📏[21] Seriously?📚

872 67 13
                                    

"AKU dengar aspuri ada roll call tergempar semalam. Apa cerita?" Datang-datang je kat meja makan Wafiy dan Haq, Wan terus menerjah soalan.

"Memang tergempar ah. Sampai aku dengan Mira pun tak tahu." Walaupun mulut penuh nak juga Haq mengatur ayat.

Biasa kalau warden nak buat roll call, ketua asrama dan penolong ketua asrama akan dimaklumkan terlebih dahulu. Tapi semalam tak. Pagi ni baru Haq dapat tahu berita itu dari Wafiy.

Kerusi disebelah Wafiy ditarik lalu diduduk. Wan baca doa makan laju-laju sebelum isi ayam dicubit dan disuap ke dalam mulut. "Bab roll call tergempar aku tak kesah sangat. Tapi bab Jim boleh jadi savior Qai apekes?"

"Uhuk! Uhukk!" Tangan dibawa laju menepuk dada apabila ikan bilis yang ditelan melekat pada kerongkong. "P-pardon me?" Dengan suara tersekat dia melontar soalan kepada Wan. Dan tak sempat tunggu feedback dari Wan, Haq lipat leher ke arah Wafiy pula. "Jim jadi savior Qai?"

"Serious ah Jim jadi savior Qai?" Dengan gaya muka macam tak tahu apa-apa, Wafiy tanya soalan yang sama pada Wan.

"Kalau info... aku tak betul means.... Diorang tipu aku la...?" Ayat Wan berselang seli dengan kunyahannya.

"Aku pun rasa diorang tipu kau." Komen Wafiy dengan muka tak beriak. Meneruskan suapan nasi lemak yang masih tinggal separuh.

"Tapi... Mustahil ah aku salah dengar. Aku dapat info ni from two sources kot."

"Sape?" Kening Haq bertemu.

"Mira."

"Yang lagi sorang?"

"Erika."

"Uhuk! Uhukk!" Kali ni giliran Wafiy pulak yang tersedak.

"Apa kau ni? Dengar nama je kot." Air teh 'o' suam dihulur pada Wafiy bila dia tengok kawannya itu macam teruk sangat tersedak.

"Melampau gila dia punya tahap crush on tu." Omel Haq sambil menggosok belakang Wafiy.

Lepas dua sisip air dihirup, dia letak semula cawan di atas meja. "Dah tahu aku punya tahap crush on tu melampau, kasi salam dulu la sebelum sebut nama dia." Bidas Wafiy balik.

"Okay, back to the topic. Jim jadi savior Qai. Mustahil kau tak tahu. Padahal semalam kau dengan Jim masuk dorm lambat apa. Korang dari mana?" Bertubi-tubi Wan menebak Wafiy."Kalau tak cukup dua saksi aku boleh je hangkut satu aspuri."

Wafiy menghentikan kunyahan. Riak muka tak tahu apa-apa yang gigih dibuat sejak tadi terus berubah. Nampaknya kes Jim dengan Qai semalam dah tersebar sampai ke aspura. Kalau dia nak terus cover Jim nampaknya dah tak boleh.

Macam Wan cakap la, satu aspuri menyaksikan peristiwa dimana Jim tiba-tiba muncul kononnya nak pulangkan buku pada Qai. Itu yang semua orang tahu la. Tapi diorang tak tahu cerita yang sebenar.

"Kononnya Jim terjumpa buku rujukan Qai dekat sekolah. Padahal geng kita tahu yang Qai fly dengan sepupu dia semalam." Wan menokok lagi. Tangan bersihnya diangkat ke wajah menyentuh dagu. Berfikir. "Jadi... Persoalannya disini..."

"Why did he do that?"

"Padahal kita tahu sangat relationship tupai dua orang tu macam mana." Haq yang faham sangat apa soalan yang bakal keluar dari mulut buatkan Wan mengangguk setuju. "Dan yang lagi pelik kau tahu tak apa, Haq?"

"Apadia?" Kunyahan Haq terhenti. Muka Wan dipandang penuh.

"Jim ada peneman masuk aspuri semalam."

Wafiy yang tengah berselera menyuap nasi lemak ke dalam mulut, serta merta mengalih fokusnya kepada Wan. Perbuatan Wan dengan merenung dia siap menjungkit kening sebelah buat dia gugup.

Sedar tentang peneman yang dimaksudkan oleh Wan, Haq mencari muka Wafiy. "Oh, shoot. Patut ah kemain gigih kau cover Jim. What's going on?"

"Be honest, Fiy. What happened last night?"

Wafiy habiskan sisa makanan yang berada di dalam mulut. Ditelan dengan lambat lalu nafas ditarik dalam-dalam. "First. To be honest memang aku ada teman Jim pergi aspuri semalam. Aku tengah siapkan homework dekat koridor depan dorm masa dia datang tiba-tiba, tarik tangan aku pergi aspuri. Without any explanation."

"See?" Wan petik jari.

"Second?" Haq jadi tak sabar.

"Fakta Jim jadi savior Qai tu... yes he did. He saved her but he denied the fact. So..." Wafiy habiskan ayat dengan menjungkit kedua bahu.

"Here I am again with the same question. Why. Did. He. Do. That?" Sepatah-sepatah Wan melontar soalan.

" I have no idea." Wafiy menyambung makan semula.

Wafiy dan Wan masih terdiam berfikir tentang apa yang berlaku sebenarnya. Dalam masa yang sama, hadir ketukan pada meja mereka sebelum kerusi sebelah Wan ditarik.

"Awal korang breakfast hari ni?" Luq meletakkan pinggannya di atas meja. "Nasi lemak ayam weiii. Wuuu dapnyerrr..."

"Jim mana?" Tanya Wan bila Luq hanya muncul secara solo.

"Tuuuu..." Muncung panjang sedepa ke arah satu figura yang sedang berjalan menghampiri meja.

"Haa... Here comes the hero."

Ayat Haq itu buat kening Jim terangkat. "Who's the hero?"

"The one yang jadi savior Airis Qaisara semalam...?"

Air muka Iqwal berubah lepas dengar kenyataan bersahaja dari Haq. Tak menunggu lama, dia terus lipat leher mencari muka Wafiy.

"Sumpah! Wallahi! It's definitely not me who broke this secret at first." Tebak Wafiy dengan suara gugup. Macam mana tak gugup kalau Jim tengah bagi pandangan laser berapi kat dia sekarang ni.

"Cup! Cup!" Sedang masing-masing merenung muka kau aku(Jim-Wafiy-Haq-Wan), Luq yang tengah lost sekarang mencelah laju. "Siapa hero? Siapa savior? Dah kenapa korang petik nama Qai?"

Iqwal terus duduk disebelah Luq. Bahu si sahabat ditepuk sekali. "Bukan masalah dunia pun kalau kau rasa ketinggalan. Jadi, sila sambung makan, Luq."

Luq ternganga. Muka Iqwal diperhati tak berkelip. "Seriously? Am I being left behind... again?"

"Makan Luq...makan."

*****

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now