📏[18] Kantoi! 📚

666 49 4
                                    

"SURE taknak kitorang hantar sampai depan gate hostel?" Aiden menjenguk kepala keluar tingkap kereta.

"Dah lebih sepuluh kali kau tanya soalan yang sama. Dan dah lebih sepuluh kali juga aku bagi jawapan yang sama."

"Jauh doe. Mahu satu kilometer jugak kau nak kena jalan. Sorang-sorang pulak tu." Celah Airel sambil melilaukan pandangan ke sekeliling.

"Aku dah biasa buat jenayah macam ni before, kan? Lagipun aku tau jalan tikus. Masuk sana masuk sini dah sampai depan pintu bilik." Kata Airis sambil menggosok puncak hidung yang tak gatal.

"Yakin je kau. Jangan main redah masuk sana sini tu, kang salah masuk ke dunia bunian ha caner? Jangan lupa, malam ni malam Jumaat tau. Jumaat kan malam keliwon."

"Wei!" Refleks, tangan kanan Airis terhulur mencari dahi Airel.

Plak!

"Auwh! Sakit lah gila!" Laju kulit dahi yang menjadi mangsa jentikan Airis digosok.

"Kau pehal biadap sangat? Doa yang baik-baik tak boleh ke?"

"Ini bukan doa. Ini nasihat."

"Nasihat wak lu!" Dia menjeling geram. Ikutkan hati nak je dia ramas mulut cabul sepupunya itu tapi macam tak sampai hati pulak. Cacat karang siapa nak tanggung?

"Dah la. Pergi masuk cepat. Dah pukul 11.30 ni." Aiden mencelah lepas perasan jam pada dashboard dah menunjukkan angka 11.26.

"Alright then. Thanks wei bawak aku lepak even plan kita nak tengok wayang tak jadi. Next two week kita jumpa kat kampung. Drive leklok. Chaow!"

"Kau dah selamat sampai bilik text ah kitorang." Pesan Aiden. Airel dikerusi sebelah mengangguk setuju.

"Baik bosku!"

***

AIRIS menapak perlahan dalam pelukan angin malam yang menghembus lembut. Langit terang dengan bulan penuh membantu penglihatan dia dalam meniti perjalanan balik ke asrama.

Leka dia mendongak ke atas menikmati kerlipan bintang yang entah berapa juta trilion menghiasi dada langit. Suasana sunyi. Hanya sesekali dipecahkan dengan bunyi cengkerik dicelah pokok-pokok yang ditanam sepanjang jalan.

+ Qai! Mana kau gila? Ada roll call mengejut. Pak Hitler turun padang wei 😨😨

Pesanan whatsapp dari dari Qilah buatkan dia hentikan langkah. Hilang terus rasa tenang. Diganti dengan debaran dahsyat. Jantung dia jadi mengecut.

+ Serius ah? 😱😱

Kalau di sekolah mereka ada Cikgu Hulk untuk digeruni, kat asrama pula ada Pak Hitler. Ketua warden asrama yang punya riak wajah bengis tahap tak boleh bawa bincang. Sejak dia masuk tinggal di asrama, tak pernah walau sekali dia berjaya kesan senyuman di wajah lelaki separuh abad itu.

+ Mana kau beb? Dia panggil nama setiap orang. Lepas ni turn aras kita.

Darah terasa berderau naik ke muka. Terketar-ketar jari dia menaip mesej untuk dibalas.

+ Dah kat gate belakang ni. Kau rasa aku selamat tak...?

Dengan dada yang berdebar dia menanti balasan pesanan dari Qilah.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Tiada notifikasi yang diterima. Jadi fahamlah kali ni dia tak dapat diselamatkan. Iyalah... roll call dan berjalan pun. Pengiraan jumlah pelajar pun sedang dibuat. Dah sah-sah la dia akan kantoi.

Dia menukar arah. Plan asal mahu selinap masuk melalui lubang tikus yang terdapat pada pagar belakang bangunan asrama dibatalkan. Karang kalau kewujudan lubang rahsia tu kantoi, lagi teruk dia kena. Dia menyambung langkah dengan rasa takut yang menggunung ke arah pintu utama. Alang-alang dah kantoi biar kantoi bermaruah.

Sampai saja depan pintu asrama, kedengaran suara Pak Hitler a.k.a Encik Hamdan kuat melaung nama setiap seorang penghuni asrama. Patut la Qilah dah tak reply whatsapp dia. Dah sampai turn aras mereka rupanya. Dari sini dia boleh dengar nama kawan-kawan dia disebut.

Semua pelajar dah tahu dengan jelas. Kesalahan fly asrama merupakan satu kesalahan berat. Siapa kantoi akan dihukum gantung sekolah selama dua minggu atau kena tendang keluar dari asrama. Dan itu akan menjejaskan sijil berhenti sekolah kelak.

Sebab tu lah mereka jadi tak senang. Jelas riak gelisah terpancar di setiap wajah. Masing-masing melipat leher ke kiri dan kanan mencari kelibat Airis. Susah hati jangan cakaplah. Memang tahap kritikal.

"Airis Qaisara Binti Ahmad Syauqi! "

*****

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now