📏[23] Am I Too Late?📚

573 47 14
                                    

"ATTENTION, please!" Suara itu menggamit lima kepala yang sedang asyik bercerita sesama mereka. Mentang-mentanglah Cikgu Zahin belum datang, kemain meriah mereka berjimba.

Bilik mesyuarat utama itu terus jadi sunyi. Wajah Airis yang baru muncul di hadapan pintu dipandang.

"Apa hal kau?" Qilah disebelah Mira menegur.

"Aku gagal pujuk budak poyo tu. Sila tahniahkan aku."

"Fuh! Selamat akaun COC aku. Dah lah baru semalam je naik lagi satu level town hall ." Suara teruja itu datang dari Luq.

"Alhamdulillah, aku tak perlu kerat rambut rapat." Wan menadah tangan kelangit sebelum meraup wajah sendiri.

"Congrats to you, Qilah. Jari manis kau selamat." Tambah Airis yang dah mengambil tempat di sebelah Wan.

Jelas antara semua, wajah dia yang paling berduka dan cuak. Berduka disebabkan dengan demerit yang bakal dia terima sekejap lagi. Cuak, mengenangkan tak tahu macam mana dia nak sampaikan berita tak gembira kepada Cikgu Hulk. Berita dimana, dia gagal untuk memujuk Iqwal menyertai pasukan mereka.

Mira pandang Airis. "Kau dah habis usaha ke? Dah habis ikhtiar?"

Kedua bahu dijungkit. "Anggap je macam tu."

"Told you. Jim tak boleh dibawa bincang." Dengan mulut penuh mengunyah gula-gula Lot 100 perisa mangga, Wafiy mencelah. "Aku kenal lah kawan aku tu. Qai, nah!" Tokok dia lagi sebelum melemparkan sebiji gula-gula kepada Airis.

Gula-gula yang dilempar disambut dengan jayanya. "Sour flavour takder ke?"

"Banyak cekadak pulak." Guling biji mata ke atas, Wafiy mencebik."Orange will do?" Poket seluar diseluk.

"Yayy! Thank you! Thank you!" Campakan kedua dari Wafiy juga berjaya disambut. Dikoyak plastiknya lalu disumbat masuk ke dalam mulut. "Ya Allah... Nikmatnyaaaa..."

"Taknak mangga tu bak aku." Terjah Wan seraya menghulur tangan mencapai gula-gula yang tersadai atas meja depan Airis.

"So, how? Kau dah karang ayat nak bagitau Cikgu Zahin?"

"Takdernya aku nak rajin karang ayat. Cakap je la he's not available." Tenang dia berkata.

"Cikgu Zahin okey lagi, boleh bawak bincang. Tapi Cikgu Hulk caner?" Wan mencelah sama.

"Nak buat caner lagi? Terus terang je la."

"Dan lepas tu kau dapat demerit?" Qilah tak berkelip merenung muka si sahabat.

Airis jungkit bahu.

Mata Qilah jadi besar. "Just like that?"

"Dah tu?"

"Beb, lapan puluh demerit tu dikira kes darurat tahu?" Mira mencelah sama. Ketenangan Airis buatkan dia macam susah nak hadam.

"I know. But I have no choice. Aku gagal pujuk dia apa."

"Ya, tapi-" Mira terus mati suara sebaik saja kelibat Cikgu Zahin muncul di depan pintu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam, cikgu." Jawab enam kepala sambil meperbetulkan duduk masing-masing.

"Maaf saya lambat. Baru habis meeting dengan PK Hem." Maklum guru tampan yang punya raut wajah ala-ala pelakon dan penyanyi dari negara China, Luhan.

"It's okay, cikgu. Demi cikgu Zahin, lambat mana pun kitorang sanggup tunggu." Ujar Mira yang dah menyematkan senyuman lebar semanis gula kapas dibibir. Oh ya, lupa nak cerita. Kalau Cikgu Akif merupakan cikgu idaman bagi Airis, Cikgu Zahin pula tak jemu-jemu menambat hati Mira. Tapi sayang, Cikgu Zahin dah jadi suami orang pada hujung tahun lepas. Gigit jarilah budak perempuan tu.

Apa dia?

Oh, tak. Mira takdelah nak frust menonggeng sampai tahap toreh tangan sendiri. Frust dia biasa-biasa je. Murunglah dalam sejam dua lepas dapat kad kenduri dari cikgu segak bergaya tu dulu. Lepas jam ketiga tu dah okey la. Alah! Crush on budak sekolah kat cikgu sendiri je kot. Bukan benda luar biasa pun. Lagi pula, bukannya cinta betul-betul. Gatal-gatal, gedik-gedik gitu je. Benda takder mender pun kan? Heh!

"Maaf saya makan nasi je, saya tak makan bodek." Selamba guru yang berumur awal tiga puluhan itu membidas.

Dan itu menghasilkan gelak tawa yang meriah dari Wafiy, Chad dan Wan. Airis dan Qilah pula masing-masing gigih gigit bibir, tahan senyum. Tak sampai hati nak gelakkan sahabat sendiri.

Mira muncungkan bibir. "Saya gurau je, cikgu."

Cikgu Zahin serta merta kupas senyum. "Saya pun gurau je. Jangan ambil hati. Dan kamu bertiga, kenapa beriya sangat ketawa tu?"

Mati terus ketawa Wafiy-Luq-Wan. "Sorry, cikgu."

Cikgu Zahin menggeleng kepala dengan telatah anak-anak muridnya itu. Kemudian pandangan diarah kepada setiap seorang dari mereka. "Dua...empat...enam- Okay, patutnya tujuh tapi yang ada enam. Saya tak nampak Iqwal Azeem di sini jadi... " Matanya berhenti pada wajah Airis. "...saya assume yang awak gagal buat seperti yang dipinta oleh Cikgu Halim. Am I right, Airis Qaisara?"

Oh ya, Halim adalah nama sebenar Cikgu Hulk. Hulk tu gelaran dikalangan pelajar je. Takkanlah cikgu-cikgu nak gelarkan guru disiplin tu dengan Cikgu Hulk? Wajar mana wajar?

Air muka Airis berubah. Mendung-semendung-mendungnya. "Sorry, cikgu. Saya gagal pujuk dia"

Kenyataan itu mengundang senyuman lebar di bibir guru lelaki itu. Sandarkan bahu kanan di papan putih seraya memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar, dia menokok lagi, "It's okay. Dah dia taknak takkan kita nak paksa pula. Let him be. Lagipun saya dah agak awak takkan berjaya."

"Eh? Macam mana cikgu tahu?" Dahi Wafiy berkerut.

"Saya sendiri pun gagal." Cikgu Zahin mengeluh dihujung ayat. Dah banyak kali sebenarnya dia cuba pujuk Iqwal menyertai pasukan reka ciptanya itu. Tapi bersungguh budak lelaki itu menolak. Dengan alasan, tahun ini dia akan menduduki SPM. Jadi dia perlu sibukkan diri untuk belajar.

Yang mendengar semua jatuh bahu.

Wan bersandar pada kerusi. "He is Iqwal Azeem we are talking about right here right now."

"What to expect?" Luq ikut menambah.

"Kalau cikgu nak bagi demerit kat saya sekarang pun saya sanggup terima." Separa perlahan, suara Airis kedengaran.

"Yang itu saya tak campur. Awak kena settle dengan Cikgu Halim." Ujar Cikgu Zahin. "Okay, guys... Let's start a discussion on what we are going to do for this project, shall we?"

"We are all ears, cikgu." Enam suara bergabung serentak.

"Good." Pen marker berdakwat biru tanpa penutup yang sudah berada ditangan dilalukan matanya pada papan putih."First, we go with... idea." Perkataan 'idea' ditulis jelas. "Idea anyone?"

"Assalamualaikum." Kehadiran satu suara secara tiba-tiba itu menarik semua pandangan ke arah pintu. Pedulikan enam pasang mata berpakaian sekolah yang sedang mencerlungkan pandangan ke arahnya, Iqwal bertanya kepada Cikgu Zahin."Am I too late?"

*****

# Yang ni Cikgu Zahin ^_^

# Yang ni Cikgu Zahin ^_^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now