47

7.5K 403 32
                                    

Aku masuk ke dalam bilik. Zafran sedang bersandar di kepala katil sambil membaca buku. Dia memandang aku sekilas sebelum meneruskan bacaannya.

Baju di dalam almari aku ambil. Tuala aku capai. Bersiap untuk masuk ke bilik air.

" Aku tak selesa ada orang asing dalam bilik ni. Cukup untuk kau tinggal dalam rumah ni. Tapi bukan bilik. Ini privasi aku. "

Aku tersentak. Langkah aku mati. Aku memandang tepat wajah Zafran. Sampai macam ni sekali ke abang benci Sara?

Zafran menghiraukan pandangan aku. Dia terus menelaah bahan bacaannya.

Kaki aku bawa ke almari pakaian kembali. Beg besar aku keluarkan. Semua pakaian aku campakkan ke dalam bag.

" Maaf " itu sahaja ucapan aku sebelum melangkah keluar daripada biliknya.

Aku masuk ke bilik sebelah. Bilik asal aku. Aku jatuh terduduk di atas katil. Air mata mula menitis. Hati aku pedih. Sakit. Kecewa dengan sikap baru Zafran.

******
Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan turun ke dapur. Siapkan sarapan buat Zafran. Morning sickness pun morning sickness la, janji siap. Jenuh jugak nak berperang dekat dapur.  Nasi goreng yang telah siap aku bawa ke atas. Nak suruh Zafran turun, tak sampai hati pulak.

TUK TUK TUK!

pintu aku ketuk sebelum masuk ke dalam.

Aku lihat di atas katil. Kosong. Mata beralih ke bilik kerjanya. Pintu terbuka. Kaki aku melangkah ke bilik kerjanya.

Zafran duduk di atas kerusi. Matanya melilau melihat gambar perkahwinan yang ada di dalam bilik kerjanya.

" Zafran " panggil aku.

Dia menoleh sekilas. Aku masuk ke dalam bilik. Dulang aku letakkan di atas meja.

" So betul la aku kahwin dengan kau " katanya tiada perasaan.

Aku mengangguk. " Yup. Betul la, buat apa nak tipu. "

" Bukan pasal tipu. Tapi aku masih tak percaya. Macam mana aku boleh kahwin dengan perempuan macam kau? "

Wah wah, sarkastik sangat bahasa tu!

Senyuman manis aku berikan. " Entah la. Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je ada orang tu ajak kahwin. Dia ingat macam main pondok-pondok kut. " ha ambik!

Mata Zafran membulat. " Kau nak cakap yang aku la ajak kau kahwin? "

Aku mengangkat bahu.

Riak mukanya terkejut. Tak sangka kut diri sendiri yang ajak aku kahwin.
" Okay, second. Siapa benarkan kau gantung gambar kahwin ni dalam ni? "

Jari telunjuk aku terarah tepat ke mukanya tanpa mengeluarkan suara.

" Aku jugak? " jari telunjuknya menunjuk ke arah dirinya.

Aku mengangguk mengiyakan.

Serious la Zafran? Gila baik kau. Perempuan ni buat apa sampai semuanya kau ya kan jek? Tempat privasi kau pun dia conquer.

" Aahh, tak kisah la. Sekarang ni aku nak kau turunkan gambar-gambar ni. Aku tak suka " arahnya.

Terkebil-kebil aku dibuatnya. Turunkan? Biar betul dia ni?

" Kau nak aku yang turunkan gambar-gambar ni? " kalini, giliran jari telunjuk aku pula terarah tepat pada diri sendiri.

Dia mengangguk. " Ya la, siapa lagi? Takkan aku pulak. Dengan kaki macam ni. Nak panjat kerusi pun belum tentu boleh " kaki yang disimen itu digoyang-goyangkan.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now