56

8.6K 415 27
                                    

Aku terjaga. Aku melihat di sebelah, kosong. Zafran masih tidak masuk ke dalam bilik lagi.

Aku meraba-raba di atas tilam. Basah. Perlahan-lahan aku bangun. Mahu mencari Zafran.

" Sayang " panggil Zafran. Dia baru sahaja keluar daripada bilik kerjanya.

" Don't! " jerit aku.

Zafran yang baru sahaja ingin melabuhkan punggung di atas katil tercengang-cengang.

" Kenapa? Kenapa? What's wrong? " tanya Zafran panik.

" My water broke " kata aku.

" Your what? " Jerit Zafran sedikit kuat.

Aku menganggukkan kepala. Mata menyuruhnya memandang ke atas katil.

Basah, lenjun!

" Habis nak buat apa ni? Sayang okay tak? Ada rasa sakit tak? " soal Zafran bertubi-tubi.

Aku menarik senyum. Haih la suami, rilek!

" Abang, rileks. Sara okay. Jangan risau. " kata aku. Cuba menenangkan Zafran.

Zafran melepaskan nafas lega. Aku berjalan ke arah tandas. Mahu membersihkan diri.

" Sayang nak pergi mana? Meh abang tolong. "

Aku menggeleng. " Sara boleh la. Sara nak bersihkan diri kejap. Nanti kita gerak pergi hospital okay? "

" Betul ke ni okay? Abang risau la. " jelas riak mukanya nampak risau.

" Sara okay abang, jangan risau. Tak payah ingat scene dalam tv semua tu, tipu je. "

Aku menggelengkan kepala. Ya tuhan, gelabah! Aku meneruskan langkah masuk ke dalam bilik air.

" Sayang okay ke dekat dalam tu? "

" Okay "

" Sayang? "

" Ya abang "

" Boleh tak tu? Nak abang tolong tak? "

" Boleh abang "

" Sayang kenapa diam ni? "

" Sara okay "

" Sayang, kenapa lama sangat ni? "

" Lagi sekali abang cakap, Sara kunci pintu. Taknak keluar. " ugut aku. Penat macam ni. Pantang diam sikit, laju je bertanya.

" Okay okay, tak, abang tak bising dah. " katanya.

Ceit! Tipu je. Akhirnya sampai aku keluar toilet Zafran bising. Bertuah punya suami.

" Bag babby dah letak dalam kereta ke? " tanya aku.

Zafran mengangguk mengiyakan. " Semua dah siap, tunggu sayang je. "

Aku mengangguk faham.

******

Semua pakat berkumpul di hospital setelah mendapat call daripada Zafran. Mereka mengambil tempat di kerusi menunggu.

Mami dan daddy yang baru sahaja sampai menghampiri anak mereka.

" Zaf, kenapa ada dekat luar ni? " soal Mami pelik.

" Dia kata dia takut darah. " Huzair yang selang beberapa buah kerusi tolong jawabkan.

" Sejak bila pulak Zaf takut darah? " Soal daddy pelik.

Zafran menggeleng. " Entah, tak tahu "

" Bertuah punya budak, kamu pergi masuk teman bini kamu sekarang " bising Mami. Dia menolak Zafran masuk ke dalam labour room.

" Tapi Zaf takut " katanya selamba.

Hakim di sebelah sudah mahu tergelak. Sorry bro, alasan takleh blah!

" Banyak la kamu punya takut. Nak doktor lelaki yang sambut anak kamu nanti? " soal Mami tiba-tiba.

Laju Zafran menggelengkan kepala. Huish, boleh buat gaduh tu.

" Pergi masuk sekarang " arah mami.

" Goodluck bro, kuatkan semangat. " Hakim menepuk bahu temannya. Memberi semangat.

Aku menarik nafas panjang lalu hembus perlahan-lahan. Langkah menuju masuk ke dalam labour room.
Hakim tersengih-sengih melihat sahabatnya. Kelakar mungkin baginya.

" Sengih la kau sekarang. Nanti bila dah kena, kecut kau. Tak lama dah tu. Aku lepas dah, lepasni kau pula. "

Kata-kata Huzair sebentar tadi mematikan senyuman Hakim.

Giliran Huzair pulak tersengih.

******
Cahaya lampu yang tinggi menerangkan bilik ni. Aku terbaring lesu, menahan sakit.

Sakitnya hanya Allah yang tahu. Waktu sekarang ni, hanya bayangan orang yang tersayang sahaja berada di fikiran. Bayangan Ibu, ayah, mami, daddy dan paling utama, bayangan Zafran.

Tangan aku digenggam oleh seseorang. Cahaya yang terang memancar mata kini semakin suram.

Aku membuka mata perlahan-lahan.

" Abang " panggil aku lemah.

Zafran menganggukkan kepala. " Ya sayang. Abang ada. Please be strong. "

" Abang, kalau jadi apa-apa dekat Sara... tolong, tolong jagakan baby dengan keluarga Sara... "

" Shh, sayang jangan cakap macam tu. Sayang kena kuat. Untuk baby, untuk abang. Please. Jangan cakap macam tu lagi dah. Jangan banyak bercakap, kumpul tenaga. I know you are stronger. I will be with you. Stay strong "

" Abang.... " suara aku kian lemah.

" Sayang? "

" Sara? "

" Sayang! "

To be continue...

Maaflah tertinggal lama pulak! Hahahaha. Thank you sebab comment, kalau tidak mungkin lepasni one month one chapter? Can aaa? 👀

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now