5

11.3K 576 19
                                    

" good morning ibu ! " jerit Qaisara.

" morning " jawab ibu.

" ibu masak apa ? "

" mee goreng je. Kamu tu cuba la turun awal sikit. Tolong-tolong ibu dekat dapur ni. Kalau duduk rumah mak mentua macam mana? Takkan nak turun lambat macam ni. "

Aku muncung. Pagi-pagi lagi ibu dah bebel.

" Sara terbabas la tadi. Penat sangat semalam. Bukan saja taknak tolong. Ibu ni, cuba fikir baik-baik sikit dekat Sara. " jawab aku.

" eh eh budak ni menjawab pulak. Nah ambil ni, pergi letak atas meja. Lepastu panggil suami kamu turun makan. "

" baik bos ! " selepas meletakkan mangkuk yang berisi mee goreng di atas meja, aku terus berlari naik ke tingkat atas.

" Zafraaannnn, ibu panggil turun makan " jerit aku dari luar. Aku ketuk pintu dengan kuat.

Zafran membuka pintu. " apa ? " soalnya.

" ibu panggil turun makan. Ish kau ni, pekak ke? Dah jom turun cepat "

Aku terus turun ke bawah. Malas tunggu dia.

Zafran menutup pintu bilik lalu turun ke tingkat bawah.

" morning ibu " tegurnya.

" ha morning, meh duduk. Kita makan sama-sama. " ajak ibu.

" abanggg, mari makan. Anak menantu dah turun ni " jerit ibu memanggil ayah.

" ya, saya datang ni. " kata ayah lalu mengambil tempat di meja makan.

Selesai sahaja membaca doa, mereka semua menikmati sarapan yang dibuat oleh ibu.

" ha Zafran, macam mana jadi suami. Best ? " tanya Encik Ahmad. Mahu memulakan sesi perbualan.

" mesti la best yah, dulu tidur sorang-sorang je. Kalini dah ada peneman " dengan selamba Zafran menjawab. Aku yang mendengarnya hampir tersedak. Peneman la sangat! Aku punya la gigih tulis nota tu semalam, ingatkan jadi la dia tidur bawah, sibuk nak menyempit atas katil jugak! Panas betul hati aku!

" hm ayah ibu, kalau Zaf nak bawak Qaisara pergi rumah Zaf boleh ke ? "

Aku terus memandang Zafran.  Mi goreng yang baru sahaja mahu mendarat ke dalam mulut terbantut.

" mestilah boleh. Zaf ada hak nak bawak Sara pergi ke mana sahaja. Sara dah jadi isteri Zafran, ayah tak boleh nak halang. "

Zafran senyum. " terima kasih ayah, ibu "

Ayah dan ibu mengangguk.

" kejap, cop-cop. Apa ni ? Tak cakap dekat Sara pun, tiba-tiba pagi ni dah nak pergi. Sara tak pack barang lagi. " kata aku tidak puas hati. Tak pernah nak buat keputusan berbincang dengan aku dulu. Ikut sedap hati dia. Kahwin ni pun ikut kepala hotak dia jugak!

" no worries sayang, abang dah packing dah barang sayang. Semua dah siap. Sayang kena tukar baju je nanti. " jawab Zafran selamba.

Nak terbatuk, tersedak, tercekik, semua ada. Mamat ni biar betul?! Okay yang pertama, dia panggil aku sayang. O k e y l a boleh dipertimbangkan lagi, sebab ada ayah dengan ibu. Berlakon kononnya. Tapi yang packing ni buat aku tak sedap hati. Adik kakak aku pun dia packing jugak ke ? Nak tanya sekarang tak agak-agak ? Ish taknak la, ada ayah ibu, nanti la !

" o okay, Sara ikut je. " jawab aku. Muka tidak puas hati aku kawal.

Zafran senyum. " good girl "

Aku menjeling.

*********
" Zafran, serious la kau dah pack barang aku ? " tanya aku setibanya aku di dalam bilik.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now