-benda buang masa macam tu.

Kemain susah dia buat pilihan!

Kemain sukar dia runtuhkan tembok ego!

Tiba-tiba dia juga yang nak kena pujuk ketua pengawas poyo untuk join group mereka?

Like seriously!!?

Satu dunia dah tahu yang Airis Qaisara dan Iqwal Azeem tak boleh jadi sekufu! Musuh paling kekar dalam dunia! Tapi pehal dia juga yang kena settle hal ini?

Eesh! Masalah betul!

Ikutkan hati tak ingin dia nak datang bilik rehat untuk hadap muka manusia sorang tu. Tapi disebabkan dia tak ada pilihan dan dia juga tersepit dengan situasi, dia terpaksa untuk akur.

Pagi indah dia sekelip mata bertukar suram lepas dia kena panggil masuk bilik disiplin sekali lagi. Dan suram itu terus lesap bila Cikgu Hulk bagitahu Iqwal Azeem tak mahu join group projek Cikgu Zahin.

Kemain seronok Airis dapat tahu pasal perkara itu. Akan tetapi seronok dia tak lama.

Saat Cikgu Hulk suarakan satu ugutan yang tak boleh buat dia menolak, rasa suram dia kembali semula dan terus naik ke kuasa dua!

"Saya tak peduli awak nak buat macam mana tapi yang saya tahu, Iqwal Azeem perlu setuju untuk sertai projek Cikgu Zahin. Dan untuk itu Airis Qaisara... saya letakkan tanggungjawab ini pada awak. Kalau tak... awak akan hilang markah merit."

"Urgh!" Satu rengusan kasar dihela. Kepala yang berselubung dengan tudung dipicit kuat-kuat. Tak cukup dengan itu, dia menghentak pula dahi pada pintu kayu depan dia.

Pun masih tekanan perasaan dia tak berkurang. Ayat-ayat ugutan dari cikgu Hulk terngiang-ngiang di telinga.

"Iiihhhh! Babun betul ah! Pehal aku pulak yang nak kena buat benda ni? Nak kena pujuk dia bagai. Urghhh!" Makin kencang hentakan dibuat. Rasa sakit pada dahi dia pedulikan. Dia lagi rela layan rasa sakit di hati.

Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!

Itu bunyi dentuman pada pintu. Makin lama makin kuat. Dan hentakan dia terhenti saat pintu bilik rehat itu dibuka dari dalam.

Berdirinya sekujur tubuh di depan dia buat Airis tayang muka menyampah. Dah tahu ada penghuni kat dalam. Sebab tu dia tak terkejut. Lagipun perbuatan dia memang wajar mengundang kemunculan lelaki itu.

Baguslah Iqwal dah ada kat depan dia. Tak perlu lagi dia nak bersusah payah panggil lelaki itu. Mudahnya kerja dia. Hanya dengan membuat bising, Iqwal terus muncul depan dia.

"Pehal?" Soalan ringkas itu datang dengan muka tak beriak.

Hanya tiga saat dia ambil untuk pandang lelaki sebelum mata dibawa ke tempat lain, dia dah tahu penampilan lelaki itu macam mana sekarang.

Tak ada uniform ketua pengawas sekolah. Iqwal hanya mengenakan t-shirt sukan sekolah warna putih dan seluar track warna hitam.

Kat leher budak lelaki itu terlilitnya neck pad yang tebalnya dari bawah dagu sampai ke pangkal bahu.

Yang sebenarnya jauh disudut hati Airis terdetik rasa bersalah. Disebabkan dia Iqwal jadi begitu. Tak sangka pulak penangan kaki dia terlampau hebat. Sampai terkehel leher lelaki itu.

"Kau... sakit sangat ke?" Tanya Airis mampat dengan nada bersalah.

Tadi masa dia cari Iqwal, Qilah bagitahu dia rakan sekelas dan seperjuangannya itu tak masuk kelas. Iqwal ada di bilik rehat. Katanya lelaki itu dapat cuti sakit selama dua hari.

"Asal tak balik rumah je?" Soalan kedua datang lagi lepas soalan pertama dibiar tergantung.

Qilah pun ada bagitahu dia tadi. Walaupun diberi keizinan oleh warden asrama untuk balik berehat di rumah Iqwal menolak. Katanya biarlah dia berehat di bilik sakit sahaja.

Fikir Airis, kalau dialah yang berada di tempat Iqwal semalam lagi dia dah cabut balik. Bukan senang sekolah ni izinkan pelajar-pelajarnya balik rumah tau.

Ikut peraturan hanya sebulan sekali mereka dibenarkan balik. Itupun kalau tak ada program apa-apa yang dijalankan. Kalau ada, tunggu cuti sekolah je la baru mereka jejak rumah sendiri.

Dan kalau rindu keluarga kena tunggu dua minggu sekali. Ahli keluarga dibolehkan datang melawat pada hari sabtu atau ahad sahaja.

Tapi yang seronoknya, walaupun jarang dapat balik rumah, mereka dibenarkan untuk outing tiap-tiap hujung minggu. Masa itulah para pelajar boleh released tension.

Nak beli barang ke, tengok wayang ke, keluar dating ke... semua boleh. Aktiviti bebas! Sepenuhnya masa yang diberikan dari pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang untuk aspura dan aspuri Kolej Wira Bakti berjimba.

"Eh ehhh woi!" Mati terus khayalan Airis bila pintu dihempas betul-betul depan batang hidung dia."Woi! Kau dah kenapa? Buka pintu balik!" Permukaan kayu pejal itu ditampar bertubi-tubi.

Sakit telinga gara-gara perbuatan tak bertauliah si Airis, Iqwal buka pintu semula. "Kau nak apa?" Dengan muka paling sebal dalam dunia, dia menyoal. Tajam mata merenung muka budak perempuan depan dia tu.

"Aku nak cakap dengan kau."

"Aku taknak cakap dengan kau." Bidas Iqwal. Tombol pintu ditolak.

"Eh poyo! Nanti kejap!" Nampak je lelaki itu mahu menutup pintu semula, Airis terus hulur kaki kanannya, menahan.

Iqwal tak bersuara, tapi boleh nampak yang dia betul-betul rasa annoying dengan kelakuan Airis. Riak muka menyampah bercampur bengang terpapar jelas pada wajahnya.

Tapi kalau dah namanya Airis, apa dia kesah? Dia buat-buat tak faham bahasa. Yang dia tahu nak taknak Iqwal kena dengar juga apa yang mahu disampaikan.

Dah memang tujuan dia pergi situ nak jumpa Iqwal pun kan?

Hujung bibir ditarik ke atas menghasilkan riak sinis. Kedua-dua tangan disilang ke dada, berpeluk tubuh. Mata Iqwal dia pandang dalam-dalam. "Kau fikir aku suka-suka datang sini nak melawat kau ke? Huh, jangan nak perasan." Guling biji mata ke atas, dia menokok lagi. "Wei ketua pengawas poyo! Join projek Cikgu Zahin jom?"

"Heh." Kali ini giliran Iqwal pula tarik sebelah pinggir ke atas. Berpeluk tubuh, dia membalas pandangan Airis dengan jenis renungan yang sama. "Apa yang buatkan kau yakin aku akan bagi jawapan positif?"

"Uh?" Terangkat kening Airis dengan jawapan yang datang dengan muka sinis.

Iqwal merendahkan sedikit kedudukan mukanya untuk sama paras dengan Airis lalu dia berkata. "A.ku.tak.nak."

Airis jegil mata. "Aku akan buat kau setuju! I'll make you say yes!"

Kaki Airis yang masih berada diantara pintu dan bingkai ditolak dengan kakinya."Make me, then." Kata Iqwal lalu menutup pintu bilik rehat.

"Eeshh! Tak guna!"

*****

#To Be Continued

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now