4

10.8K 606 19
                                    

" aku terima nikahnya Qaisara Irdina binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 800 ringgit tunai "

" sah "

" sah "

" Alhamdulillah "

Selepas membaca doa, sudah tiba masanya untuk acara pembatalan air sembahyang.

' huish, macam lari maraton dah jantung aku ni. Rileks Qaisara rileks. Cool, control muka. Dia dah datang tu ! ' kata aku dalam hati. Fuh, nervous habis !

Zafran mengambil rantai tangan di dalam kotak. Why rantai tangan ? Sebab aku tak suka cincin ! Aku dah warning dia awal-awal, jangan sesekali kasi aku cincin. Memang aku takkan pakai la. Leceh pakai cincin ni, nanti terjatuh naya je, dah la kecik !

Aku menghulurkan tangan. Zafran memakaikan rantai tangan itu. Kemudian, dia mengambil sebentuk cicin, lalu disarungkan.

What the fish! Aku taknak cincin la gila! Dia ni kenapa? Hari nikah pun nak cari fasal jugak ke? Aku memandangnya tidak puas hati.

Zafran tersenyum jahat. Haish geramnya aku! Mentang-mentanglah tengah ramai orang, kau boleh sengih cenggitu eh. Kau tunggu!

Dan kini, tiba masanya untuk bersalaman. Amarah dihati cuba aku singkirkan. Kalau tidak, habis lunyai tangan dia aku genggam jakgi!

Aku teragak-agak untuk menyalam tangannya.

" Qaisara, salam tangan suami tu " tegur ibu.

Aku yang tak tahu cara nak mengelak terus mencapai tangan Zafran lalu menciumnya.

" sejuknya tangan kau " bisik Zafran perlahan.

Aku diam. Ye la tengah posing cium tangan kan, kalau tak sabar, dah lama aku gigit tangan mamat ni. Nasib ramai orang je.

Zafran sengih. Dia tau Qaisara tidak puas hati dengannya. Dia mencium dahi Qaisara lama sambil berniat di dalam hati supaya Allah merahmati perkahwinan mereka.

" okay okay stay, rileks. Click click click "

Beribu cahaya datang ke arah aku.

' diorang ni duk suruh aku stay-stay, lenguh tengkuk dah ni tunduk daripada tadi. ' kata aku di dalam hati.

Ha baru kau tahu perasaan macam mana kau suruh orang buat manniquen. Tahu pun lenguh ! Itulah perasaan pengantin-pengantin bila kau suruh diaorang posing dan statik dalam keadaan yang menyeksakan dan lama.  ( author menyampuk, okay sambung balik )

" okay dah " kata juru kamera itu.

Aku terus melepaskan tangan Zafran. Nak je buat urutan tengkuk tapi memandangkan ramai yang tengah pandang, cancel terus.

Acara terus berlangsung. Ramai tetamu menghadiri majlis ini. Daripada pagi hingga lah ke petang, kerja aku harini sengih je. Itu pun penat! Selepas sahaja akad nikah, majlis persandingan berlangsung. Tiada apa yang best kecuali sengih!

******

" whatss up bro, welcome to our family " kata abang Huzair sambil menepuk belakang temannya.

" thank you bro. Eh kau pergi mana, tak nampak pun tadi " tanya Zafran.

" apa kau kau, panggil aku ' abang '. Ingat, kau tu adik ipar aku. Standard kau bawah aku je, adik-adik gitu " Huzair cuba melawak.

" kau serious nak aku panggil kau abang ? Aku no hal, ' abang ' " Zafran menjongketkan keningnya sambil mengenyit mata.

" okay okay tak payah. Naik bulu roma aku. Errr " Huzair membuat gaya geli.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now