30

9.6K 460 6
                                    

PAPP!!

Zafran memukul kaki aku.

Aku menyaringai kesakitan. " Adoi!! " jerit aku kuat. Lantas aku bangun.

" Orang panggil dia dua tiga kali, dia boleh buat derk je, kan dah kena. "

Tangan aku menggosok kaki. " tak perasan lah. " aku cebik. Sakit oi.

" Berangan lagi kan dah kena. " bebel Zafran lagi.

Aku buat pekak. Malas nak dengar dia bebel.

" Dah jom. " Zafran bangun. Aku merenungnya.

" Mana? "

" Solat lah sayang. Dah masuk waktu dah. " kata Zafran. Suara sengaja dibuat lembut.

Aku meng " o " patutlah dia panggil aku. Laju aku mengejar langkah Zafran.

*******
" Zafran! " panggil aku daripada bawah. Tangan ligat mencedok nasi goreng ke dalam mangkuk.

Aku meletakkan mangkuk berisi nasi goreng ke atas meja. Teh o aku tuang ke dalam cawan lalu menghirup sedikit.

Zafran turun. Dia hanya mengenakan seluar track dan t-shirt putih.

Dia mengambil tempat di kerusi.

" Kau nak pergi mana pagi-pagi ni? " jam dinding ditelek. Baru pukul 8.30 pagi. Nak berjalan ke mana pulak dia ni?

Aku memandang Zafran geram. " Pergi kerja lah! Kau lain la kerja dalam rumah je. Aku ni kerja dekat luar. Rasa macam aku pulak suami, keluar pergi cari nafkah. " kata aku. Kelakar jugak. Selalunya suami keluar rumah pergi cari nafkah. Ini aku pula yang keluar,  Zafran duduk rumah.

Zafran mengangguk. Baru teringat hari ini hari Isnin. Dia selamba menghirup air teh yang ada dia dalam cawan.

Terpaku aku sebentar. Indirect morning kiss ke ni? Laju aku menggelengkan kepala. Shuh fikiran kotor, shuh!

" Aku dah masak nasi goreng. Kalau kau lapar, kau makan la eh. Aku balik jam 5. Bye! " aku berlari ke pintu.

Kemudian aku patah balik. Berulang kali aku tepuk dahi. Selalu lupa.

Zafran pandang aku pelik. Tadi laju je pergi, ni kenapa patah balik? Tinggal barang ke?

Aku berdiri betul-betul di hadapan Zafran.

" Apa? " kata Zafran hairan.

" Tangan. "

Zafran menghulurkan kedua-dua tangannya. Masih tidak mengerti.

Tangan kirinya aku tampar, tangan kanannya aku sambut lalu mengucup lembut.

" Bye, aku pergi kerja dulu! " mencecet-cecet aku lari meninggalkan Zafran.

Zafran menggelengkan kepala. Perangai!

*******
Aku terus masuk ke dalam studio. Banyak kerja lagi yang perlu disiapkan. Gambar pun banyak lagi yang tak print out.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Aku turun dari studio. Bersiap-siap untuk keluar. Ada event yang perlu aku hadiri sebentar nanti.

Mia sedang sibuk menyiapkan hantarannya. Aku melabuhkan punggung di sofa.

" Banyak lagi ke tak siap? " tanya aku.

" Almost 85%. Gila kau dah time-time ceni tak siap apa-apa. Lagi 6 hari je kut. "

Aku senyum sumbing. " Mana lah tahu. Eh kejap. Baju kau dah siap? " tanya aku. Almaklumlah, walaupun bos butik perkahwinan, baju nikah sendiri nak juga sentuhan dari orang lain.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now