38

9.5K 447 15
                                    

" Abang nak makan apa? " tanya aku. Mata duk melilau melihat makanan di bazar ramadhan ni. Ya Tuhan! Boleh jadi gila aku dibuatnya. Semua nampak sedap.

" Makan sayang la " balas Zafran selamba.

Aku mengecilkan mata. Main-main! Salah aku jugak. Silap tanya soalan, Hahahaha.

" Abang nak beli apa ni? " ulang aku lagi.

" Kuih dengan air je la. Ibu mesti dah masak banyak. Nanti membazir. "

Aku mengangkat bahu, hanya menurutnya.  " Okey "

Zafran menarik tangan aku. Tangan kami bertaut.

" Japgi hilang susah. Dah la kecik " kata Zafran. Dia mula melangkah untuk meneroka bazar ini. Kaki aku hanya mengikut.

Aku menjongketkan bibir. Takdek ayat lain, itu je lah yang dia tau. Eleh, takdek la pendek mana. Hat bahu dia je!

" Adik-adik, kakak-kakak, mari beli, mari beli! "

" Murah-murah! "

" Nasi ayam ada, Nasi tomato ada, Nasi lemak ada. Mari beli, mari beli! "

" Nasi lemak anak dara! Mari mari! "

Gegak gempita bazar ni. Masing-masing menjerit mahu menarik pelanggan mereka.

" I rasa nak makan nasi lemak la harini. " kata Zafran. Langkah dilajukan.

Langkah kami makin dekat. Lagi beberapa tapak mahu singgah ke gerai itu, laju sahaja aku menarik tangannya.

Kurang asem punya suami! Bulan pose ceni pun ada hati lagi nak buat hal. Aku kekah kan jugak deni japgi!

Zafran terdorong mengikut langkah aku yang makin jauh daripada gerai " Nasi Lemak Anak Dara " itu.

Bukan main laju je jalan nak pergi gerai tu. Mentang-mentang anak-anak dara yang jual, ambik kesempatkan ek. Nama pun Nasi Lemak Anak Dara, takkan janda-janda pula yang jual. Mestilah adik-adik manis yang herlok paras rupanya.

" Oi oi nak bawak abang pergi mana ni? " tanya Zafran dengan nafas yang putus-putus.

Soalan Zafran aku biarkan tenggelam dengan bingitan suara orang ramai, malah tamparan kasih sayang aku beri di lengannya.

" Adoi! " jerit Zafran. Laju dia menggosok lengannya. Menghilangkan pedih.

" Mengada! Bulan-bulan puasa macam ni pun nak buat hal ek?! " aku menjeling. Panas jek aku dengan dia ni.

Zafran menarik sengih. " Amboi sayang, garangnya. "

Sekali lagi aku menjeling Zafran. " Tak kelakar la! " boleh pulak dia buat lawak hambar tengah-tengah bazar ni. Aku larik kang! Aku sudah menarik muncung. Bengkek hati aku dengan dia ni. Fikir suami jek, kalau abang lama dah ajak wrestling.

Melihat muncung aku yang sudah hampir setengah inci ini, senyuman Zafran makin pudar. Mood memujuk ons!

" Sorry. Abang bergurau je. Sayang jangan la marah. "

Aku diam. Sorry, sorry. Naik lori la!

" Sayang, jangan lah macam ni. Abang jerit nanti. "

" Jerit la " muka tak layan aku berikan. Lantak kau!

" Sara Ird... " terkapai-kapai Zafran apabila aku menekup mulutnya. Mata aku jegilkan.

Alahai mamat ni pun satu, pantang cabar. Aku gigit jugak nanti.

Jari telunjuk aku letak dibibir. Menyuruh dia diam. " Apa abang ni, malu la! " kata aku.

" Sayang suruh abang jerit. Abang jerit la. "

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now