53

9.8K 431 10
                                    

" Betul ni dah? Ada lagi barang baby nak beli? " tanya Zafran. Menginginkan kepastian.

Aku mengangguk lemah. " Cukup lah tu dulu "

" Kalau macam tu okay la. Ada nak beli apa-apa lagi ke? " soal Zafran.

Aku mengangguk. " Barang basah dah habis. Kena masuk supermarket " jawab aku.

" Sayang okay tak ni? "

Aku angguk. " Penat sikit je. "

" Kalau macam tu kita balik terus la. Lain kali beli barang. "

Aku menggeleng. " Dah alang-alang dekat sini kan. Beli terus je la. Lagipun barang habis langsung. Nanti nak makan apa? " bebel aku.

" Sayang tu tadi cakap penat. Abang risau la "

" Sara okay. Boleh lagi ni. Bukan lama pun, sekejap je " aku cuba meyakinkan Zafran.

Dia menggelengkan kepala. " Degil. Tak pernah nak dengar cakap orang. "
Aku sengih.

*******
Zafran menolak troli, aku mengambil barang lalu masukkan ke dalam troli.

Sos, kicap, pasta, rempah, gula, garam, tepung, sabun, mi segera, chocolate cadbury, kitkat, oreo, kinder bueno biskut, asam,  semua aku masukkan ke dalam troli.

" Amboi macam banyak yang tak perlu daripada perlu je ni " tegur Zafran.

Aku menayang gigi. " Perlu apa. Kalau lapar, boleh makan. "

" Banyak sangat la yang chocolate ni. Tak elok untuk kesihatan. " bebel Zafran. Tangan meletakkan kembali chocolate hasil tangkapan aku.

Berkerut dahi aku memandangnya. Suka hati je!

" Ala Sara mengidam la nak makan semua ni. " aku beri alasan.

" Mengidam pun tak bertempat. Manis tahu tak manis? Tak baik untuk baby. Asam ni.. " tangannya memegang 3 packet asam masin yang aku campakkan ke dalam troli tadi. " Asam ni lagi la tak elok. "

Aku cebik. " Asam ni untuk hilangkan loya la! " terkapai-kapai aku mahu mengambil kembali asam yang dipegang Zafran dan dibawa nun tinggi ke angkasa. Mentang tinggi!

" Sayang behave la! Perangai macam tak pregnant! " bising Zafran. Perut dah besar macam mak buyung, tapi perangai masih tak berubah.

" Kasi asam tu dulu, baru Sara behave " ugut aku.

Zafran meletakkan satu packet asam ke dalam troli kembali. " Just one " katanya. Mata dijegilkan.

Aku membuat muka. Ey, geram je! Okay la tu daripada tak dapat langsung. Mahu mengongoi aku dekat sini nanti.

" Let's go cari bahan basah " ajak Zafran. Tangan aku dicapai lalu menarik aku berjalan menyainginya.

Aku membuat rolle eyes. Ajak je pandai, japgi duk tepi jugak.

*******
Selesai memilih bahan basah, kami berjalan menuju ke kaunter.

Nak mengucap aku tengok kaunter. Penuh! Semua pakat turun mall harini kenapa? Ada sale ke?

Kami beratur di belakang pasangan cina. Itu pun masih panjang. Pancit aku macam ni.

Baru 5 minit berdiri, aku sudah tidak tahan. Kaki lenguh. Baby dalam perut juga tidak henti-henti bergerak.

Aku mengenggam tangan Zafran. Sebelah lagi mengusap perut. Bibir aku gigit. Menahan sakit.

" Sayang, are you okay? " tanya Zafran. Mukanya jelas risau.

" Kaki I sakit " jawab aku lemah.

" You bayar dulu la. Kesian sama you punya wife " kata cina yang berada di hadapannya tiba-tiba.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now