66

7.7K 370 10
                                    

Kandunganku sudahpun masuk 5 ke 6 bulan. But guess what?  Perut aku rasa macam dah nak meletup! Besau ya amat!

Sungguh mengandung kali ini sangat berbeza dengan Zariel dulu. Aku lebih cepat penat, cepat tidur, cepat makan. Semuanya cepat. Mungkin sebab pengaruh anak kembar. Yup, Im pregnant for twins. Fuh, sangat-sangat mencabar!

Perut yang besar itu aku usap perlahan. Mampukah aku? Risiko yang sangar besar untuk mengandung anak kembar. Bersedia ke aku nak melahirkan anak-anak aku nanti? Apa akan terjadi pada mereka? Pada aku? Selamat ke?

Bermacam-macam aku fikir tentang ini. Takut, nervous, gembira semuanya bercampur menjadi satu. 

Tendangan-tendangan kecil mengalihkan perhatian aku daripada terus berfikir. Aku menarik senyum lalu mengusap perut ku perlahan.

" Anak-anak mummy ajak borak ke ni? " kata aku.

" Abang you dah tidur la, tak boleh nak ajak dia sembang sekali. Anak-anak mummy sihat tak dekat dalam tu? Gaduh tak? " soal aku lagi. Aku tersenyum sendirian.

" Babies, kalau mummy tak sempat jumpa kamu nanti, please ingat pesan mummy ni. Jangan naughty-naughty, always dengar cakap daddy, jangan gaduh dengan abang, tolong daddy buat kerja. Jadi anak yang baik, jaga nama baik daddy dengan mummy. Jangan tinggal solat okay? Mummy takut mummy tak sempat bagitahu semua ni nanti. Babies ingat pesan mummy ni. Mummy doakan anak-anak mummy jadi anak yang soleh dan mendengar kata, berjaya dunia akhirat. Mummy minta maaf kalau mummy tak sempat tengok kamu semua. " air mata yang jatuh aku sapu perlahan. Sanggup ke aku meninggalkan anak-anak ini? Ya Allah kau kuatkanlah aku.

" Sayang " panggil Zafran. Dia berjalan masuk ke dalam bilik lalu merebahkan diri di sebelah aku.

Aku mengukir senyum. " Zariel dah tidur? "

Zafran mengangguk perlahan.  " Sudah "

Aku mengangguk faham. Kami diam seketika.

Aku mengambil tangan Zafran lalu aku letakkan di atas perut aku. Zafran mengusap lembut.

" Abang " panggil aku lembut.

" Hmm "

" Kalau Sara takde, abang jaga anak-anak baik-baik eh. Jaga diorang, bagi kasih sayang, bagi didikan agama dengan betul. Kalau abang rasa tak mampu nak uruskan sorang-sorang, Sara izinkan abang kahwin lain. Sara tak kisah. "

Usapan daripada tangan Zafran terhenti. " Apa sayang cakap ni? "

" Sara bagi amanat ni dekat abang. Abang kena tunaikan tau "

" Amanat apa benda ni? Sayang jangan nak mengarut. Abang tak suka dengar. " kata Zafran. Dahinya berkerut menahan marah. 

" Sara bukan nak mengarut, atau sengaja nak mengarut. Tapi ini betul, ini yang Sara rasa sekarang dan Sara nak abang tahu. Kalaulah Sara tak selamat semasa melahirkan nanti, takpe, Sara redha. Sara terima ketentuannya. Tapi Sara nak mintak tolong abang. Tolong jaga anak kita baik-baik. Layan mereka sebaik yang boleh. Berikan kasih sayang dan didikan agama yang secukupnya. Jangan sesekali abaikan mereka, dan jangan sesekali ketepikan mereka. Abang jadilah ayah yang baik kepada mereka. Dan kalau anak-anak perlukan kasih sayang daripada seorang ibu, abang kahwin la. Sara izinkan. Sara benarkan. Cari isteri yang boleh jaga anak-anak kita dengan baik. Itu sahaja Sara mintak... "

Zafran terus menarik aku ke dalam pelukan.  " Sayang please, dont.. say... like.. that... Abang takut, abang takut kehilangan Sara. Jangan pernah tinggalkan abang, jangan pernah tinggalkan anak-anak kita. Sayang kena kuat, percaya pada Allah. Anak-anak perlukan kasih sayang daripada seorang ibu, and its you. No anyone else. you are the one who gave them birth, and you are the one who should give them that love. Remember that. And I also need your love. Please, hang it there. I will help you, I will be with you, InshaAllah "

Aku tersentuh dengan kata-kata Zafran. Ya Allah, bagaimana aku tidak jatuh cinta kepadanya? Terima kasih ya Allah kau pinjamkan aku suami yang betul-betul memahami aku. Dia berjaya membuatkan aku tenang dengan hanya pelukan dan sedikit kata-kata.

" You're good in calming me down. I love you " pelukan aku eratkan.

" Of course I am. I love you too sayang. Stay with me. Let's grow old together. Okay? "

Aku mengangguk dalam pelukannya.

" Sayang " panggil Zafran lembut.

" Hmm? " balas aku perlahan.

" Penatlah peluk lama-lama macam ni. Your belly to big la sayang, lenguh pinggang abang. " jawabnya sambil meleraikan pelukan. Dia tersengih manja.

Mulutnya aku tarik sehingga muncung.  " Ey, suka macam ni tau! Lari mood! Sedar sikit perut Sara besar sebab ada anak abang dalam ni. "

Zafran juga menarik mulut aku sehingga muncung. " Ya abang tahu sayang. Dah tak boleh gurau dah ke preggy mummy ni? Cepat betul terasa sekarang "

Aku membuat muka. Pipi Zafran aku lepaskan. Geram betul!

Zafran aku biarkan. Malas mahu melayan. Bantal aku tepuk. Badan aku rebahkan perlahan-lahan. Bantal yang berbentuk 'U' itu aku betulkan di bawah perut supaya selesa.

Zafran hanya memerhatikan tingkah laku isterinya. " hai, merajuk? " soalnya.

Soalan Zafran aku biar.

" Tidur taknak menghadap suami dah ke?  Nak membelakangkan suami? " kata Zafran lagi. Cuba menarik perhatian isterinya.

Aku menggigit bibir. Haish, lupa! Tadi taknak tegur awal-awal. Ingat senang ke nak main pusing-pusing dengan keadaan sekarang ni?

Perlahan-lahan aku cuba memusingkan badan ke arah Bertentangan Zafran. Terkapai-kapai aku cuba memusingkan badan.

" Tolong " kata aku. Akhirnya aku kalah. Mengah! Memang perlukan bantuan Zafran juga.

Zafran menggulung senyum.  Kepala digelengkan. Tangan isterinya disambut. Kedudukan isterinya dibetulkan sehingga selesa.

" Itulah ego, taknak lagi bertegur dengan suami. Kan Allah dah bayar cash, tak payah tunggu esok pagi. Tak payah tunggu mimpi buruk-buruk. Terus dapat harini " perli Zafran. 

Fuh,  ssupp masuk ke dalam hati. Sentap habis. Tau berdosa.

Tangan zafran aku capai lalu aku cium lembut. " Sorry " ucapku perlahan. Muka memang masam habis. Ini, kalau Zafran sembur lagi sekali boleh leleh ni. Tisu betul hati aku bila pregnant ni!

Zafran menggosok kepala aku perlahan. " Okay abang maafkan. Dah jom tidur. Sleep tight anak-anak daddy. " tangan Zafran menggosok perut aku lembut.

Aku mengerutkan dahi sedikit. Ngilu pula rasanya.

" Why? " tanya Zafran. 

Tangan Zafran aku alihkan pada tempat yang aku rasa tendangan-tendangan kecil. " They're kicking. How I can sleep? " tanya aku pada Zafran.

Terasa beberapa tendangan kecil dari dalam perut. Kalau macam inilah punya aktif, macam mana nak tidur? Ajak borak betul diorang ni!

" Ah sudah " balas Zafran.

Aku menahan ketawa. Why? Sebab kalau aku tak boleh tidur, Zafran juga tak boleh tidur. Tak dibenarkan sama sekali! Dia kena teman sehinggalah aku terlena. Berani dia tidur dulu, aku kepit hidung dia! Biase!

To be continue...

Another chapter to go! Well, you guys kan boring cuti-cuti ni.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now